Saturday, August 30, 2008

Merdekakan Diri, Merdekakan Jiwa

Bismillahirahmanirrahim.

Merdeka,
Merdeka,
Merdeka..

Tanggal 31 Ogos 2008, sesudah 51 tahun Malaysia bebas daripada cengkaman penjajah-penjajah. Bila dikenangkan balik 51 tahun yang lalu atau sebelumnya, pasti ramai yang tahu betapa susahnya pemimpin-pemimpin dahulu berkorban dan berjuang untuk mempertahankan hak milik kita daripada jatuh ke tangan orang lain. Pada waktu itu, tentulah keadaan yang berbeza daripada apa yang kita alami sekarang. Bagaimana Dato' Onn Jaafar menentang Malayan Union dan sekaligus menubuhkan UMNO. Bagaimana pula Tunku Abdul Rahman berkorban untuk membebaskan kita daripada cengkaman penjajah. Bagaimana pula Tun Hussein membangunkan serta memajukan negara Malaysia.

Kita patut sedar pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulu supaya kita sedar betapa susahnya mereka berjuang untuk kesenangan generasi akan datang. Seperti mana yang kita rasai sekarang, Malaysia sudah membangun dengan pesatnya, keadaan desa yang maju, berbeza waktu dahulu. Pemimpin-pemimpin berjuang bukan semata-mata untuk satu bangsa sahaja, malah kesemua bangsa yang ada di Tanah Melayu ketika itu, mereka mahu kita bersatu-padu dan berganding bahu untuk memajukan negara Malaysia ini supaya dunia luar tahu bahawa betapa indahnya kalau hidup berbagai kaum.

Sebagai generasi muda, aku amat berbangga dengan kemajuan yang dicapai Malaysia dan aku amat bertuah dapat hidup di negara yang aman dan damai. Pengorbanan mereka amat berbaloi bukan untuk diri mereka sahaja malah untuk golongan masa depan seperti aku dan golongan muda yang lain.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai Mykad berwarna biru, aku bangga menjadi rakyat Malaysia.

Selamat menyambut Kemerdekaan Malaysia yang ke-51..

Merdeka,
Merdeka,
Merdeka..

Happy Birthday Malaysia

Ingatlah pesanan Dato' Onn Bin Jaafar...

"JANGANLAH HANYA NAK MENGEJAR PANGKAT, KALAU KITA MEMBELAKANGKAN BANGSA SENDIRI.
"


Merdeka...
Merdeka...
Merdeka...


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-51..

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN.....

Aku, Dia dan Kuala Lumpur

Jumaat 29 Ogos

Hari ni memang penat sangat sampai tak terkata. Semalam last minit sue beritahu esoknya dia nak pergi interview so aku temankanlah. Janjilah pukul 10 pagi kat kolej. Interview pun taklah lama, dalam pukul 12 dah habis. Bawalah dia pergi jalan-jalan kat KL ni, aku nak beli hadiah untuk besday dia sebenarnya, mencari-carilah hadiah yang dia berkenan. Pusing Jalan TAR tu macam orang gila gaklah, tak dapat cari apa yang dia nak. Mula-mula cari tudung, baju kurung, seluar, kerongsang, yang kelakar gila, aku suruh je dia pilih sari. HAHAHA!! Dah puas cari, pergi Semua House plak, cari kat Top Girl. Baju untuk mak dia sesuailah, untuk dia takde yang sesuai. Lepas tu, aku ajak dia cari kat Sogo, tingkat satu, pusing satu floor tu cari apa-apa yang dia berkenan. Tak jumpa juga. Terus ke Maju Junction, nak pergi minum jap sebab penat berjalan. Sambil-sambil tu mencarilah baju-baju ke apa yang sesuai. Aku tengok baju ada yang aku berkenan tapi dia pulak yang tak berapa berkenan so dah jalan-jalan tu, pergi jap kat food court. Dia nak ke Central Market plak, aku dah ajak dia pergi sana sebelum ni, katanya taknak tapi nak juga akhirnya. Lepas minum terus pergi sana, naik bas lah apa lagi. hehehe!! Memang saat-saat camnie aku nak dengan dia so memang bestlah. eheheh!! Tiba je kat sana, muka dia macam berubah sikit, mungkin dia macam tak berani kat sana sebab ramai sangat orang so aku pimpinlah dia. ;)

