Thursday, September 24, 2009

1 Syawal

Assalamualaikum....Salam Aidilfitri

Sudah raya kelima, baru aku nak tulis.

Tengok kawan-kawan punya blog, semuanya sambut raya dengan meriah siap upload gambar lagi. Aku pula nak letak gambar, memang tak ada gambar. Raya aku tahun ni nak kata meriah tidaklah sangat, nak kata tak meriah, taklah sangat. Sederhana sahaja. Tahun ni aku rasa mood nak raya tu baru nak ada tapi baru nak ada tu kira-kira baru 20% kot.

Macam biasa, malam raya aku tidak ikut geng-geng surau untuk bertakbir kerana aku busy dengan rumah, nak kemas itu, kemas ini. Tenaga pun tak ramai, aku sorang je lelaki. Syukur Alhamdulillah raya tahun ni aku berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Bila takbir bergema, terasa sebak dan sayu dalam diri aku, walaupun aku tidak tunjuk melalui zahir tapi sebaik takbir di televisyen bergema, sedih sangat rasanya. Aku sujud syukur ke hadrat illahi kerana aku dapat menyambut Aidilfitri.

Well, besoknya lewat sikit aku bangun dalam pukul 7.45 pagi. Mak aku dah angin, aku tak bangun-bangun lagi, aku tabahkan diri bangun dan mandi untuk ke surau sembahyang raya. Baju raya aku tahun ni warna hitam, dan aku masih lagi dalam situasi berkabung. Aku rasa hitam itu adalah sesuatu yang istimewa dalam kehidupan aku sekarang ni.

Balik je rumah selepas sembahyang, aku terus bersiap-siap untuk ke pusara ayah dan juga atuk. Taklah jauh pun, hanya seberang taman perumahan aku sahaja. Semasa dalam perjalanan, hati aku makin lama makin sayu dan sebak. Aku hanya boleh pendam sahaja kerana aku tak nak tengok mak aku ikut sekali sedih. Punyalah ramai kat tanah perkuburan sampai aku nak menangis ke sedih pun fikir 2-3 kali.

Tapi apa yang aku rasa kurang berpuas hati kerana aku tengok kebanyakan orang-orang tidak menghormati tanah perkuburan. Aku tengok daripada gelagat-gelagat manusia pada masa itu, aku tengok mereka seolah-olah macam bersuka-ria kat situ. Isskhhh, bagi aku rasanya tidak elok kot. Boleh dikatakan tidak ada rasa keinsafan langsung. Tanah perkuburan itu adalah tempat bersemadinya orang yang telah meninggal dunia, dan juga dapat memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup dan bernyawa. Siapa nak jawab?? Aku nak kata diri aku ni bagus sangat tidaklah cumanya aku cuma memberi pendapat aku sebab aku melihat depan mata aku sendiri.

Lastly,

Aku ingin memohon keampunan, seribu kemaafan sempena bulan mulia ini kepada semua yang mengenali diri aku sama ada jauh atau dekat. Jika aku ada terkasar bahasa, tersilap kata harap diampun. Aku sedar, aku juga manusia biasa, sentiasa membuat kesilapan. Aku juga tidak mahu bulan Syawal yang mulia ini jadi Syawal yang terakhir buat aku.

Wednesday, September 16, 2009

Raya

Aku masih lagi di sini..

Sebelum bulan Ramadhan akan melabuhkan tirai tidak lama lagi dan juga sebelum aku menutup segala teknologi untuk beri penghormatan sempena ketibaan bulan Syawal. Ingin aku berkongsi sedikit apa yang aku telah harungi selama ini.

Alhamdulillah, tidak lama lagi aku akan tinggalkan company advertising yang telah mengizinkan aku untuk menjalani ibadah praktikal. Setelah 3 bulan bersungguh-sungguh, sedikit sebanyak ada lah ilmu yang telah aku pelajari daripada mereka. Walaupun sebenarnya tidak mencukupi tapi aku rasa 3 bulan tu sudah memadai buat aku.

