Thursday, October 30, 2008

ntah

Rasa kurang selesa!
Rasa semak!
Rasa nak cabut kepala!
Rasa gila!

Dalam 2-3 hari ni, minda macam biul. Kepala dah pening-pening yang agak pelik, nak muntah-muntah pun ada. Takkanlah aku mengandung kot. Hah, sial. Aku bukan khunsa.

Kekadang fikiran melayang, aku rasa character pun semacam berubah. Rasa tak macam dulu je,
dulu aku macam sengal, badigol. Sekarang aku rasa macam suka gila menyendiri, kira macam alone lah. Aku banyak berfikir ker? Takde pulak, aku rasa aku tak fikir sangat.

Time aku post blog ni, kabel kat tangan aku, nak hentak kepala yang pening ni!!!!!!!

Saturday, October 25, 2008

Ghita English


Comel budak nie..suara pun comel!!! Geramm!!

Friday, October 24, 2008

JKR?

Masa aku tulis ni jam menunjukkan pukul 1.33pagi, kepenatan di kaki masih terasa teramat macam cibai sekali. Patut aku pergi settle kan hal kereta pagi-pagi buta, ni kes tunggu oranglah menjadikan lambat nak mampos. Macam-macam perkara nak buat last-last pukul 12 baru nak keluar, nasib baik enjin otak aku dapat berehat lama, bangun pukul 9 pagi.

Haa, agak sial juga, bajet nak ikut jalan shortcut nak settle kan kereta tapi HARAM!!!!! Mula-mula bodohkan diri pergi JPJ Wangsa Maju sana, tanya nak tukar hakmilik. Mereka di sana suruh ke Amanah Raya, aku pun tak tahu apa fungsinya benda ni tapi yang aku tahu mereka settle bab-bab harta sepeninggalan, lebih kuranglah.

Nak tahu apa Amanah Raya kata?

Dah pulak suruh buat sijil faraid, ni satu hal ni. Mula-mula aku ingat pegawai Amanah Raya tu datang haid ke apa. Hahahaaha!!! Bunyi seakan-akan. Dah disuruh pulak pergi Mahkamah Syariah, apa ingat nak settle hal cerai-cerai ke bak kata kawan baru aku, cik Intan tue. Hahaha!! Dah tue, membangangkan diri macam biasa pergi Keramat Au2. Sampai jer, ramai orang tuh!!

Aku berdialog kasar dengan mak aku,

Mak : Ko tengok, kita datang sini macam nak bercerai pulak!!

Aku : Tengoklah ramai orang, ni semua nak cerai kot, muka-muka diorang ni cam kena cerai talak tiga je..

Lepas berdialog, orang pandang aku dengan amarah di sanubari. Hahaha!!!

Tanya mamat kat kaunter, aku tengok macam bodoh jer, tanye sikit, jawab penuh dengan tidak konfiden. Dah tu, ingat leh apply nak buat sijil faraid. Kena pulak mereka nak tahu value kereta tu, sama ada buat kat puspakom atau jabatan kerja raya..

JKR? Biar betik!!!!

Ceh, huru-hara sistem saraf kat otak nie. Ambil je borang terus belah.

Teruskan memperbodohkan diri pergi puspakom kat wangsa maju. Ada lagi masalah pulak, mereka nak surat pengesahan daripada Amanah Raya kalu nak check value kereta. Apa lagi, darah dah jem kat otak, memang mengamuk tahap sederhana, jumpa pegawai mereka. Dah terangkan perkara betul, baru faham.

Ceh,

Banyak dugaan dan masalah tapi bila pikir-pikir, tak ada apa-apa pun. Baru tahu caranya. Hehehe!!

Penat juga rasanya, dahlah tak dapat lepak dengan rakan-rakan. Hehe!!

Thursday, October 23, 2008

3 Month

Hampir 3 bulan aku menjalani kehidupan baru aku, menjadi orang nombor satu dalam famili aku, menggantikan tanggungjawab yang ditinggalkan oleh arwah ayah aku. Pada mulanya memang aku agak baru dan semestinya aku akan mengeluh sebab banyak aktiviti aku yang dulu-dulu dikurangkan. Aku cuba bahagikan masa bersama keluarga, rakan-rakan seperjuangan.

Alhamdulillah, aku dapat melakukannya dengan baik sekali, masih lagi menjadi yang terbaik untuk keluarga aku walaupun takde masa untuk diri sendiri. Aku masih lagi mencari-cari apa yang aku mahukan, apa yang aku inginkan, apa yang kurang dan apa yang patut aku genggam. Itu semua memerlukan masa tapi apa yang rancang semuanya berjalan dengan lancar.

