Aku dedikasi kan nukilan ini khas untuk seseorang.
Nama dia Nur Shazila Binti Saharil.
CAHAYA
Lorong,
Di manakah diriku,
Di manakah cahaya itu.
Lorong,
Gelapnya jalan itu,
Tragisnya suasana itu.
Lorong,
Seksanya perjalanan itu,
Sakitnya perasaanku.
Cahaya,
Kembalilah kepadaku,
Terangilah mata hatiku,
Tajamkanlah fikiranku.
Cahaya,
Tanpamu diriku kaku,
Kehilanganmu amat sayu,
Kelebihanmu bermakna bagiku.
Cahaya,
Aku amat memerlukanmu,
Biarpun sejuta batu,
Ku tetap milikmu.
Sesungguhnya kehadiran kamu bak cahaya yang menerangi hidup. Sukar untuk aku gambarkan bagaimana cahaya ini memberi sinar dan juga penerang jalan untuk maju ke hadapan. Aku tuliskan ini supaya nak kamu tahu kehadiran kamu sentiasa membawa sinar kepada aku.
Dan selama-lamanya akan aku anggap kamu adalah cahaya yang sentiasa menerangi.
Thursday, June 18, 2009
SELAMAT HARI BAPA
Assalamualaikum
Selamat Sejahtera..
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua bapa-bapa seluruh Malaysia.
" No One Can Replace You Dad "
Jika aku diberi peluang untuk berkata sesuatu kepada bapa aku,
" Abah, ki minta maaf banyak-banyak jika sebelum ni ki banyak buat salah, terkasar bahasa dan juga buat abah rasa marah dan mengamuk pada ki. Tiada niat ki untuk membuat semua tu kerana ki tahu abahlah orang yang paling penting dalam hidup ki. Terima kasih kerana telah membesarkan ki, memberi keperluan pakaian, makanan dan juga permainan. Perangai ki yang buat abah rasa tidak selesa atau selesa. Segala gelak ketawa bersama akan ki ingat sampai bila-bila. Abah, I LOVE YOU!! "
Sekarang hanya doa dapat kuberikan kepada dia kerana bapa yang aku sayangi telah pergi jauh menghadap ilahi. Setelah hampir 10 bulan dia pergi, aku masih lagi rasa kehilangan dia. Aku masih lagi tertanya-tanya dalam diri aku, adakah betul dia sudah pergi? Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata, hanya Tuhan sahaja yang mengetahui apa yang aku rasa.
Apa yang aku rasa sedih, aku tidak mencontohi salah satu sikap dan sifatnya itu. Aku sedar, dia begitu istimewa kerana apa yang ada pada dia, mustahil untuk ada pada bapa-bapa lain. Walaupun aku sedih kerana aku tidak mencontohi macam dia tapi aku berbangga kerana dia adalah bapa aku. Dialah HERO aku.
Aku rasa lagi nak menangis bila hari-hari terakhir dia, aku tidak meluangkan masa bersama dia. Aku tidak mengikut dia untuk berjalan-jalan keluar ke KL seperti mana tiap-tiap hari sabtu. Aku seolah-olah menjauhkan diri daripada dia, tidak meluangkan masa untuk dia, hari-hari terakhir dia.
Aku masih lagi ingat pelukan eratnya sebelum dia melangkah pergi menunaikan umrah pada julai 2008. Aku masih lagi ingat dia begitu seronok untuk pergi ke tanah suci Mekah. Bila aku kenang balik, aku menjadi lebih terasa dan ingin mengalirkan air mata.
Walaupun pemergiannya amat mengejutkan, tapi disebaliknya, aku rasa sedikit kegembiraan kerana dia dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah biarpun hanya menunaikan Umrah.
Akhirnya dia dapat ke sana sebelum dia pergi selama-selamanya.
Honestly, hidup aku rasa kosong semenjak dia tiada. Aku rasa sunyi, tiada teman untuk berborak tentang sesuatu. Sesama lelaki, pasti senang untuk diajak berborak. Semua tu sudah tiada dan aku rasa seperti lumpuh kerana tiada insan yang bergelar bapa.
Tiada orang pun akan dapat menggantikan tempat dia kerana dia lah satu-satunya bapa yang cool dan sempoi.
" Aku bersyukur padaMu Allah kerana telah menjadikan dia sebagai bapaku, menyempurnakan dia sebagai bapaku serta menjadikan dia seorang insan yang tidak pernah rasa putus asa terhadap anak-anak dia "
Di sini, aku ingin berpesan kepada kawan-kawan aku semua, hargailah bapa. Luangkanlah masa anda untuk bapa anda dan juga jangan melawan cakap dia. Seburuk-buruk mana pun dia, sejahat-jahat mana pun dia, " Dia tetap bapa kita ". Dialah yang membesarkan kita, dialah yang bertungkus-lumus dan berkorban untuk menjaga kita. Hargailah mereka sebelum mereka tiada di dunia ini. Masih sempat untuk melakukannya.
Jika ditakdirkan aku berkahwin suatu hari nanti, aku ingin menjadi seperti arwah bapa aku. Walaupun antara aku dengan dia berbeza sifat dan perangai tetapi aku sebagai anak, mengagumi dengan dirinya. InsyaAllah, aku akan teruskan legasi dan keturunan ini.
SELAMAT HARI BAPA..

