Thursday, December 31, 2009

new year resolution?

nothing!

Sssssssshhhhh!

hidup susah nak predict kerana benda tu sume bukan tugas kita.

kadang-kadang bila pikir balik, hidup ni ibarat roda..eh, rasa macam stereotaip plak sebab orang slalu guna ibarat tu. aku pakai pendekatan lain plak.

hidup ni ibarat macam bila kote tegang. bila tegang je memang seronok, rasa dunia ni milik kita je. hahaha. bila tak tegang, memang seronok tu kurang sikit. haha. lucah gila!! tapi memang betul la, bila pikir balik memang ada kebenarannya.

aku tak tahu apa nak jadi dengan hidup aku sekarang ni, macam orang yang tiada harapan ibarat macam ayam nak bertelur tapi telurnya tak boleh keluar. camne tu? camne tu kita tak tahula.

hope i can get through this.

kena mula balik dari mula lah.

Tuesday, December 29, 2009

Review 2009

not the best year in my life but its still wonderful to me.

antara yang terbaik adalah, aku dapat melalui saat-saat aku mengalami kesusahan.

"working through pain".

dari segi pendidikan, aku berjaya juga habiskan study aku dengan penuh gaya dan juga dapat menghabiskan sesi praktikal dengan berjaya.

tahun yang sama, aku dapat kenal ramai kenalan baru tak kira di myspace, facebook dan merata-rata aku pergi.

tahun yang sama juga kita telah kehilangan ramai nama-nama yang popular tak kira tempatan atau antarabangsa.

nak tulis memang terlalu banyak saat-saat tahun 2009.

goodbye 2009, hope 2010 will bring more wonderful than ever.

Monday, December 21, 2009

RIP


Rest In Peace Brittany Murphy

Sunday, December 20, 2009

Goo Goo Dolls - Iris



Special for anyone...

move on

Masa berubah, umur dah meningkat. Still lagi di sini.

Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi bernafas, dapat menikmati hari-hari yang mendatang.

Aku dah retarded, nak pergi bertenang.

Friday, December 11, 2009

sape?


Assalamualaikum..

Mungkin juga kepada yang baca blog aku ni akan kata, " Apa jadahnya aku letak gambar awek ni". Adakah dia ni awek aku? atau aku rembat kat internet dan mengaku dia ni awek aku? Hahaha..

Kepada pemilik gambar kalau dia baca blog aku ni, aku nak minta maaf banyak-banyak. Aku bukan nak sindir kau atau kutuk kau. Aku anggap antara kau dan aku hanyalah kisah silam aku.

Aku tak tahu nak tulis apa, sebenarnya aku amat bersyukur kerana Allah tu maha Besar. Tengoklah betapa cantik dan anggunnya dia ni.

Hahahah..

Itu jee..

Sekian...

Wednesday, December 2, 2009

Haji

Jemaah-Jemaah Haji Malaysia pun dah nak berangkat pulang ke tanah air, semoga mereka selamat sampai dan bersama keluarga tersayang.

Dilaporkan juga 20 Jemaah Haji dari Malaysia telah pulang ke Rahmatullah di sana, semoga roh mereka tenang dicucuri rahmat. AL-FATIHAH.

Aku tertarik nak tulis pasal ni sebab aku rasa patut ke umur muda macam aku dan yang lain menunaikan Rukun Islam ke 5 ni? Ada juga orang kata, nak ke sana kena bersedia, almaklumlah muda-muda kan, dosa pun banyak, buat itu, buat ini. Nak pulak ke sana kan, tempat orang gelar, 'tanah haram'. Uissshhh, bila ramai yang kata camtu, takut pulak aku kan.

Tapi kalaulah kata, dah tiba masanya diseru untuk ke sana.

Bagi aku, memang umur muda banyak kesilapan yang dilakukan, tapi kalu dah dipanggil untuk ke sana, dah tiba masanya untuk berubah. Pintu taubat sentiasa terbuka. Bila orang baca entri ni, mesti kata aku ni macam poyo haram jadah kan cakap pasal Mekah, tunaikan Haji.

Dan sepanjang musim Haji ni, aku memang sentiasa akan tengok astro oasis. Rancangan Khabar Haji. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, aku nak ke sana.

Tuesday, December 1, 2009

Kahwin

Senang sahaja ayat tu sekarang.

Tapi apesal pulak aku tetiba cakap pasal kahwin? Well, bulan ni adalah bulan orang kahwin sana, kahwin sini. Aku sendiri pun banyak jemputan kahwin bulan ini, InsyaAllah aku akan cuba hadirkan diri.

Kawan-kawan sekolah aku dulu, ramai juga yang dah kahwin dan aku rasa dah ada anak kot. Tapi tulah, dah jodoh diorang kan. Terfikir pulak pasal diri sendiri ni, tapi apa jadahnya nak fikir pasal kahwin plak, matlamat hidup pun belum tercapai lagi, ada hati nak kahwin. Hahaha.

Best ke kahwin umur muda ni? Macam best je, memang lah best, sume halal je nak buat tak macam masa couple, nak kena cover line. Ntah-ntah xde makna nak cover line, main langgar je. Hahaha..

Nak merepek pasal kahwin, senang je. Hidup dah stabil, kewangan dah tetap, tanggungjawab dah ada. Dah eloklah tu kalau nak kahwin. Kalau tak cukup semua ni, jangan harap nak kahwin. Kalau lelaki lah. Kalau perempuan, aku rasa they all tu tunggu je si lelaki melamar. Tapi bagi aku, eloklah si perempuan itu jugak perlu memenuhi syarat di atas, manalah tahu kan kalau ada apa-apa berlaku ke, at least si perempuan takde lah terseksa. Sekarang ni kan, nasib si perempuan kan terbela dan mereka semuanya dah bijak-bijak, tentu masing-masing ada matlamat hidup masing-masing.

Kalau orang tanya aku bila nak kahwin, sekarang jugak aku nak kahwin tapi tulah, syarat-syarat tak cukup. Hidup sendiri pun tak terurus, apa ntah lagi hidup anak orang. Kalau kahwin setakat nak main romen tak payahlah, buang tenaga batin je. Tetapkan keimanan tu dulu....ehehheh..takde kene mengena.