Rondalah satu Central Market, cari baju ke apa-apa untuk hadiah dia. Nasib tak baik pulak, tak jumpa apa yang dia berkenan. Yang dia berkenan yang jual dan buat merchandise tu, aku tengok itu yang dia berkenan. Dia nak buat benda tu dengan aku nanti, katanya. Lain kali aku buatlah dengan dia. Aku tengok dia macam dah tak larat je, kepenatan katanya. Masa pun tak mengizinkan, kitorang baliklah, masing-masing jalan dah tak betul. ahahaah!! Aku dengan dia terus naik bas ke Rawang, senang sikit untuk dia terus balik rumah. Aku je yang kena turun kolej, amik bas lain. Takpelah. Aku ok jer.

Sepanjang aktiviti kitorang ni, aku tengok dia happy je. Gelak je mamanjang. Yang dia kisahkan takut aku marah sebab asyik jalan-jalan ke sana ke mari. ahahahah!! Bila dah malam camnie, rasa kesannya berjalan tadi. ahahaah!! Tak kisahlah janji dapat keluar dengan sue, itupun dah kira ok bagi aku.

Pengalaman yang best, aku dapat jumpa macam-macam jenis orang bila dengan dia. Yang paling best tu bila ada pasangan couple bergaduh kat depan Sogo. ahahaha!! Macam-macma ragam. Jumpa budak-budak cosmo yang aku kenal, yang dia kenal. Gelak je tengok diorang bila aku dengan dia berjalan sesama. ahahahah!! Nak gambarkan bila keluar dengan sue memang tak terkatalah, macam mimpi je. Padahal, sebelum ni bukan main malu nak bercakap. haahhaah!!
Sial!! Tadi tak banyak tempat pergi, aku nak bawa dia pergi BB plak. Rumah dia dahlah jauh, kang lewat malam plak nak balik so lain kali je aku akan bawa, dia pun kata ok so tunggu jelah minggu depan ke buka puasa sesama takpun esok ke ahad ke. heheheh!!

Pengalaman paling best walaupun aku tengah mengerang sakit kaki ni. ahahaha!! Nasib baik dari KLCC aku tak ajak dia jalan kaki, kalau tak, aku mampos, dia pun mampos kepenatan. ahahahah!!

Wednesday, August 27, 2008

Thanks to all

hai..

Thanks kepada yang wish my birthday. Orang pertama yang wish adalah cik Sue. Semakin lama semakin menarik hubungan aku dan dia walaupun kami berkawan. Makin lama makin sayang aku kat dia tu lebih. Masa dia wish tu aku dah cakap yang aku sayangkan dia, aku beritahu secara lebih serius berbanding sebelum ni.

Puas aku time tu dapat luahkan. Dia pun menghargai kerana aku menyayangi dia.

Ada lah benda yang boleh buat aku tersenyum.

Monday, August 25, 2008

Selamat Ulangtahun ke-20 kepada Muhammad Shukri ( akulah )

Happy birthday to me...
Happy birthday to me...

20th this month.

Aku tetap bersyukur kerana dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki walaupun aku sudah kehilangan orang yang disayangi. Tak bermakna birthday aku tahun nie.

Tepat pukul 12.00 tengah malam.

Friday, August 22, 2008

Bad news!

Harap maaf, penulisan blog ini akan berhenti seketika atas sebab peribadi. Penulisan akan bersambung dalam 3-4 hari.

Terima kasih..........................

Newsflash!

Dalam proses berkawan....terima kasih!!!!

Thursday, August 21, 2008

Seperti Dulu

Selalu orang kata, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tak kiralah baik atau buruk, mesti ada hikmahnya, macam apa yang aku alami. Sejak dari dulu, tak pernah merasa life yang normal. Kelmarin aku ada tengok cerita hindustan, ntah apa tajuknya. Cerita pasal sebuah keluarga yang akrab. Adik-beradik, sepupu, makcik, datuk, nenek dan sebagainya berkumpul bersama-sama dan meraikan hari keluarga, whatever! Bila aku tengok, sedih juga rasanya kenapalah aku takde sebagaimana yang ditunjukkan di dalam cerita itu. Mungkin ada keluarga sebegitu kat luar sana. Aku renungkan balik, kalau aku mempunyai keluarga sebegitu, alangkah bahagianya hidup sebab masing-masing rapat dan tak pernah dan takkan bergaduh. Tulah. Setiap kejadian kat dunia ni, ada sebabnya. Tuhan tu lagi mengetahui apa yang akan berlaku. Kita tak boleh melawan kehendak-Nya.

