Wednesday, July 30, 2008

Dari Jeddah ke Malaysia

Hari ini aku memponteng kelas sebab nak jemput kepulangan parents aku dari mengerjakan umrah. Satu pengalaman yang macam sial sikit. Kat KLIA, macam-macam orang aku jumpa, sama ada orang Malaysia, Indonesia, China dan sebagainya. Tapi rakyat Malaysia perangai mereka ok je, yang aku paling tak boleh blah pelancong-pelancong dari Pakistan, Afrika, dan sekutu dengannya. Bukan nak kutuk tapi ntah ler, dahlah berbau macam haram tang ketiaknya sampai lalat nak hinggap. Aku tak mandi 3 hari lagi wangilah. lepas tu, ada lah sepasang ekor kapel. Bukan niat nak jealous la kan, tapi duk 'beromen' kat situ, gaya nak horny jer. Pundek!. Aku dahlah semak time tue sebab tak dapat nak rehat semalam. Aku tengok brader-brader yang tunggu macam panas je tengok sang kapel nie. Dahlah belakang aku pulak!! Aku datang dan tanya diorang, 'Mr, what are you doing here? This is a public place, find a room la. Sial!'. ahaha!! Tang 'sial' dia tak paham tu! So aku tengok muka dia macam benganglah kan tapi awek dia macam malu. Dahlah awek dia seksi nak mampus, kang aku rogol tak pasal-pasal. Lepas 5 minit, terus hilang lesap kapel tu, oraitlah kebetulan mak bapak aku pun sampai.

Bila balik tue, tak best lagi ni. Sesak pulak kat federal highway, waktu kerja habis so redha jelah. Bila sampai rumah aku tidurlah!

Monday, July 28, 2008

Quick Survey ( Manap )

Apa nama anda?
Muhammad Shukri Bin Sanosi

Apakah hobi anda?
Mencuba sesuatu yang baru

Apakah cita-cita anda?
Of course la nak berjaya dan mempunyai kehidupan sendiri

Apakah kelebihan pada diri anda?
Ntah, rasanya hidung aku kembang kot

Apakah keburukan yang ada pada diri anda?
Pemalas, korek hidung kuat, panas baran

Matlamat hidup anda?
'Cuba untuk mendaki gunung yang tinggi dan mengibarkan bendera kemenangan di puncaknya'

Makanan kegemaran?
Janji yang HALAL

Minuman kegemaran?
Janji yang HALAL

Jika rasa tertekan, apa yang anda lakukan?
Bodohkan diri dan gelak sorang-sorang

Jika rasa gembira, apa yang anda lakukan?
Cakap sorang-sorang

Sudah berpunya?
Belum. Masih mencari

Ciri-ciri wanita idaman?
Jujur, boleh dipercayai, memahami, menghormati

Adakah anda lelaki yang baik?
Tak kot. Aku tak baik sangat tapi aku tahu batas-batasnya

Anda pakwe yang baik?
No komen. Yang pastinya, aku akan jaga sebaik yang mungkin

Sukan kegemaran?
Bola Sepak, Ragbi, Badminton

Tempat untuk melepaskan tekanan?
Kinokuniya, KLCC, Perhentian Bas, LRT, PUTRA, Jamban

Idola anda?
Pendeta Za'Ba, Loloq, Usman Awang

Benda yang ingin anda lakukan dari kecil?
Nak masuk televisyen

Benda yang ingin anda lakukan ketika dewasa?
Pergi stadium Old Trafford

Gambarkan secara ringkas tentang anda?
'Budak gemuk yang biul tapi sedikit bijak'

Lima ayat menggambarkan tentang anda?
Simple, Merepek, Gila, Emotional, Kaki Korek Hidung

Bagaimana anda bermotivasikan diri sendiri?
Niat dalam hati dan sentiasa ingat sembahyang

10 tahun akan datang, anda?
Mempunyai kehidupan yang stabil dan bersedia untuk berkeluarga

Malaysia Boleh!