Pagi Tadi
Assalamualaikum..
Lepas satu masalah datang, ada pulak masalah baru yang timbul. Macam-macam dugaan menimpa. Apsal erk?
Tapi aku tak nak lah sebab masalah ni, aku terus nak putus asa. Sebab before this, aku ikutkan je, aku tak membantah. Sekali sekala perlu membantah untuk kepentingan diri sendiri.
Tapi hari ni lah aku rasa diri aku teruk! Arrgghhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Balik je kolej tadi aku membuta je, tak tahu nak buat apa. Masing-masin dah melancarkan perang dingin ala soviet union. Dengan secara tak sengaja aku pun turut sama. Kadang rasa tak adil pulak aku tapi apa nak buat kan.
Hari ni ada orang marah kat aku sebab tak reply mesej dia malam tadi. Errmmm
Bila ym pagi-pagi, tanya sikit, dia punya jawab punyalah..ehehehe. Tapi takpelah, aku tulis ni pun bukan sebab aku bengang ke apa. Biarlah dia nak marah ke apa.
Aku : sihat ker?
Dia : x..tgh sakit ati
Aku : psl sy ker?
Aku : kalu psl sy, minta maaf banyak2
Dia : ntah...xtw pasl spe
Aku : oo..beristigfar byk2
Aku : jgn ikutkan perasaan marah
Aku : mesti blum makan kan?
Dia : suketilh da mkn ke lom
Aku : ok..awk pun dh lain je ni...xpelah..maaf ganggu
Aku : mcm mrh2 je..xpelah..sy xnk ganggu ok..bye!!!
Dia : mne sye xmarh..da smlm senyap jer...
heheeh...

Wednesday, June 17, 2009
Penemuan Baru
LIRIK:- KELAKARNYA CHIENTA
TRASHBIN JUMP
Verse1:
Pernah dulu ku katakan ku hanya cinta pada kau seorang
Oh gadis, kawan yang sama sebaya
oh masihkah kau ingat di waktu itu kita sama
bermadu asmara
di bawah bulan sinaran bahagia
Chorus1:
dan bila kau jauh
aku hilang rasa sayang
engkau pergi tinggalkan aku sendiri
bila ku menghampiri
masih terdengar terbaik kata ku teringat
hanya padamu
padamu seorang yang ku cinta
Verse2:
Pernah dulu hanya untuk bagi diriku menghayat
oh teringatkan sinaran hanya kerana, oh! bila? dan kata2?
oh cantik manis dibuai hembus bayu
berilah peluang menyata hasratku
dimanaku cari ganti serupa denganmu
woahh..
Chorus2:
Dan bila kau jauh
jauh dari ku
kau tinggalkan aku
bersendirian
dan bila ku memerlukanmu
engkau hilang entah ke mana
hanya yang ku cintai
oh dirimu
Oh cintaku kepadamu
takkan luput walaupun seribu tahun biarku dimamah waktu
oh bintang indah
kepadamu takkan luput walaupun seribu tahun biarku ditelan waktu
(instrument2x)
Verse3:
oh sayang bila dimana kau berada
walaupun hanya 'tuk seketika
kembalilah dengan wajah yang ceria
Chorus3:
Dan bila kau jauh
jauh dari aku
aku berasa sedih
dan hanya mengajuk memikirkan bila kau bersama si dia
merenung jauh dari masa silamku
ah! biarkan saja
kerna! dunia! oh tidak!
Chorus4:
pernahkah kau menyangkal?
aku yang terbaik untukmu sayang
jangan pernah kau menyangka itu hanya khayalan
oh kasih,
jika ku pergi nanti
akan ku cuba untuk memahami
yang terbaik itu
hanyalah aku
woah..
Semalam ada seorang peminat indie ni suruh aku dengar lagu band Trashbin Jump - Kelakarnya Chienta. Dia kata best lagu ni!!
Tak sia-sia pagi-pagi buta aku bangun search lagu ni, dan aku juga dah jumpa myspace diorg. Apa lagi, add la!!!
Hahaha
http://www.myspace.com/trashbinjump