Sekarang, aku takkan dapat apa yang aku impikan. Hanya ada ibu, kakak dan diri sendiri sahaja. Bila tengok kiri dan kanan, ada yang menyokong serta membimbing kami tapi takkan jadi seperti dahulu.

Bila tengok keadaan sekeliling, aku memang rasa sedih. Bila terkenang diri sendiri, mereka sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang boleh dikatakan cukup sempurna. Susah nak cakap dengan kata-kata, Tuhan je yang tahu bagaimana pedihnya aku. Aku tak bolehlah sentiasa rasa down, life must go on. Cuma taklah seperti dahulu, mengalami perubahan yang amat ketara. Sebagai anak, mesti mahu melihat keluarganya bahagia dan aku akan tunaikan. Aku akan buat keluarga bangga. Insyaallah.

Wednesday, August 20, 2008

Deep Purple - Soldier of Fortune

I have often told you stories
About the way
I lived the life of a drifter
Waiting for the day
When Id take your hand
And sing you songs
Then maybe you would say
Come lay with me love me
And I would surely stay

But I feel Im growing older
And the songs that I have sung
Echo in the distance
Like the sound
Of a windmill goin round
I guess Ill always be
A soldier of fortune

Many times Ive been a traveller
I looked for something new
In days of old
When nights were cold
I wandered without you
But those days I thougt my eyes
Had seen you standing near
Though blindness is confusing
It shows that youre not here

Now I feel Im growing older
And the songs that I have sung
Echo in the distance
Like the sound
Of a windmill goin round
I guess Ill always be
A soldier of fortune
Yes, I can hear the sound
Of a windmill goin round
I guess Ill always be
A soldier of fortune



( Erti sebuah kehidupan )

Tuesday, August 19, 2008

Aaaaaarrrggghhhhhhhhhhhhh

Hari ni, aku tak keluar rumah pun. Hanya duduk di rumah sahaja, temankan mak kebetulan kakak aku MC hari ni. Selepas bangun pagi sembahyang subuh apa semua, tidurlah sekejap sampai pukul 9 pagi kot. Aku rasa macam berat hari ni, tak tahu kenapa pulak. Aku ke rumah Sri Gombak, ambil barang untuk makcik aku, balik rumah terus tengok tv je.

Secara tak sengaja aku teringat kenangan aku bersama arwah bapa. Aku mengaku airmata aku keluar secara tak sengaja. Aku tetiba terkenangkan saat-saat aku dari kecik sampai besar, dia besarkan aku, belikan aku macam-macam. Aku selalu cerita tentang masalah aku dan pelbagai lagi, ada tu yang tak pernah cakap dengan bapa sendiri. Aku rasa sangat kehilangan dia, susah nak cakap sebab bapak kan. Dahlah kami berdua sahaja lelaki, aku rasa macam lumpuh sekarang ni. Aku tak dapat tahan menangis, bukan aku tak meredhai pemergiannya tapi aku terasa kehilangan sekarang ni. Aku sekarang lebih suka berseorangan untuk tenangkan fikiran aku.

Mungkin orang lain dapat pulih sepenuhnya tapi bagi aku, susah untuk pulih dengan segera kerana kami sekeluarga sangat rapat. Masing-masing bergantung kepada arwah seorang. Sekarang akulah yang menggalas tanggungjawab yang ditinggalkannya...............................

Monday, August 18, 2008

Masihkah Ada Ruang?

Ada ke peluang? Harap-haraplah!!!

Thursday, August 14, 2008

Happy+Furious+Cool

yes! yeah! yohoo! yuhaa! yippie!