Hari isnin yang biasa je, taklah istimewa apa yang akan berlaku esok. Esok kapal terbang dari Karrachi akan tiba di KLIA dan aku akan sambut kepulangan kedua ibu bapa aku. Hari ini juga sangat istimewa kerana aku dah buat perangai lama iaitu ponteng kelas..ahahah!! Tapi aku dah jumpa lecturer aku kata nak ponteng, alasan BAIK PUNYA!! Kepala masih lagi terngiang-ngiang pasal cerita yang aku dengar dari makcik aku, tak dapat aku remove or delete dari kepala aku. Pagi tadi aku ke kolej untuk jumpa member, bukan nak kata apa lah, ramainya student sampai tak ada tempat nak lepak-lepak. Sekarang ni ada basement baru so ramailah lepak situ tapi tempat tue taklah hebat sangat pun.

Esok ada game antara Malaysia vs Chelsea, sure punya Malaysia kalah tapi aku akan tetap sokong Malaysia. Sebab aku tak suka Chelsea, macam handal aje. Walaupun tak dapat pergi, aku tengok kat rumah je kira oklah, makan pun free xde bazir duit, nak menjerit pun ikut suka hati je sebab jiran-jiran dah tahu perangai aku.

Aku nak buat orang gelak tapi aku takut orang tak gelak. ahahahah!!

Sunday, July 27, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan...Free!


Aku baru sahaja pulang dari KLCC, memang penat sangat ni. Niat di hati nak singgah ke Taman Sri Rampai pergi gig free tapi aku dah penat sangat ni dari pagi berjalan jer. Sebelum masuk ke panggung nak layan cerita 'The Dark Knight', aku pergilah kat tempat kegemaran, Kinokuniya. Saje lepak-lepak sambil layan buku, aku dressing pun macam selekeh sikit sebab keluar pun dengan kakak aku je. Al-kisahnya, aku pun amik satu buku lepas tue lepaklah, takdelah buang masa dan aku melayan buku, 'The Oxford Murder'. Pakcik sebelah aku ni layan buku pasal Psikologi kot, pandang lain macam je, tengok cara aku ni macam budak-budak tak guna kot. Sereng je pandang aku, peduli apa aku nak kisah dan aku teruskan membacalah. Best juga buku tu, aku hanya sampai chapter 4 je baca, nak baca lagi alamatnya sampai malam aku kat situ. Pasal pakcik tu aku malas nak amik port, biarlah dia nak kata apa janji aku duduk je bukannya aku kacau dia.

Sebelum ke panggung aku pergi melantak kat Manhanttan Fish Market, aku order fish n' chip dengan air tropika breeze. Mula-mula rasa macam nak muntah tapi lama-lama layan gila, habis licin aku bedal. Lepas je layan 'The Dark Knight', kepala aku dah semak nie. Tapi memang layan cerita tu, aku terasa impaknya..ahahahah!! Aku terus balik, kepala dah semak sangat kang tak larat pulak nak drive. Sampai aku terlajak jalan balik rumah sebab kepala terlalu semak. Aku rasa macam tak best tengok wayang kat KLCC sebab ramai sangat orang, lebih better aku ke Capsquare, ikut suka hati je nak duduk mana. Memandangkan kepala aku tengah semak, tak dapat nak tulis banyak pasal pengalaman hari ni.

Saturday, July 26, 2008

Rest In Peace

Hari ini aku stay rumah jer, lepas habis exam mid term otak rasa stress dan aku memerlukan rehat. Minggu ni je aku dah busy sebab mak bapak aku belum balik so aku kena settle kan apa yang patut. Ada gak yang ajak aku keluar pergi kenduri kahwin tapi aku ada exam la plak, terpaksa la cancel, nak tak nak exam penting! Aku baru je balik dari rumah makcik aku, lepak sana je, kekadang tue duduk rumah agak bosan gak lah.

Esok aku nak ke KLCC tengok wayang bersama kakak aku. Orang belanja kan, aku ikut jer sebab takde apa-apa nak buat esok daripada aku tidur dan buang masa baik aku merayau. Hajat nak beli macam-macam tapi duit pulak yang kurang. hahahaha!! Aku masih lagi belum ada apa-apa contact dengan Sue yang aku admire tu, asyik tak dapat je nak burak-burak dengan dia. Nasib baiklah Nana ada, bolehlah dia dengar rintihan aku. Nak cerita kat budak-budak aku, alamatnya kena bahanlah jawabnya. Pasal Dayang pun dah heboh satu kolej, macam sial! ahahahah!!