Tuesday, June 16, 2009
Pening!!!
Assalamualaikum...
Good Evening dan Selamat Sejahtera.
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana membaca blog aku ini. Sekarang ni aku dalam proses untuk menjayakan projek terbaru aku, buat music video untuk band Julies Goes Overseas. Terima Kasih kepada Ant kerana memberi peluang kepada aku dan amir untuk menjayakan projek ini. Harap ia akan berjaya dengan terlaksana. InsyaAllah.
Banyak dugaan dan cabaran kebelakangan ni berlaku kepada diri aku sehinggakan aku rasa nak putus asa dan tinggalkan kesemuanya. Setiap hari, aku keep on kuatkan diri untuk tempuh hari-hari esok walaupun aku tahu aku sebenarnya tak kuat untuk melaluinya.
Ada sesetengah kawan-kawan aku tahu apa yang berlaku kat aku sebenarnya. Mereka juga memberi semangat kat aku supaya melupakannya. Tapi apa aku boleh buat, makin aku lupakannya, makin aku ingatkannya. Iskhhhh!!!
Setiap hari, aku bangun pagi bila aku tengok handphone. Aku sayu, aku rindu, aku sebak. Aku nak rasa happy macam 3 bulan lepas.
Kat sini aku nak minta maaf kepada seseorang, aku tak boleh nak terima dan teruskan perhubungan ni kerana hati aku milik orang lain. Still belum terlambat sebelum berlakunya kesilapan di masa akan datang. Thanks. ( kalau si jebon tu baca comfirm bahan aku punya )
Status aku sekarang sedang menunggu jawapan untuk praktikal. Kalau tak dapat, comfirm bulan 9 aku akan mula praktikal. Kalau itu terjadi, ada lah masa untuk menyiapkan music video Julies Goes Overseas. Bercakap tentang video ni, sebenarnya Ant dah offer masa masuk semester major projek, pada masa tu memang tak boleh nak cakap apa sebab tak pasti. Alhamdulillah, abes sahaja semester major arituh, dengan automatiknya aku dan amir terima offer dari Ant, wakil Julies Goes Overseas.
Aku pun tak nak cakap mendalam pasal video ni kerana aku rasa tak elok diheboh-hebohkan kerana masih dalam proses pre-production. Cukup sampai sini jelah.
Disebabkan nak buat video ni lah, aku rasa aku bersemangat untuk teruskan perjuangan aku. Kalau tidak kerana ni, minta maaflah aku akan emo je selalu.
Aku harap 'dia' dapat baca blog aku ni sebab aku nak dia tahu hati aku ni hanya milik dia seorang sahaja. Aku tak kisah orang nak kata aku bodoh ke, aku ni bangang ke, atau apa-apa pun, tak ada peluang untuk orang lain, aku nak dia je!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kalau dia dapat baca blog aku ni, bacalah dan hayatilah.

Sunday, June 14, 2009
Selamat Hari Ahad
wuuuuaaaaaarrrrrgggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Seronoknya dapat bangun waktu tengahari!
Semalam je aku tak melekat kat rumah. Pagi-pagi aku dah keluar ke taman metropolitan pergi sihatkan badan berjogging. Tengaharinya aku dah siap-siap nak ke rumah datuk kat bandar seri putra.
Pergi melawat datin yg kakinya patah. Biasalah jumpa pakcik dan makcik, mestilah ada seronok sikit. Rumah diorang dahlah beso, segan plak aku. Hehe..
Balik je lepas maghrib, sampai je kt rumah aku terus ke surau sebab ada pertandingan bacaan Al-Fatihah dengan azan. Selamber je datang, sume pakai baju melayu, aku sorang je datang pkai biasa. Best majlis malam tu, kita boleh tengok anak-anak kecil azan, baca Al-Fatihah, bukan senang kita nak tengok anak-anak kecil buat semua tu.
Habis je majlis, aku terus lepak borak-borak sampai pukul 4pagi, baru aku balik rumah. haha.. Tu tido sampai melarat tengahari.

Subscribe to:
Posts (Atom)