3 bulan penuh dengan pelbagai rintangan, tapi aku sangat bersyukur, kami dapat mengharunginya tanpa memikirkan apa-apa. Aku sampai sekarang masih lagi macam bermimpi, betul ker tinggal kami bertiga. Nak bersedih tu, aku dah tak boleh, aku memang perlu kuatkan diri. Aku juga amat bersyukur sebab kawan-kawan yang memberi sokongan dari segi moral dan rohani. Tidaklah aku rasa kekok sebab mereka sume kawan-kawan aku.

Mereka juga memberikan aku satu keseronokan, dapat juga aku melepaskan tekanan dan juga bebanan, tidaklah aku terlalu memikirkan sampai kusutkan otak.

Alhamdulillah, hidup aku juga semakin hari semakin berubah. Daripada aku tak tahu apa-apa, aku dah tahu serba sedikit tentang di luar sana. Aku juga sekarang ni tengah struggle untuk mencari apa yang hilang dalam hidup aku. Aku harapa agar cepat menjumpainya sebelum terlambat.

Pesanan kawan baik aku, aku perlu rajin keluar supaya dapat melepaskan segala tekanan. Nasihatnya amat berkesan sekali. Thank You.

Kata orang, pengalaman mengajar kita untuk menjadi lebih kuat.

Sunday, October 19, 2008

PLACES

Hari ni satu hari suntuk keluar ke Taman Tasik Perdana dengan Pavilion dengan Bob. Dapatlah snap beberapa gambar untuk tatapan.

Kt pasu bunga besar yang banjir dalam tue.


Hari minggu orang ramai gaklah kat sana, ada merentas desa pulak. Tempat besar so takdelah nak kacau diorang ke. Masing-masing buat hal sendiri. Bob pula bila dah start snap, mulalah pencarian apa ntah. ahahahah..

Bob paksa aku masuk dalam tue

Ronda-ronda, dapatlah macam-macam benda menarik untuk dikongsi bersama. Aku bukanlah first time pergi sana, ada lah 2-3 kali tapi kali ni aku dibekalkan kamera untuk snape sesuka hati aku. hehehe...


Best tengok posisi pokok ni

Aku ada jumpa satu mcm tempat rehat takpun pondok la. Tengok cara diorang hias tempat tu memang unik. Geli pun aku ada rasa.


Tengok sendiri. Sangat Unik!!!

Kitarang nak ke taman rusa dan kancil lepas ni, tapi sebelum sampai ke sana, aku rasa macam diperhatikan je. Hahaaha.. Bukan awek, last-last ntah apa benda orang panggil ni, orang-orang.



Inilah dia

Rusa betina

Rusa jantan yang tengah stim!!


Penat jalan-jalan, kitarang berpindah tempat ke Pavilion. Tak tahu nak pergi mana, main cakap je pergi sana.

Ni butik eksklusif tepi Pavilion

Aku rasa time ni tak hujan pun


Kitarang masuk jugak Pavilion, usha-usha apa ada kat dalam sana. Taklah hebat sangat pun, sama je macam giant kat rumah aku cumanya Pavilion tempatnya unik sikit. Hehehe..

Informasi

Adakalanya kan, hidup ni memerlukan kezaliman. Aku baru sedar, bila duduk sejenak dan berpikir, bagaimana nak mengubah sesuatu contohnya benda-benda yang tak elok ( paham-paham sendirilah ). Memang memerlukan kezaliman. Sebabnya, dengan kezaliman yang dilakukan maka perasaan insaf itu akan timbul dengan automatiknya. Hehehe..

Aku kata ni, bukan nak menggalakkan orang buat jahat. Kita patut mencegah. Itu jer. Itu je aku nak kata, yang lain pandai-pandailah pikir sendiri. Sampai diri sendiri mengalaminya barulah tahu sendiri.

Friday, October 17, 2008

New Song On my Blog

Ehem...Ehem....
Aku dah tukar lagu baru kat blog ini. Kalu tahu sape yang nyanyi ni aku belanja makan. ahahaha!! Penyanyi asal Metallica. Band ni buat cover. Hahaha... Sedap lagu ni, sungguh touching aku dengar.

Thursday, October 16, 2008

20 Tahun

Enough of that!!!