Terasa rindu pulak kat mak bapak aku, sunyi je rumah kalau tak memang meriah sikit sebab aku selalu akan buat mak aku ceramah. hehehe!! Nak dekat dua minggu tak dengar ceramah mak aku. Mana ada anak tak rindukan mak bapak, anak derhaka tu. ehehehe!! Sepanjang duduk rumah bersama kakak aku, aku ada belajar sesuatu iaitu tanggungjawab, maybe sebelum ni aku paham tetapi aku kurang mengerti atau tak pasti. Lagi satu aku belajar tepati masa, aku ni selalu lambat bangun tidur, selalu mak aku yang kejutkan. Tetapi aku bersyukur kerana aku boleh sebenarnya bangun seawal pagi. Aku bersyukur sangat kerana hajat mak bapak aku nak ke Mekah tercapai, inilah bak kata orang, berkat menjaga orang tua. ehehehe!!

Pasal projek aku nak menubuhkan kugiran tu masih berjalan cuma terhenti sementara atas masalah dalaman. Nak tak nak aku kena teruskan kerana aku tak nak berhenti tengah-tengah jalan. Ni lah kelemahan aku yang suka berhenti tengah jalan. Aku akan teruskan dengan niat tu untuk menubuhkan tetapi taklah terburu-buru, nak tak nak kena buat baru pengkritik aku buka sikit mata diorang pasal aku ni.

Friday, July 25, 2008

The Best Song Ever II...

RAIHAN feat. YASSIN - IKTIRAF

Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku

Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu



Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu


( Lirik yang dapat menginsafkan diri sendiri )

The Best Song Ever..

HIJJAZ - SUMAIYYAH

Dalam diri selembut sutra
Kau memiliki iman yang teguh
Kau nyalakan obor agama diri-mu bak lentra
dibelengu jahiliah kau tempuh dengan berani
Walau pun jasad-mu milik tuan
Tetapi hati-mu milik Tuhan

Padang pasir menjadi saksi ketabahan keluarga itu
Tika suami dan anak dibaring mengadap mentari
Disuruh memilih iman atau kekufuran
Samar jahiliah atau sinaran akidah

Sabarlah keluarga Yasir
Bagi-mu syurga disana
Dan kau pun tega memilih syurga
Walau terpaksa mengorban nyawa
Lalu tombak yang tajam menikam
Jasad-mu yang tiada bermaya
Namun iman didada-mu sedikit tidak berubah

Darah-Mu menjadi sumbu pelita iman
Sumaiyyah kaulah lambang wanita solehah
Tangan yang disangka lembut menghayun buaian
Mengoncang dunia mencipta sejarah

Sumaiyyah kau dibunuh didunia sementara
Untuk hidup disyurga yang selama-lamanya
Kaulah wanita terbaik
Sebaik manusia
Nama-mu tetap menjadi sejarah


( Lirik yang sungguh bermakna )

Fuckin' Awesome!

Aku ada mendapat satu movie,
memang best gila!!

Tajuknya,
'Harold and Kumar : Escaped from Guantanamo Bay'

Memang lawak habis cerita ni,
aku terbahak-bahak sesorang..
Kerjanya hisap Tweed je..
ahahahah...

Minggu ni adalah perit sikit,
banyak aktiviti terpaksa ditangguhkan,
kerana kejadian hari isnin..
patutnya aku jumpa Jalut,
sure lah dia kata aku janji macam cibai!
ceh!!

sabtu ini aku akan hadapi mid term
examination..
satu subjek je, Islamic Studies..
dengar macam senang,
kalau tak baca, bodoh gak
nak jawab!!
ahahaha

Need Help!!

Need Help!!

Minda aku lain sikit hari ni,
rasa macam nak pecahlah...!!
kekeringan idea lah,
tak boleh nak kenakan orang,
tak boleh nak merepek,
Tulun! Tulun! Tulun!