Hari khamis..selepas seminggu lebih pemergian ayahanda tercinta, akhirnya aku dapat kembalikan balik senyuman aku. Alkisahnya, aku bangun pukul 12.10 tengahari. Terus online internet atas sebab nak habiskan download lagu Korn. Dapatlah chatting sekejap dengan 's', aku kata nak jumpa dia hari ni, kebetulan nak ke kolej jumpa Puan Nurulhuda. Dia ajak aku temankan dia pergi print kerja dia, aku on jer. Aku tak kata apa lah, aku redha je dia ajak. Aku siapkan diri, lambat pulak LRT, hampeh! Katanya kelas habis pukul 2, takut pulak lambat. Sampai je kolej, lepak jap dengan cik amir, semangat gay dah keluar pulak. ahahaha! Aku pikir ni, dia dah gerak ke kedai print kot, aku pun pasrah sekejap. Then, aku tak tahu arah tujuan nak merayap, aku ke tingkat dua. Aku mencari-cari Puan Nurulhuda sebenarnya nak serahkan surat permit kubur. Tiba-tiba je aku nampak dia, tak boleh nak lari lah. Tak sempat nak intro.

Dia kata, "mana tahu kita ada kat sini".

Aku sengih je!

Petang tue, aku rasa happy. Sebelum ni aku asyik nak sangat borak dengan dia, asyik tak dapat je. hahaha! Man mesti bahan aku lepas ni. ahahaha! Lepas je aku kata, aku dah ada nombor fon dia cumanya tak call je. So, dapatlah aku mesej dengan dia, taklah aku letih nak menunggu dia nak online. ahahahaha!

Wednesday, August 13, 2008

Post-Mortem

lama tak updated blog..
memerap di rumah, no mood to hang out. Masih lagi tiada perasaan, maybe berlarutan kot. Kerja masih lagi menimbun, tiada idea untuk dimulakan. Dugaan yang paling besar dalam hidup, tak dapat dibayangkanlah. Kata orang, Tuhan sayang kat kita, sebab tu Dia bagi dugaan kat kita, Dia nak tengok sama ada kita kuat atau tidak. Kalau kuat, menjadikan kita lebih tabah dan menghargai kehidupan. Nak dijadikan cerita, ramai yang memberitahu, arwah bapa aku meninggal dengan cara yang cepat sebab arwah tak mengalami penderitaan. Terus kena dan meninggal. Kawan kepada arwah beritahu aku, dia nak sangat meninggal cara camtue, senang dan cepat. Ada juga yang kata, kenapa tak bawa ke IJN ( Institute Jantung Negara ). Bukanlah nak kata IJN tu tak bagus tapi kalau dah ajal, macam mana sekalipun akan meninggal juga, tak kiralah kat mana pun. Contohnya dulu bapa Mawi, layanan VIP kat IJN tapi meninggal dunia juga. Ni semua ajal maut di tangan Tuhan, so aku taklah nak kata sesiapa salah. Ada juga yang kata salah doktor masa buat angiogram tu, aku diamkan aje sebab aku tahu doktor tu dah buat sedaya upaya dia. Bukanlah salah dia sebab tak dapat selamatkan nyawa arwah bapa aku. Bagi aku, benda ni semua dah tertulis dan sakit tu cuma dijadikan sebab sahaja.

Kata orang-orang tua dulu, orang yang meninggal ni, 40 hari sebelum akan menunjukkan tanda-tanda. Memang betullah tu!! Mungkin aku tidak perasan tetapi bila teringat, memang ada. Allah tu Maha Berkuasa kan, Dia buatkan kita tak perasan yang seseorang tu akan meninggalkan kita. Kalau tak, tak ada makna lah. Aku redha pemergiannya, bulan ni aku nak masuk 20 tahun dan hampir 20 tahun aku hidup dengan arwah. Memang terasa sekarang ni kan, dah kata bapak sendiri, bodohlah kalau tak rasa. Aku dah ada tanggungjawab baru memandangkan aku seorang sahaja lelaki dalam keluarga, maka memang perlu berkorbanlah demi keluarga aku.

Apa yang aku rasa puas adalah, sebelum bapa aku pergi, dia dapat menjejakkan kaki ke tanah suci mengerjakan umrah. Dapatlah dia menjadi tetamu Allah s.w.t sebelum dia pergi. Lagi satu aku dapat belajar adalah, kalau kita buat baik dengan orang, maka orang akan buat baik dengan kita. Contohnya semasa jenazah dibawa ke rumah, ramainya orang datang ziarah, aku rasa satu pejabat felda datang ziarah ke rumah aku petang tu. Pada malam pula, orang-orang surau ziarah nak buat tahlil dan yassin. Aku tak pernah tengok orang-orang surau begitu ramai sekali. Dan saudara-mara belah bapak aku kesemuanya datang malam tu jugak. Memang ramai sampaikan aku ingat malam tue kenduri kahwin tapi sebaliknya. Aku pernah pergi kenduri arwah dulu, tapi ramainya taklah sangat tetapi semasa bapak aku meninggal, Allah je tahu perasaan aku. Itulah kalau kita buat baik dengan orang.