Setelah hampir 20 tahun lebih aku hidup, barulah aku menyedari bahawa kehidupan aku sedikit berbeza dengan orang lain. Mula-mula, aku tak biasalah lebih-lebih masa sekolah dulu. Macam-macam hal jadi semua depan mata, live, ahahaha. Tak boleh blah! Aku malaslah nak cerita secara details sebab peribadi, mana yang tahu tu memang paham kot.

Lama-kelamaan baru aku sedar, sebenarnya ada hikmah juga banyak benda jadi kat aku, boleh jadikan benda tu sebagai pengalaman hidup untuk aku di masa akan datang. Hehehe!! Tak sangka plak aku bila dah sedar, aku rasa best plak alami pelbagai macam perkara.

Aku sekarang dh addicted dengar lagu Rossa - Ayat-Ayat Cinta.
eheheh..

Wednesday, October 15, 2008

Semalam

"Patut ke merelakan pemergiannya sedangkan hati meronta-ronta mahukan segala-galanya. Cukup sangatkah dengan apa yang ada berbanding dengan apa yang sepatutnya ada. Tak mungkin akan berpaling tadah, mengkhianati. "

Ungkapan yang tiba-tiba berlegar-legar di fikiran masa nak tido semalam. Pelik juga, apa maknanya ni. Ada ke sesuatu yang patut aku lepaskan, mungkin aku tak perasan benda ni.

Aduh!
Pening-pening!!!

Tuesday, October 14, 2008

Live Show



Aku belek-belek jumpa video ni. Aku perasan penyanyinya salah lirik mula-mula. Patutnya Life it seems will fade away, bukannya I have lost the will to live. eheheh..

Apa-apapun, metallica memang tetap fuckin' rules!!!

Monday, October 13, 2008

Luahan Hati

Macam-macam dugaan, cabaran, rintangan, masalah, kena jalan yang sempit. Kalau boleh dikumpulkan rasanya cukuplah satu filem takpun drama bersiri. Sejak belum dilahirkan, hampir 27 tahun dahulu bermacam-macam perkara terjadi. Ada baiknya, ada buruknya, ada kelemahannya dan juga ada kekuatannya. Mengapalah manusia ni selalu bersangka buruk? berfikiran kolot, menabur fitnah, hasad dengki, macam-macamlah.

Masalahnya sekarang, ikhlas ker mereka semua ni? Sanggup berkata macam-macam, itulah inilah sehinggakan tak tahu nak cakap apa lagi. Dahulu tu, bila ingin meminta tolong, macam-macam mereka kata, nak mengelakkan dari tolong. Patut ker? Rendah sangat ke martabat ni sehinggakan mereka seolah-olah malu.

Dahulunya pemikiran mereka sangat kolot, sangat merendahkan, atau kata kasarnya kurang ajar. Sekarang, baru nak terhegeh-hegeh mengambil kesempatan. Apa semua ni? Patut ke di percayai? Patut ke diterima? Patut ke percayai keikhlasan mereka? Boleh ker terima?

Bila dah menjadi orang, perkara lama didedahkan. Kebenaran diketahui, banyak sangat mereka buat, banyak sangat mereka lakukan. Susah nak menerima, susah nak percaya.

Hidup terlalu banyak dugaan, memang berguna untuk kita mengunakan ia sebagai pengalaman di masa akan datang.

Friday, October 10, 2008

Ayat-Ayat Cinta

Ya Allah, tersentuhnya hati dan perasaan aku bila menonton cerita Ayat-Ayat Cinta. Mungkin dah ramai yang tengok dan dah tahu cerita tu. Tapi aku tak tengok langsung sebab tu aku cuba-cuba tengok. Mulanya aku memang agak kutuk-kutuk lah cerita tu, bak kata bob, menggedik tengok cerita tu. Well, aku tarik balik segala yang aku kutuk tu.

Aku teringat kata-kata terakhir Maria sebelum menghembus nafas terakhir, "Aku baru tahu apa makna cinta daripada memiliki cinta itu", lebih kurang camtulah ayatnya. Memang mendalam maksud dia tu.

Apa-apapun insaf sekejap..ehehehe

Terjah Sogo!!!

Warrgghhh..so damn tired today. Banyak sangat keluar sana, keluar sini. Pagi-pagi dah keluar ke pasar sentul beli sayur-sayuran, daging dan sarapan. Jalan sesak gak, pagi sangat pergi. Ni ada janji dengan orang kat rawang ni, jam dah pukul 11, janji pukul 12.30. Tak boleh jadi kalau lepak lama sangat kat rumah makcik aku, balik terus siap-siap padahal lupa plak hari ni hari jumaat, patut siap-siap nak pergi sembahyang jumaat. ahahahah..