Wednesday, July 23, 2008

'Semangat'

perggh..

hujan hari nie,
tido agak lama..
ahahah..

tadik masa aku driving
balik ke rumah,
aku terdengaq lagu kat radio..
lagu sapa lagi,
fara asyikin tulah..
ramai tak suka..
penumpang aku bila dengar je name
dia terus maki hamun..
ahahaha..

ok apa fara asyikin tu,
taklah tak cantik,
cuma mata dia je yang
juling-juling itik..
ahahaha..

suara dia sedap juga..
tapi aku tak minat album baru dia,
banyak meniru karya kelly clarkson..
aku paling suka lagu dia
time salem cool planet yang ada
empat orang..
lagu fara asyikin,
"kembali lagi disisimu",

perrgghh!!
taching gila beb aku dengar dulu,
tak salah aku time sekolah
rendah ke menengah..
dan dengan tak malunya
aku download lagu tu..
sedap!!
the best lyrics i ever heard!!
ahahahah..
bagi akulah..
orang lain tak sekepala pegi mampos,
bukan kepala mereka pun..
ahahaha..

minggu ni paling busy,
terkejar sana,
terkejar sini,
baru nak relaks,
nak jemput kat sana lah..
menyampah..!
ahahaha..

stressnya assignment tak siap!
banyak kerenahlah.
tapi aku cuma happy satu je,
jumaat gaji!!
hoorey!!!!
walaupun aku tak kerja,
akan ku pau kakak aku,
suruh dia beli kuih pau..
ahahah..

perrgghhh..
siang tadi kat chow kit
ada benda best..
bukannya bapuk..
itu dah hari-hari tengok..
buhsan..
ada shooting film,
pengarahnya yang suka buat
aksi stunt..bade hj azmi..
aku ingat dia saje-saje je
round chow kit nak cari bapuk..
ahahahahaha..

ceh..

pagi tadi aku mimpi,
salah seorang penyanyi danity kane,
ucap i luv u kat aku..
perrgghh..
naik 'semangat' aku..
ahahah..
by the way,
that's impossible..
aku lebih gemar wanita malaysia..
walaupun ada yang tak berapa
nak sopan tapi itulah yang aku suka..
ahahahah..

chow..

Terkenang Kenangan Lampau

samekum..

aku pernah suatu ketika dahulu,
ingin menjadi power rangers..
memang die hard fan siot..
masa mereka transforms,
memang bagi aku macam nak menangis..
ahahahah..

pernah juga aku rembat
pembaris besi, tali pinggang..
aku buat pedang semata2 nak jadi
red rangers..
ahahha..
bila terkenang balik,
bebalnya aku nih!
ahahaha..

sekarang ni,
zaman dah berubah,
tak sama macam dulu,
ahahha...
sekarang sebut power rangers je,
orang macam endah tak endah,
padahal dulu popular siot..
aku pernah ada permainannya,
beli kat kedai india..

ehehe..

sekarang superhero dah pelbagai,
ada yang minat ultraman,
ada yang minat batman,
ada jugak yang minat pingu jadik superhero,
tak boleh belah!!
ahahaha
aku tetap power rangers dihati,
kalau boleh legasi-legasi mereka
aku nk download tapi apa kan daya,
tak tahu nak cari mana..

superhero tu idola di dunia je,
jangan sampai leka sehinggakan,
lupa segala-galanya..
ehehehe

Monday, July 21, 2008

Minggu Kesedihan


salam..

minggu yang penuh tangis dan airmata,
mak bapak aku dah selamat tiba di tanah suci,
esok mereka akan ke mekah..
alhamdulillah..
akhirnya sampai niat mereka nak
ke sana..

masa hantar ke KLIA ari sabtu lepas,
aku sebak sangat..
aku sugul pada hari kejadian..
semua datang kecuali
abang man dan keluarga..
yang lain iringi..

yang paling aku tak tahan,
anak saudara aku berumur 8tahun,
kitorang panggil Amut,
mula-mula sampai ke KLIA bukan main
happy kata mak bapak aku nak pergi
mekah..
yang tak boleh tahannya
masa mak bapak aku hilang
dalam pandangan ke balai berlepas,
dia menangis siot..
ahahahaha..
comel gila!!!

sebak aku tengok dia,
aku pun sedih sikit tapi taklah teruk..
masa adegan berpelukan sebelum pergi
ke balai berlepas..
itu sahaja..
aku tengok ramai yang sedih..
bukan aku seorang je..

masa balik tue,
sape lagi yang melenjan kereta,
kalau bukan aku..
ahahaha..
tapi memang penat seh!!
sampai je rumah,
aku ke rumah kedua aku
kat seri gombak..
rehat jap kat sana kebetulan ada
pasar malam..tapi tak pergi pun!!
ehehehe..