Walau bagaimanapun, aku akan teruskan kehidupan aku. Aku akan kejar cita-cita aku walaupun rasa terkilan kerana arwah tak sempat tengok aku graduate next year.

Monday, August 11, 2008

Lost

Aku sekarang perlu sesuatu untuk diceriakan

Sunday, August 10, 2008

Takde Mood!

Minggu ni memang aku tak tengok dunia luar, rasa takde mood. Asyik layan lagu-lagu syahdu je, television pun dah 4 hari tak bukak, tak tahu perkembangan macam-macam. Nasib baik ada internet, dapatlah lepaskan tekanan, kalau tak naik semak kepala aku. Apa-apahal, esok manutd vs pompey so mesti wajib tengok, hidup mesti diteruskan. Musim bola Barclays Premiere League dah nak kick off so akan mula balik menyokong team faveret, manutd. Tapi rasa kekurangan kali ni, menjerit sesoranglah jawabnya. Esok nak pergi kubur, nak letak pokok bunga puding, nak letak tanda supaya senang nak cam.

Baru tadi pakcik aku datang dan geng-gengnya, dapatlah hilangkan rasa tekanan tu. Hari ni tahlil takde pulak jamuan sebab banyak kenduri kat taman aku ni. Malam selasa baru nak buat kenduri so kena pontenglah hari isnin tu.

hehehe...

Saturday, August 9, 2008

The Best Video and Lyrics




Seems like it was yesterday when I saw your face
You told me how proud you were but I walked away
If only I knew what I know today

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you but I know you won't be there

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you
Some days I feel broke inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide 'cause it's you I miss
You know it's so hard to say goodbye when it comes to this

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have just one more chance
To look into your eyes and see you looking back

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself
If I had just one more day, I would tell you how much that
I've missed you since you've been away

Oh, it's dangerous
It's so out of line to try to turn back time

I'm sorry for blaming you for everything I just couldn't do
And I've hurt myself

By hurting you....


Terkenangkan bapa tercinta...

A New Beginning

Dah 3 hari tanpa bapa tercinta, rasa kehilangan tu ada la sikit-sikit tapi kena biasakanlah. Kawan-kawan masih lagi mengucapkan salam takziah. Terima kasih ieka, Mus, Alan, ada yang call dan ada yang mesej. Mus, kawan dari sekolah rendah marah aku sebab tak inform awal-awal. Malam ni pakcik aku dengan sepupu nak datang rumah, nak ikut pergi tahlil. Mak aku pun ada masak-masak sikit untuk pakcik dan sepupu datang, lauk biasa je. Ada yang masih terkejut pemergian bapa aku sebab orang tengok dia sihat je, aku masih lagi terkenang kenangan kami bersama-sama arwah.

Apa-apapun hidup mesti diteruskan. Akhirnya aku dapat beritahu kat 's' apa perasaan aku, mana taknya, terkejut besar dia.

hehehe..

Friday, August 8, 2008

Sejuta Penghargaan

Terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang mengambil berat tentang aku.

Terima kasih kepada Aleffee dan Amir yang sudi datang 2 hari pada hari selasa dan rabu sewaktu bapa aku meninggal kat hospital. Firdaus, Capek, Ajak, Bob yang datang pada tengahari di rumah aku, sempat diorang datang dari kolej.

Kepada Amy, thanks sebab mengambil berat. Your the best!

Kepada kawan jauh, kak Ida yang dari dulu sampai sekarang memahami aku.

Kepada Asynawi, sanggup call aku balik.

Thanks Puan Nurul kerana memahami keadaan saya, proposal tu saya akan submit nanti.

Tak lupa kepada Ant, Irwan, Sam, Dila, Nana, yang sent mesej, call bertanyakan tentang keadaan aku. Terima Kasih!

Terima Kasih tak terhingga pada Ayen dan Man sebab sanggup stay kat rumah aku sampai jenazah dikebumikan. Sanggup redah malam naik bas semata-mata nak ziarah. Temankan aku time malam, taklah aku rasa stress..