Aku pergi jugak Rawang dari Gombak, keluar rumah pukul 12, rush jugaklah dengan jalan sesak sikit, budak-budak balik sekolah lagi. Sampai sahaja di rawang, terus rush ke kolej jap katanya ada hal penting nak diuruskan. Aku ikutkan jer, dah janji. Buat itu, ini, patah balik ke Rawang sebabnya break dia sampai pukul 2 je, alamatnya tak dapat nak lunch sesama lagi. Nasib baik aku dah makan nasi lemak sebelum keluar tadi.

Yang sempat hanya tapau makanan je untuk dia, aku tak beli pung, masih kenyang lagi. Lupa plak hari ni patutnya aku kena bawak mak aku keluar KL. Terus rush balik rumah, tak sempat nak rehat sangat. Hari dah mendung gila, nasib sempat sampai Sogo sana. Baru aku tahu, start hari Khamis - Jumaat ada sale kat sogo hanya untuk membership sahaja. Hehehe.. Kata orang, "Alang-Alang Menyeluk Perkasam, Biar Satu Badan Masam", aku terus serang dua baju. Murah harga bila dah 70% diskaun. Harga asal, RM 89.90, lepas diskaun, RM 26.97.


Masa mak aku jalan-jalan cari handbag, aku malas nak layan. Aku buat hal sendiri, jalan-jalan cuci nafsu. (hahaha).. Aku macam tertarik kat baju ni, mula-mula nak beli warna hitam je. Apa salahnya beli dua warna.


Aku terus amik tanpa berfikir panjang. Kalau orang lain tengok, agak-agak kata tak padan tu lantaklah janji aku rasa berkenan. Rasa-rasanya warna putih dah jadi warna faveret sekarang ni. (hehehe)..

Sambil-sambil jalan tadi jugak sambil tu menunggu mak aku jalan-jalan cari handbag, aku sempat beli buah oren dari South Africa. Murah, RM 4.50, kalau kat luar tu mau tak mau selonggok RM 10. Kiranya murahlah gak, sempat lagi mengutuk ada sorang makcik ni, letih aku tengok, beli barang taklah mahal itupun nak pakai kad kredit. Ntah apa-apa. Aku ni beli banyak gak pakai cash lagi. (hehehe)..

Habis je ingat nak makan kat belakang Mydin sana, hujan lebat sangat. Makan je kat foodcourt Sogo. Habis makan, baliklah!!!!!!!!!!!

Tag Berbahasa Melayu-Di tag oleh Nurul Aimi

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Keluarga, Saudara's, Rakan-Rakan Seperjuangan, Insan Yang Disayangi.

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?
McValue Sausage McMuffin, Nasi Lemak Sambal Sotong.

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu?
Mestilah dekat rumah, mana ada orang nak kahwin tepi loji kumbahan.

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?
Tepuk dada, tanya selera.

5. Adakah anda di lamun cinta?
Aku memang suka menggelamun.

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam?
Jees Seafood kat Sri Gombak, belakang Pasaraya TC Permata.

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Ujang Bumper Raya. Tahun lepas punya raya daa..

8. Apakah nama penuh kamu?
Muhammad Shukri Bin Sanosi

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?
Dua2 boleh..

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?
Dari dulu aku nak jumpa Aziz M. Osman.

11. Christina atau Britney?
Antara dua-dua ni, sape pandai buat sambal belacan, dia pilihan aku. ahahah..

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?
Mesin yang cucikan, Yang kecik-kecik tu basuh guna tangan lah.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pergi?
Mana-mana pun seronok, tepi loji kumbahan pun takpe.

14. Pelukan atau ciuman?
Dua-dua tak boleh ker? hahaha

15. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
a. Dia kawan yang baik dan tidurnya yang tak menentu sape lagi kalu bukan si Amy Kurus tu.. haahhahha

16. 8 perkara yang amat saya gilai
i. Tv.
ii. Tidur.
iii. Gosok perut.
iv. Online.
v. Gelak sorang-sorang.
vi. Pusing sampai pening.
vii. Isi minyak kereta.
viii. Termenung sampai lebam, dah tak tahan, nyanyi lagu nasyid.