lepas je solat maghrib,
dalam pukul 8 lebih,
aku dan kakak aku pergi ke rumah
makcik aku..
frust gila lah,
sebabnya time aku kat rumah makcik,
bapak aku telefon guna roaming la!!
ahahahah..
yang paling gedik kakak aku,
tak senang duduk selagi
mak bapak aku tak telefon..
ceh!!

tepat pukul 2 pagi,
aku dengan selambernya telefon
mereka..
alhamdulillah..dapat..!
kebetulan mereka baru sampai
di Jeddah..
suka gila kakak aku..
lagi menggedik..ahahaha...!!
aku bersyukur sangat
Allah s.w.t memberkati
perjalanan mereka.....
yang paling best mak bapak aku
gembira..
itu dah cukup bagi aku..

terima kasih kepada FELDA
kerana menaja semua perbelanjaan
mereka untuk ke sana..
semoga next year aku dapat kerja kat
sana..
ahahahah...!!!

aku baru je dapat satu panggilan..
kawan yang dah lost contact,
telefon aku so kami melayan sms
sampai lebam..!!
ahahahahahha...
perempuan tau bukan lelaki..
aku bukan gay dan aku masih
bernafsu kepada perempuan..
end of story...

Saturday, July 19, 2008

WTF II

salam..

aku tgh ada masalah dalaman nie..
tak dapat tulis banyak..
cuma agak bengang dan
rasa nak bunuh orang skang ni..

bye..

Friday, July 18, 2008

Filem dan Television - Di tag oleh Cik Amy Si Kurus

Manap's favourite.

film [international] : Pirates of The Carribean ( kesemuanya )
film [local] : Jutawan Fakir
tv series [eva] [international] : My Wife and Kids
tv series [currently] [international] : My Wife and Kids
tv series [eva] [local] : Bella
tv series [currently] [local] : Gaia
cartoon film : Ice Age ( kesemuanya )
cartoon series : Crayon Shin Chan
actor [international] : Chris Rock & Chris Tucker
actor [local] : Salih Yaakob
actress [international] : Nicole Kidman
actress [local] : Fazura
male role [international] : Caretaker ( The Longest Yard ) sebab dia cakap memang lepas dan lawak..ehehehe..
male role [local] : Tajul ( Dunia Baru The Movie ) sebab dia sempoi dan sangat kenal dgn otaknya yang bisnes…ahahaha..
cartoon role : Crayon Shin Chan
female role [international] : Elizabeth Swann ( Pirates of The Carribean ) sebabnya perempuan tu walaupun lembut tapi kasar..eheheh..aku suka!
female role [local] : Baizura Kahar ( Sepi ) sangat lemah lembut dan tenang kalau tengok..huhu
superhero : Ironman
villain : Joker ( The Dark Knight )
kiss scene : Reed Richards & Sue Storm ( Fantastic Four ) last scene masa Sue Storm jadi halimunan dan Reed cium..perggghhh!! smart gila!!
scene : Kabhi Kushi Kabhi Gham-Masa Amitabh Bachan menangis…tersentuh siot!
soundtrack : Velvet Revolver – Come on, Come in ( Fantastic Four )
director [international] : George Lucas ( Star Wars I, II, III, IV, V, VI )
director [local] : Mamat Khalid ( Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel ), Along Kamaruddin ( Zaharul Vs Zarina )

Manap's non favourite.

film [international] : Cabin by The Lake…macam haram, tak best langsung!!
film [local] : Mistik…sebab dari awal cerita asyik jerit jer, pekak telinga aku!!
tv series [international] : The Bold And The Beautiful sebab terlalu merepek sehingga aku nak bakar tv tue…macam sial jalan ceritanya!!
tv series [local] : Impak Maksima sebab bagi aku terlalu merepek dan meraban jalan ceritanya!!
cartoon film : None
cartoon series : Pingu…kekadang bila tengok rasa diri sendiri ni amatlah bebal..macam mane budak kecik boleh layan..macam haram!!
actor [international] : Ice Cube
actor [local] : Cico
actress [international] : Vanessa Hudgen
actress [local] : Zizie Izziet
male role [international] : Peter Parker ( Spiderman ) sebab macam bodoh je watak walaupun dia hero…ntah apa2 ntah!
male role [local] : Roy ( Gila-Gila Remaja ) sebab wataknya terlalu plastic! Geli nak tengok!
cartoon role : Pingu..macam bodoh wataknya!!
female role [international] : Nicole Kidman ( Eyes Wild Shut ) sebab sangap nak main sex..ntah apa2 ntah!! Macam haram!!
female role [local] : Ezlynn ( Zombie Kampung Pisang ) sebab lakonannya macam plastic dan terlalu stereotaip..
superhero : Jean Grey ( X-Men )
villain : Mystique ( X-Men )
kiss scene : Jim Carrey ( The Mask )
scene : kejar-mengejar dalam drama Melayu..macam haram!!
soundtrack : Jangan Main Belakang..
director [international] : None
director [local] : None

