Thursday, September 16, 2010

Salam Takziah

hari raya, perayaan yang paling dinantikan oleh orang-orang melayu kita. memang meriah giler bila melihat mereka, berbeza cara menyambutnya. tapi bukan ini yang aku nak cakapkan.

first sekali, aku ingin ucapkan takziah kepada keluarga Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, Kamaruddin Shamsuddin, Ahmad Kamil Abdul Karim, dan Noorhisham Mohamad. Mereka telah dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 ogos lalu.

aku dah agak perkara ini akan berlaku kerana dah berapa lama hilang tanpa informasi. aku amat tersentap kerana cara mereka dibunuh punyalah ngeri. bangsat betul yang membunuh mereka ni. semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan orang yang beriman di sisi Allah S.WT.

berbalik pada raya, raya aku kali ni taklah meriah sangat kerana dah 2 tahun raya aku sepi tanpa abah aku so mood raya biasa sahaja. aktiviti pagi pergi sembahyang raya, ke kubur and then duduk rumah je. tak ke mana-mana sangat pun. rumah pun sentiasa terbuka untuk sesiapa datang tapi takde pulak orang nak datang.

hari kedua raya je aktif sikit pergi beli barangan dapur kat giant batu caves tu, orang pun ramai shopping kat sana. balik tu pergi rumah member sekolah sahaja sebab dia call suruh datang. thanks arr.

esoknya pulak hari ahad, ada kawan aku ni ajak pergi beraya rumah kawan kat desa pandan. kata orang, pergi dengan perut lapar, naseb baik makanan sedap, hilang lapar aku. lepas tu pulak tak tahu nak pergi mana, pergi tengok wayang lah cerita Piranha. Punyalah banyak scene darah sampai aku mengantuk dan bosan.

raya kali ni aku tak balik kampung abah aku. ada lah sebab-sebab yang aku malas nak balik sana. diorang ada juga tanya. no komen jelah. dan kali ni juga duit raya aku kurang tak macam tahun-tahun lepas. sebab aku tak balik kampung, kalau tidak, aku boleh beli macam-macam barang dengan tengok wayang seminggu direct. hahaha. tak sangka umur dah 22, raya pun tak hebat mana pun, dh tiba masa kena bagi duit raya pulak. InsyaAllah tahun depan kalu rezeki murah, company berjaya. semua dapat duit raya. doa-doakan lah.

mood raya masih aktif so sesiapa ada rumah terbuka ke, aku sedia datang untuk beraya.

minggu depan dah nak start 'kegiatan bekerja', harap rezeki murah lepas raya ni. AMIN..

Monday, September 13, 2010

Merry Raya

Selmaat Hari Raya

Maaf Zahir dan Batin..