17. 8 perkataan yang sering di ucapkan
i. ntah
ii. letih siot!!
iii. huahauhauahu
iv. apa kehe! apa kehe!
v. What the fish!
vi. iskh!
vii. siot ko!
viii. Oi!


18. 8 buah buku yang paling terbaru dibaca.
i. Alam Kubur
ii. -
iii. -
iv. -
v. -
vi. -
vii. -
viii. -

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali.
i. Dear God by Avenged Sevenfold.


20. 8 perkara yang saya pelajari tahun lalu.
i. Sembahyang 5 waktu
ii. Cuba menjadi berani.
iii. Jadi lebih tabah dan redha
iv. Jangan pakai baju sebarangan kat Cosmopoint, nanti kena bahan dengan aku dan rakan-rakan.
v. Jangan pakai pakaian perempuan, buruk rupanya...ahahah.
vi. Nak tutup aurat tapi x larat..aahahah
vii. Mengacau orang buruk padahnya.
viii. Aku belajar jadi orang gila, memang seronok sampai aku jadi sewel sekarang..ehehe

21. Mari mengetag 8 orang lain.
i. Sape
ii. agaknya
iii. aku
iv. nak
v. tag
vi. ni
vii. la
viii. ahahahahah

Wednesday, October 8, 2008

Lunch Together

Semalam, Bob dan rakan-rakan melawat ke Hafiz kat hospital. Aku tak sempat plak nak ikut sebab mak aku ajak aku beli perkakas nak bertukang so alamatnya kalu mak aku dah ajak gitu, lama lah jawabnya.

Bob beritahu, Hafiz dah bertambah ok. Dah boleh makan, bercakap apa semua tapi ingatan dia je yang agak kurang sikit. Tu jer. Makan KFC lagi, tak nak kalah. Hahahaah. Errmmm, tengoklah kalau aku ada kesempatan, aku nak melawat dia lagi.

Tengahari tadi juga aku keluar lunch dengan Sue, makan McDonalds. Kat mana lagi, Rawanglah. Ingat nak bawak makan yang berat-berat ke, dah dia yang nak makan situ. Aku ikutkan jer. Balik je lunch aku terus ke rumah Man, bayar hutang modulator. Borak-borak apa yang patut pastu gerak balik singgah rumah Bob, tak masuk pun.

Temankan Bob basuh kereta kat area mapley Thaqwa sana. Borak-borak dengan Bob pasal hal masing-masing. Tak sangka Bob juga berjiwa jiwangs. Hahahaha...

Akhir kata, aku happy gak hari ni dapat ketemu dengan Sue.

Monday, October 6, 2008

Ke Bengkel

Hari ni hari apa ek? Oooo, baru teringatlah, hari isnin rupanya. macam nilah rupanya kalau cuti je kerjanya. ( hahahah )

Hari ni pagi-pagi buta dah bangun dalam pukul 8 lebih, mandi apa semua, siap-siap apa semua. Bukan nak pergi Rawang ok, heheheh. Nak pergi servis kereta arwah bapak aku jer, nak repair apa yang patut. Makan pun tak, terus je blah pergi Sri Gombak ada satu workshop ni. Arwah bapak aku selalu servis kat situ.

Kereta pun dah ngok ngek nak mampos, gear pun dah macam sial. Takut gak kalu tengah-tengah jalan nanti tetibe tak boleh jalan so pergilah repair. Memang banyaklah nak di repairnya, ntah apa namanya, aku pun tak reti nak menyebutnya. Lantaklah janji aku puas hati diorang repair.

Agak bosanlah menunggunya kat workshop tu, nasib baik boleh cuci mata. Sebelah kedai ada kedai jual bunga, hypershoe, bata, yang bekerjanya semua cun-cun belaka. Awek tau. At least taklah bosan. Bayangkan aku puasa lah kiranya tak makan, tunggu sampai habis repair. Agak-agak pukul 3 lebih baru siap complete semua, time tulah perut aku dah keroncong kuat sangat so apa lagi aku serang Secret Recipe. ahahahah.. Tak ingat aku makan sampai tak larat. Nasib baik kat situ takde orang.

Lepas makan, aku baliklah terus buat tahi mata. Tidur!

eheheheh..

Friday, October 3, 2008

Hari Lebaran

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maafkan segala kesalahan yang pernah aku buat. Amin..