Thursday, July 17, 2008

Inai Malam Pengemis


salam..

malam jumaat,
tak sempat nak ke surau,
kalau tak, aku pergi ikut
orang surau baca yassin..
penat gila,
aktiviti banyak hari ni..

online je terus buat bodoh,
tak tahu nak buat apa,
bak kata si amy kurus tue,
"buat bodoh tu indah"
statement yang paling ganas!
ahahaha...

assignment dah makin banyak ni,
adusss!!
tak kisahlah janji siap..

kat rumah ni,
dah kelam kabut sikit,
mak bapak aku sibuk kemas barang,
memang bersepah,
dah macam bilik aku plak!
ahahaha..

penat sangat aku hari ni,
sampai berapa kali asyik
terlelap je..
bayangkanlah pagi-pagi buta
pukul 6.00 aku bangun,
kena hantar kakak aku pergi
FELDA..
ahahaha..

well,
hari sabtu nak ke KLIA,
mereka nak pergi dah..
tak sabar aku rasanya
sebab tak pernah ke KLIA..
ahahaa..
sebalik tu rasa sedih pulak,
tapi apa boleh buat,
dah seruan, aku kena redha..
ehehehe..

esok merangkap hari jumaat,
ramai tetamu nak datang esok..
sure gempak rumah aku..
ahahah..
macam sial la jawapnya..
hikhikhik..

baru-baru ni,
laptop buduh ni kena virus..
macam sial..
dua-dua partision kena infected..
terpaksa format balik..
nasib baik dah ok sekarang,
aku taklah cemas sebab,
dah pandai format dah!
ahahaha..

nukilan akan bersambung
si lain masa..
blah pergi berak!

Fade To Black

Life it seems, will fade away
Drifting further every day
Getting lost within myself
Nothing matters no one else
I have lost the will to live
Simply nothing more to give
There is nothing more for me
Need the end to set me free

Things are not what they used to be
Missing one inside of me
Deathly lost, this cant be real
Cannot stand this hell I feel
Emptiness is filling me
To the point of agony
Growing darkness taking dawn
I was me, but now hes gone

No one but me can save myself, but its too late
Now I cant think, think why I should even try

Yesterday seems as though it never existed
Death greets me warm, now I will just say good-bye


lirik yang dicipta oleh,

James Hetfield
Kirk Hammett
Lars Ulrich
Cliff burton

aku suka gila menghayati lirik ni..
ni lah lirik lagu metallica - fade to black..

Penantian terlalu istimewa

salam..

lagi beberapa hari lagi
ibu bapa aku akan berangkat
ke tanah suci mekah..
aku semakin rasa berat hati,
nak berpisah sementara dengan
ibu bapa aku..
sebalik tu aku rasa gembira
kerana sampai juga hajat mereka
walaupun hanya menunaikan umrah..
kira oklah tu..
hihihi...

semalam memang seronok,
ayen datang kolej memeriahkan
suasana..
dapat borak-borak cerita best..
ahahaha..

Alhamdulillah,
sabtu nanti ramailah mengiringi
kami sekeluarga..
makcik aku sekeluarga..
aku rasa sedih sekarang nie,
ibu bapa pergi Mekah,
akulah sekarang bertanggungjawab..
aku berdoa supaya ibu bapa aku,
selamat pergi, selamat balik..
Amin..

xde apa nak kata,
aku harap mak bapak aku,
doakan aku supaya tak jadi
macam sial..
aku ni kan evil gila..
ahahaha..
aku minta mereka doakan
supaya hati aku tenang..
ehehehe..
maknanya di sebalik kesedihan,
ada kegembiraan..
ahahah..
ada dua bijik kereta tue..
boleh lah kalau nak pergi mana-mana..
ahahah..
jahat gila aku..

xde apa nak tulis..
blah..pergi berak!

salam..