Thanks to all!

Thursday, August 7, 2008

Redha Dengan Pemergiannya

Lama tak updated blog nie..

Selamat sudah jenazah arwah bapak aku dikebumikan pagi tadi. Sebab-sebab meninggal dunia kerana kena serangan jantung pada hari rabu selepas melakukan angiogram. Tak sangka begitu cepat dia meninggalkan kami sekeluarga, semua saudara-mara, FELDA dan rakan-rakan terdekat terkejut kerana arwah bapa aku tidak menunjukkan apa-apa tanda yang dia sakit.

Dah ajal, aku harus menerimanya dengan redha. AMIN.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. AMIN.

Tuesday, August 5, 2008

Guarantee Letter Felda

Baru balik ni, penat gila siot. Disebabkan hantar bapak aku pergi ke klinik pagi tadi, terus di transfer ke hospital. Bila Dr. Ibrahim a.k.a doktor famili aku, check cuma suspect dehydration sebab tekanan darah rendah dan simpton lain iaitu tak lalu nak makan. Dr. Ibrahim suruh refer ke Hospital Tawakal, bila di check menggunakan apa benda ntah, tengok result dia ada pulak masalah jantung. Cuak gak aku, patutlah bapak aku macam tak bermaya je. Kebetulan kat Tawakal takde pulak tempat kosong, full semua icu dan wad. Doktor rekemen pergi ke Hospital PUSRAWI, apa lagi siap naik ambulanlah tapi aku tak naik sebab aku nak settle kan surat GL ( Guarantee Letter ) under nama FELDA tempat bapak aku bekerja. Pergi aku rushing jumpa kakak aku kat opis, suruh dia settle kan. Bergegas ke PUSRAWI ke tingkat tiga, tengok bapak aku cucuk tang sana, cucuk tang sini. Taklah seram cuma terkejut. Mula-mula rasa risau tengok keadaan bapak aku, petang sikit, doktor beritahu yang bapak aku ni, ada kencing manis, darah tinggi, tu sebab kandungan kolestrol kat jantung dia agak 'tebal', sebab tulah dia tak lalu makan, asyik muntah, dan kekurangan air. Dia kena kencing manis dan darah tinggi tu taklah terkejut sangat sebab background famili dia ada sejarah penyakit camtu. Aku pun akan kena satu hari nanti tapi takkan kena kalu aku tak berhati-hati. Lepas maghrib, sepupu aku datang melawat, dan dia kata bapak aku ok dan takde apa-apa yang teruk sangat pun. Disebabkan wad ICU, tak ramai oleh melawat, dan sangat ketat peraturan so aku merayaplah satu hospital. Amir dan Aleeffee datang melawat tapi tak masuk pun cuma lepak luar hospital nak jumpa aku. Dalam 2-3 hari keluarlah bapak aku dari hospital, taklah serius sangat pun tapi sebelum tu memang cemas gaklah. Nasib baik Amir paham, kalau tak compom marah sebab aku tak datang kolej.

Esok aku tak pasti nak ikut ayen jumpa abang dia atau tak. Dengan condition bapak aku lagi tapi aku cubalah datang kalau sempat.

Aku harap bapak aku akan sembuh seperti sediakala, taklah aku yang nak kena hantar dan jemput kakak aku naik kereta. ahahaha!!

Apa Nak Jadi Bahagian I

Apa nak jadi sekarang ni, dah macam-macam perkara berlaku. Apa nak jadilah Malaysia sekarang ni, terutamanya politik. Walaupun aku taklah minat politik tapi aduhai, lemahnya. Aku tak berada di pihak mana-mana pun sama ada kerajaan or pembangkang sebab kedua-duanya ntah apa-apa. Minta maaflah kepada penyokong-penyokong sekalian. Aku dah macam kurang percaya dengan pemimpin-pemimpin Malaysia nie, macam-macam berlaku pulak. Ada ke sesama Melayu bertelagah sesama sendiri, sepatutnyalah orang Melayu bersatu. Bila orang Melayu bertelagah, yang gelak orang cina dan india la. Orang tu kutuk orang ni, orang ni membalas kutukan orang tu, yang menderita rakyatlah kot. Kalau buat perhimpunan ke kat mana-mana, kadang menggangu orang ramai nak cari rezeki, pakcik dan makcik yang sapu sampah tu plak yang kesian nak sapu segala sampah sarap. Bukan tak boleh perhimpunan ni dibuat tapi biarlah perhimpunan tu berkeadaan selesa. Tak mengundang ancaman or apa-apa. Malaysia ni adalah negara yang maju dari segala segi, patut kita tunjuk contoh, mana ada negara lain yang sama macam Malaysia yang hidup aman dengan pelbagai kaum. Renungkanlah.