Minggu ni sahaja, banyak undangan berbuka di luar. Hari jumaat lepas sahaja berbuka dengan bebudak designer tu kononnya lah nak stay back untuk JPBD ( Jabatan Pembangunan Bandar dan Desa ) tapi hampeh, tak lama lepas tu semua malas sebab pada malam yang sama, ada futsal kat sri rampai sana. Aku dah start main futsal siot walaupun tak berapa handal bermain.

On the next day pula, ada majlis berbuka puasa Kisah Ramadhan Di Sinar anjuran House Of Healing di hotel Impiana. Memang class gila, second time aku berbuka puasa di hotel secara percuma. Makanan di sana memang sedap-sedap belaka, ada western, melayu dan yang paling best ada oyster. Perrggghhh, kecut perut tengok. Kalau dah Sinar FM, sure la ada artis tapi artis yang malap-malap je, golongan 45 tahun ke atas memang suka lah. Tapi nasib baik ada Ifa Raziah, kira ada lah keseronokan di situ. Hehehe.

Hari ahad, rehat je.

Sambung pula dengan hari isnin, kali ni majlis berbuka puasa anjuran House Of Healing sahaja di Blue Wave Hotel kat Shah Alam. Bila sebut sahaja tentang Shah Alam ni sebenarnya bagi aku agak terasa sikit disebabkan sejarah lampau dulu. Tiba-tiba sahaja teringat kot tapi takdelah terlalu sangat sebab aku ke sana pun atas urusan kerja. Company tempat aku praktikal tu yang organise event berbuka puasa tu. Aku terpaksa cancel kan berbuka puasa dengan rakan-rakan taulan. Sorry kawan-kawan. Tidak tahu kenapa, sebelum ke Shah Alam tu, 'orang' berkenaan telah menghubungi aku i mean she's trying to contact me with her new phone number. Kononnya aku tak tahulah itu adalah dia tapi aku tahulah. Aku malas nak layan sebenarnya, asyik-asyik nak minta maaf je kat aku ni. Bior ler, malas den nak layan!

Dan hari ini pula, berbuka puasa di Naili's Place kat Sentul tu. Kali ni rasanya bos nak belanja sebab farewell untuk aku dan Rin kot sebab bulan ni last aku praktikal. Makanan biasa-biasa je. Esok pula, aku nak shopping sambil-sambil tu berbuka puasa dengan budak kolej juga. Aku tak nak ikut sebenarnya sebab yela kan, hari tu budak- budak lain ajak aku tak pergi tapi apa nak buat, esok takde sape nak teman aku shopping kebetulan bebudak tu ajak. Aku follow je.

That's all for today, after this life aku dah normal balik dan aku akan cari kerja yang boleh menjamin hidup aku dan tidak lupa juga projek dengan Ant, ntah jadi ke tak ni. Risau jugak, dah 3 bulan terkandas.

Sempena nak dekat raya ni, aku nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri. Maafkan segala salah dan silap aku kepada orang yang pernah aku buat salah dulu-dulu. Takut tak sempat nak ucap lebih baik aku ucap sekarang ini.

Saturday, September 12, 2009

Schedule For Next Week

Hari ini ( 12 September 2009 )
- Berbuka puasa di Impiana Hotel. Berbuka puasa bersama House Of Healing Sinar anjuran FM kot.

Isnin ( 14 September )
- Berbuka puasa bersama House Of Healin sahaja. Tempatnya di Shah Alam seperti yang dimaklumkan.

Selasa ( 15 September )
- Berbuka puasa di Naili's Place. Farewell untuk aku dan Rin bersama dengan budak-budak opis sahaja.

That's all for the next week.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa & Selamat Menyambut Hari Lebaran

Tuesday, September 8, 2009

5 Sebab Kenapa Aku Tak Nak.....Terlalu Dikenali

1. Aku lebih suka menyendiri
- Aku ni jenis yang cepat bosan sebab itu aku lebih suka menyendiri.

2. Aku sangat rimas
- Bila terlalu dikenali ni ramailah orang-orang yang tidak dikenali mengelilingi ni. Itu yang buat aku rimas kot.