Wednesday, July 16, 2008

WTF!!!


salam..

hari yang agak malang sikit,
mengapa lah aku nak malu,
sialan btul..
peluang dah ada depan mata..
kiwak!!!!

ahahaha..

dh kata nak temankan sue,
yang hang pandang saje mengapa,
penakut punya jantan..
ahahah..

ceh,
ada plak yang mengacau tadi,
si dua manusia itu pulak,
kang dia bawak cerita plak,
heheheeh..

takpelah,
next time kalu ada,
aku akan datang temankan..
ahahaha...

penantian ni,
menyakitkan aku..
sialan..
lagi beberapa hari jer..
mulai esok,
ramailah sedara-mara
akan ke rumah..
akan menyemaklah jawapnyer..

tak tahu lah nk tulis apa..
blah la..
bye!

Tuesday, July 15, 2008

Selamat Pagi Taman Selasih

salam..

pagi yang indah,
aku bangun awal,
pertama kalinya..
ahaha..

tak banyak aktiviti hari ni,
nak temankan mak aku pergi
shopping sikit untuk bekalan
ke tanah suci..
bangun je terus aku check
kot-kot sue online..
ahahaha..
gila babun aku nie..

cerita pasal semalam,
kolej aku ada rasmi
basement baru..
macam palat,
canggih tp yang hairan tu,
mana diorang dapat duit banyak tu?
ehehe..
sial je rasanya,
buadak-budak baru rasa bestlah..
kitorang yang macam kimak
rasa..

aku tak biasa bangun awal..
ahaha..
rasa macam nak tidor lagi..
ahahha..

oklah,
next time tulis lagi..
blah pergi berak..

Harapan Setinggi Gunung


salam..

penantian hampir tiba,
tak lama lagi ni akan tiba hari sabtu,
sedih rasanya,
gembira pun ada,
perasaan bercampur-baur..

nak kata aku menyesal,
tak ada la kot,
aku buat apa yang patut,
mungkin dia tak percaya kat aku
agaknya,
lepas apa yang terjadi kat dia..

aku tidaklah mengharap sangat,
cuma kalau 'terjadi',
aku tak sia-siakan,
Insyaallah..

lately,
aku banyak fikir pasal masa depan,
macam-macam dalam kepala otak aku
ni..
ada yang beri cadangan,
sambung degree,
buat master..

aku hanya gelak sahaja,
memang bagus,
ada cita-cita sebegitu,
aku ni pun rasa memang ada niat
nak sambung..
kalau ada rezeki,
Insyaallah..

apa nak jadi pun,
aku nak habiskan diploma dulu,
baru fikir lain..
aku ni pun bukanlah manusia
yang pandai..
ahahaha..
dah takdir..
habis kakak aku bolot kepandaian..
ahahah..

ada suruh aku sambung kat
cosmopoint,
lim kok wing,
macam-macam tempat..
kalau ada rezeki,
aku nak sambung kat
akademi seni kebangsaan,
aku nak jadi pengarah,
satu hari nanti..
Insyaallah..
semua itu hanyalah rancangan, impian,
Allah yang tentukan..

orang banyak bercakap pasal blog,
aku baru je jinak-jinak guna
blog,
bagi aku,
blog ni adalah tempat untuk meluahkan
segala-galanya..
memang tak terkejutlah kalau ada
yang mengutuk ke apa..
mungkin itu isi hati mereka,
dan ada juga yang ambil
kesempatan..
tak tahulah..
sampai sultan murka
pulak..

macam-macam benda jadi
sekarang ni,
tak tahulah apa nak jadi..
orang tu kutuk orang ni,
orang sana kutuk orang sini,
ceh..
entah apa-apa,
macam budak-budak,
malu je negara lain tengok..
aku bukanlah nak sokong sesiapa
cumanya nak nasihatkanlah,
be matured sikit,
nak berpolitik pun
biarlah beradab,
malaysia dah merdeka
51 tahun,
entahlah..