Masih lagi belum berbicara sama 's' bukan nama sebenar.

Ambil Perhatian

Kepada sesaper yang membaca blog aku ni..

Aku memberi nasihat, kalau nak mengutuk blog aku, tak heranlah! Kalau hidup kau setakat nak mengutuk baik kau korek lubang kubur kau sendiri. Ada paham!!! Yang tak mengutuk tu, aku bukan marahkan korang..

Friday, August 1, 2008

Tolong Jangan Baca

Bila pandang memang tak puas, bila renung mula rasa sawan, bila tenung rasa macam nak cair, apa yang ada pada dia wei! Perrgghhhh, sekali pandang nampak macam nak pegang, sekali nak sentuh rasa pulak miangnya, memang ciptaan Tuhan amat istimewa. Tak elok berfikiran kuning, apa yang aku maksudkan adalah seorang yang aku kagumi a.k.a admirer. ( man, aku tahu kau tengah baca ) Kalau agaknya dia baca blog ni, sure dia kata aku sewel.

Dia ada bagi aku lirik lagu Nubhan Af6, lagu baru dia. Katanya lirik-liriknya tue ibarat macam dia. Perrgghhh, jiwang gak dia.

Dari luaran nampak cool jer, tak sombong, tak berlagak, dan muka yang tak berdosa a.k.a sweet! Gayanya peramah, pernah seorang teman terdekat berkata, memang dia talkative. Aku jumpa berbagai-bagai perangai perempuan, bercampur dengan ramai perempuan tapi ada sesuatu yang menarik pasal dia, iaitu mempunyai hati yang halus. That's make her so fuckin' special.

Dulu, hamba-hamba Allah yang aku kenali dan cuba ingin dekati memang mereka fuckin' special tapi mungkin mereka tidak mempunyai sesuatu yang X-Faktor. Mungkin ada tetapi aku tak dapat layan X-Faktor tue kot. Agaknya. Aku mendapatkan khidmat nasihat teman terdekat, it's up to me to take the next level. Shit, don't know what to do!! Many shit happen lately, that's why my mind didn't do the fuckin' prosess. Banyak aku belajar, benda yang aku takut nak buat, mendorong aku untuk buat. Dia terlalu matang, daripada kata-katanya mengingatkan aku pasal kisah 6 tahun yang lalu. Speechless juga aku tapi memang itulah kenyataannya. Dalam erti kata lain, caranya dah buatkan aku rasa matang, sejak daripada tu, aku dah banyak berubah walaupun tak banyak tapi ada sedikit. Aku dah mula menghargai kehidupan.

Kepada 'yang berkenaan', terima kasih kepada anda. Berbanyak-banyak terima kasih. Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda.

Aku berdoa agar aku dapat diberi peluang untuk hidup untuk menempuhi hari-hari yang akan mendatang...AMIN!

Kurma dan Air Zam-Zam

Minggu yang istimewa sedikit, selepas pulangnya parents ke tanah air, ramai sedara-mara bertandang ke rumah. Setiap malam ada aje yang singgah, buat semak kepala aku kekadang! Macam sial Man bahan aku pasal 's' kat blog ni, nampaknya kenalah bertapis-tapis bila aku menulis..ahahah!! Hari sabtu compomlah ada yang nak datang rumah, nak ole-ole lah tue gayanya. ahahah!! Aku paling suka kurma sebab faveret aku, setiap kali aku makan kenyang sampai tak makan nasi..ahahah!!

Kat kolej, as usual je jumpa same person, same routine, same place to hang out or whatever!! Assignment pun dah berlambak sekarang nie, otak pun nak stressed. Nasib baik aku ada sebab kenapa aku nak ke kolej dan belajar.

Kepada Man, siot ko heboh-hebohkan kat orang apa aku tulis..ahahahah!!

Aku harap dapat hidup untuk menempuhi hari esok..AMIN!!