3. Pemalu
- Yang ini memang dah sebati dalam diri aku. Susah untuk aku rapat atau biasakan diri dengan orang yang baru aku kenal apatah lagi untuk menjadi orang yang terlalu dikenali. Dan aku juga pernah dilabel 'SOMBONG'. Memang kelakar.

4. Kuat merepek
- Ini juga penyebab utama, aku tak nak terlalu dikenali sebab ini lah. Aku suka bercakap benda-benda yang karut, merepek dan juga ntah apa-apa. Paling kurang pun akan menyinggung hati dan perasaan orang sekeliling aku. Hahaha

5. Aku gemar bercakap sorang-sorang
- Itu yang susah sebab bila aku rasa bosan atau tekanan, aku suka bercakap dengan diri sendiri. Bila dah terlalu dikenali nanti aku tak naklah orang kata aku gila. Memang aku selesa berbuat demikian.

Sunday, September 6, 2009

Untitled

Pejam celik, pejam celik, raya pun dah nak dekat. Tapi kerja pun makin banyak. Walaupun aku hanya seorang pekerja yang berstatus "Praktikal".

Syukur Alhamdulillah, dapat juga aku belajar bermain gitar tapi hanya satu lagu sahaja itupun hanya opening sahaja. Okaylah daripada tak boleh main. Still noob how to learn "kod". Kenapa bulan puasa tahun ni aku sangatlah malas, asyik tidur je. Iskhh.. Teruk sial!

Bersyukur juga sebab puasa tahun ini tidak kantoi, harap-harap penuh puasa penuh tahun ni. Raya nanti pula, camne nak balik kampung? Rasa malas pula walaupun tahun ada hari keluarga kat sana. Raya aku dah tak seronok tahun ni, rasa macam biasa-biasa je kot. Takpelah, ikutkan jelah arus kehidupan kan, walau camne pun life must go on.

Aku sudah melihat dunia, dan aku juga dah melihat apa yang aku ingin lihat selama ini. Tak paham kan apa aku tulis ni kan? Paham-pahamlah sendiri.

Bila berlaku perkara yang sama pada orang sekeliling aku, entahlah. Aku rasa menggamit kenangan kot. Aku hanya mampu tersenyum melihat bagaimana keadaan itu berlaku seperti mana yang aku rasa dahulu. ( Macam dah tua sangat aku ni )

Sekarang hati aku terubat bila aku melihat kerenah kanak-kanak, bayi-bayi yang comel. Melihat senyuman mereka yang sweet tu, cool je hati aku rasa. Betapa sucinya mereka tu semua. Kalaulah aku boleh jadi macam mereka selamanya, memang hidup aku senang je kot dan tiada dugaan. Tapi tulah, hidup ni kena juga ada dugaan, barulah ia dikatakan kehidupan.

Firstly, aku mahu berfikir tentang masa depan. Pernahkah kita terfikir tentang masa depan secara serius?? Apa juga akan terjadi pada aku 5 atau 10 tahun akan datang? Aku masih lagi ke berpijak kat dunia ni? Semua tidak pernah ambil tahu kot aku rasa. Sampai satu tahap, aku rasa hidup aku dah cukup puas, aku nak cuci tangan tapi tulah, bila aku fikir balik kalau aku sudah mula cuci tangan, memang kehidupan aku totally sudah berubah dan berubah dan berubah. Damn!

Sudahlah, aku sudah cukup penat nak menaip ni sebab aku sudah mula rasa mual dengan apa yang jadi di sekeliling aku ini. Seolah-olah mereka alpa dan lupa. Aku tak nak jadi seperti mereka dengan hanya berbekalkan air liur tanpa ada menyumbangkan apa-apa.

Kadang-kadang, minda haruslah dibuka, dikorek luas-luas. Bukalah mata, sedarlah akan kebaikan yang diperolehi. Semasa susah, berdoa, merayu, berlutut tapi bila dah senang? Lupa, sesat, menyerong.

Iskhhhh... Apa nak jadi!!