kalau aku cakap lebih-lebih,
kena gam plak,
ISA panggil aku..
ahahah..
pesanan kepada kerajaan
Malaysia,
termasuk pembangkang,
dibangkang or whatever,
berpolitiklah secara
beradab,
malaysia sekarang orang dah
pandang tinggi,
tunjukkan pada mereka apa
kita ada yang mereka tak ada..
apa-apapun ingatlah
perjuangan mereka yang lepas-lepas,
mereka bersusah payah mencari
kemerdekaan untuk kita..
renungkanlah,
UMNO, PAS, PKR, DAP dan
sebagainya...

penat aku menaip,
kepada 'sue' bukan nama sebenar,
saya memang ada sedikit perasaan
kat awak..
hehehe..
tapi saya takde lah terburu-buru,
saya memang ikhlas nak berkawan dengan
awak..
semuanya terjadi secara tak sengaja,
bila satu hari tu saya nampak
awak tunggu bas seorang diri..
eheheheh..
harap awak dapat membaca blog saya satu hari
nanti..
hehehe..

tak tahu apa nak tulis ni..
blah lah..
bye..

Sunday, July 13, 2008

Permulaan yang baru


salam..

tinggal seminggu je,
sebelum ibu bapa aku berlepas ke Mekah,
rasa sedih pun ada,
rasa gembira pun ada,
Allah je yang tahu..

sebelum merepek lebih lagi,
aku bersyukur sangat-sangat,
sejak dua menjak ni,
kehidupan harian aku
bertambah baik,
bukanlah sempurna tapi
oklah..

aku mendapat inspirasi,
ingin menubuhkan sebuah kugiran a.k.a band,
tengah mencari-cari ahli
yang berbakat,
aku berdoa banyak-banyak,
niat aku ni tercapailah
tanpa ada halangan..

pencarian aku baru sahaja
mencapai 40%,
amir dah setuju nak join
kalau nama band die yang taruk,
ehehehe..
kawan sekolah aku,
falihin a.k.a jalut
pun sama bersetuju ingin join,
minggu depan nak duduk berbincang
dengan dia..
harap-harap dia setuju cadangan aku..
minta-mintalah..

next time,
aku tulis lagi,
tak tahu nak tulis apa..

Wednesday, July 9, 2008

Leganya

salam

hari dilalui seperti biasa,
tanpa ada sebarang kesulitan,
baru hari ini aku sedar,
mengapa banyak benda berlaku,
memang ada hikmahnya.

aku terkenang balik kata-kata seorang yang aku kenali,
"Tuhan sayang kat kita,
sebab itu Dia bagi banyak dugaan
dan rintangan pada kita,
Dia nak kita rasa susah,
Dia nak kita rasa rendah diri,
Dia nak kita rasa bersyukur,
Dia nak kita belajar melalui pengalaman.
Orang yang sentiasa senang,
mereka tidak merasa semua itu,
suatu hari bila dah kena,
baru mereka merasa."

aku memang akan ingat kata-kata ni,
sampai aku mati,
aku rasa bersalah kerana mementingkan
diri sendiri sebelum ni,
tak mengambil berat,
tak menghiraukan,
hanya kisah pasal hal sendiri sahaja.

sekarang ni barulah aku tahu erti sebenar kehidupan,
Alhamdulillah aku sedar tepat pada masanya..

Saturday, July 5, 2008

Dah Sampai Seru


salam

long time dah lama tak menulis,

very the busy,

buat itu,

buat ini..


bulan yang indah,

my father just got anugerah,

for his work to goverment,

30 years lorr..


and then got some good news,

for his 30 years,

they rewarded my father go umrah at Macca,

and the surprise is,

bawa mak sekali..


aku as a anak mestilah rasa gembira,

kerana pergi ke sanalah yang selalu diperkatakan,

Alhamdulillah,sampai seru kedua orang tua ku..

amin..


aku harap mereka selamat pergi dan selamay pulang,

Insyallah..


akhirnya aku rasa tenang,

kerana apa yang erjadi sebelum ni,

ada hikmahnya,

dan aku rasa sangat bersyukur..

amin..


semester kali ini tak sibuk sangat,

cuma nak berubah,

tak nak hancurkan harapan mak aku,

kesian dia..


pernah seseorang berkata dengan aku,

kerja ikhlas,

amalan mulia,

hehehe...


next time akan ku sambung coretan ku ini..


salam..