Malam raya hari tu aku dah mula sedih dan sebak mengenangkan waktu-waktu malam raya, pasti rumah aku haru-biru sebab kemas rumah last minit. Tapi kali ni yang buat haru cuma kakak aku je, dan macam biasa aku akan mengikut jemaah-jemaah surau taman aku bertakbir dari rumah ke rumah. Alhamdulillah, walaupun tak ramai yang ikut tapi banyak rumah gak aku pergi bertakbir, dapat pahala dari Tuhan. Aku tengok orang lain seronok nak beraya, balik kampung, main mercun, pasang langsir baru, cuci kereta baru, macam-macam lagi. Aku taklah seronok sangat nak sambut, malam raya tu gak, aku tak excited nak raya cuma aku excited nak tengok UEFA Champions League.

Esoknya, hari raya. Aku bangun awal gaklah sebab nak bersiap-siap ke surau sembahyang raya. Waktu tu aku dah mula muram dan suram, ikutkan hati aku, malas nak ke surau, pakai baju melayu apa semuanya. Tetapi apa boleh buat, baju melayu aku tu arwah bapak aku yang punya, arwah tempah masa Maulidur Rasul hari tu nak dipakai waktu raya. Tak kesampaian, so akulah yang pakai.


Bila kat surau, start bertakbir, aku dah mula mengalirkan air mata. Rasa macam sayu je perasaan aku ni. Dah habis sembahyang raya, bermaaf-maafan dengan mak dan kakak aku. Mak aku menangis bila tengok aku pkai baju melayu aku kerana kepunyaan arwah bapak aku, dan lagi satu baju kurung mak aku sama warna dengan baju yang aku pakai. Suasana sedih tu dah terasa antara kami bertiga. Tuhan je tahu betapa sedihnya perasaan kami bertiga waktu tu.

Selepas itu, aku dan keluarga terus ke rumah makcik aku, hanya selang beberapa rumah sahaja. Selalunya aku sekeluarga memang ke sana tapi 6 tahun lepas je mereka ke rumah aku sebab waktu tu arwah atuk aku masih ada lagi. So, rutin kembali kepada biasa, aku sekeluarga akan ke rumah makcik aku dulu. Di sana meriah sikit sebab ada anak-anak sedara yang masih kecik lagi, so keriuhannya memang riuh.

Lebih kurang sejam, aku dan mak aku ke tanah perkuburan arwah bapak aku. Tak jauh juga hanya seberang taman perumahan aku je. Kebetulan, di tanah perkuburan yang sama, arwah atuk juga bersemadi di sana so melawat sekali. Terasa sedih tu memang sedih sangat, tak pernah aku ke kubur time-time raya. Inilah kali pertama.

Sepatutnya raya kali ni, aku nak sangat beraya di kampung aku kat Muar. Sebab keluarga aku dah takde komitmen apa-apa. Tapi hajat tak kesampaian. Orang-orang kampung dah ajak-ajak balik, siap paksa-paksa lagi. Kata mereka, ada hari keluarga dan disuruh aku sekeluarga balik. Mak aku memang tak nak balik sebab belum bersedia lagi, aku taknak lah mak aku nangis-nangis lagi sebab bila balik je mesti orang banyak bertanya. Sure la mak aku akan sedih so kali ni aku takkan balik. Tak kisahlah orang nak kata apa.

Sambung cerita balik, petang tu aku sekeluarga ke rumah pakcik aku, abang ipar mak aku, arwah bapak aku punya abang. Tiap-tiap tahun memang aku sekeluarga akan ke sana dahulu. Jauh gak rumahnya kat bukit mahkota, dah nak sempadan negeri sembilan agaknya, area bangi kot. Aku memang cukup respect keluarga mereka sebab mereka amat memahami situasi aku sekeluarga dari yang lain-lain tu. Meraka tak paksa pun suruh balik kampung ke apa, mana tak paham, pakcik aku tu pun rasa kehilangan juga, yang meninggal ni adik dia.

Padahal isteri dia tu, mulut memang boleh tahan. Yela, orang kaya kan, pangkat datuk dan datin tapi dalam hal ni meraka semua bagus lagipun aku sekeluarga memang rapat dengan keluarga mereka. Anak-anak pakcik aku tu memang bagus dan sopan. Bila kat sana, mak aku taklah tekanan sangat or bersedih so aku rasa taklah nak balik cepat. Lama gak kat sana, lepas je waktu maghrib, aku balik rumah.

Raya ni memang aku tak rasa nak menyambutnya kalu diikutkan, aku hanya duduk rumah je. Nak keluar tu ikut mood jugaklah.

Apa-apapun Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.