Segagah mana kita berlari, selaju mana kita berlari, sekuat mana kita berlari, kalau Tuhan kata kau kene jatuh, maknanya kau akan jatuh.
Apa yang pasti, sudah tiba masanya Tuhan kata aku kena jatuh jadi aku takkan bising, aku takkan mengomel, aku akan terima apa yang pencipta aku tentukan. Mungkin ini balasan aku atas dosa-dosa aku yang lalu, jadi aku harus terima.
Kejatuhan aku kali ni kedua paling dashyat selepas arwah abah aku meninggal dunia. Waktu kegelapan ini lah aku sedar bahawa aku banyak kesilapan yang aku buat, sejak aku umur setahun sehingga sekarang ni.
Disamping kejatuhan aku ni, aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai ibu dan kakak aku yang sentiasa sokong, kawan-kawan aku yang tak ramai tapi mereka yang sentiasa berada waktu susah dan senang.
Kejatuhan aku kali ni amat amat lah paling terasa kerana aku dah buat kesilapan yang paling besar dalam hidup aku, selain membuat kesilapan yang salah sewaktu menjawab soalan sejarah time sekolah.
Aku masih lagi waras, aku masih lagi ada agama, aku masih lagi ingat dosa dan pahala walaupun aku ni taklah baik sangat tp aku masih ingat lagi semua tu. Aku masih lagi tak nak bukak aib sesiapa kerana aku tahu itu satu dosa yang besar.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana sejak dua menjak ni Allah makbulkan doa aku, dan aku sedar yang Allah masih sayangkan aku cuma aku kena sentiasa usaha supaya Allah sentiasa lebih sayangkan aku.
InsyaAllah, setelah apa yang terjadi sebenarnya ni adalah petanda yang baik untuk aku walaupun sebenarnya tak tapi takpe, Allah tu berkuasa, DIA boleh bagi dan dia boleh ambil balik. Itu memang pasti.
Aku lega kerana segala persoalan dah terjawab walaupun aku ada jugak salahnya tapi kata orang, setiap masalah ada jalan penyelesaian dan nak menyelesaikannya tu ambil masa atau tak. So bila tak berfikir dengan menggunakan akal fikiran, benda yang tak elok yg difikirnya. Itu lumrah manusia sebenarnya, aku pun kadang2 fikir macam tu tapi biasalah kalau aku fikir macam tu, selalunya tak memudaratkan dan tak merosakkan apa - apa.
Tewas dalam medan peperangan tak semestinya aku digelar 'loser' jadi, aku kena maju ke hadapan. Pasal isu memaafkan orang ni, aku tak nak kata apa. Mungkin maaf, mungkin tak tu biar pencipta aku sahaja yang tahu.
Nasib baiklah aku mengambil langkah tenang. Orang kata pengalaman mengajar kita. Aku dah bersedia untuk hadapi saat-saat ni tapi InsyaAllah next time aku akan berhati hati bila berhadapan di laman sosial.
Manusia ni tak semuanya perfect walaupun pada mata orang, kau nampak perfect. Semua orang ada kisah silam, semua manusia berbeza dan yang paling pasti manusia ni pelik. Macam aku, tak semua tahu aku macam mana, 'I'm not like what you expect'. Aku pasti semua orang macam tu. Manusia ada hati dan perasaan walaupun orang tu jahat macam mana sekalipun. Kau pembunuh, perogol, makan rasuah dan sebagainya, still ada hati dan perasaan.
Oklah, apa yang aku nak sampaikan, manusia ni bkn patung atau robot.
Lastly, apa yang aku harapkan ialah setiap kejatuhan mesti ada kebangkitan, dan aku harap aku berada di jalan yang betul.
Aku harap Allah akan set kan aku dengan orang yang lebih elok lepas ni InsyaAllah
Semasa menulis entry ni, aku amat merindui abah aku. Ya Allah, kau tempatkanlah abah aku di kalangan orang yang beriman.
InsyaAllah, aku akan jadi better person in the future.
shukri.
Friday, December 20, 2013
Wednesday, May 1, 2013
This is Rosaceae
Nak dijadikan cerita, gua tengah emosi tahap kritikal sebenarnya.
Emosi gua terganggu kerana makwe yang gua sayang akhirnya akan ke jinjang pelamin tak lama lagi.
Sungguh sedih, pedih, kecewa dan juga bercampur baur dengan perasaan gembira kerana dia dah jumpa orang yang betul betul ingin sehidup semati dengan dia.
Gua tak nak lah hipokrit kata 'aku ok je', sebenarnya rohani gua betul betul dilanda kerosakkan yang teramat amat dalam.
Mungkin Tuhan dah tentukan perjalanan hidup gua macam ni, takkan gua nak marah marah kat Tuhan.
Gua nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada makwe tu, dan gua harap berbahagia sampai akhirat dan seterusnya. Semoga bakal suami dia dapat bahagiakan dia seperti gua bahagiakan dia dulu. Hahahaha..
Ape pun gua tak pasti siapa bakal suami dia, ada orang kata gua kenal tapi harap harap lah gua tak kenal.
Dia nak jumpa gua bagi kad jemputan haritu tapi gua tak nak hipokrit, gua memang tak nak datang pun kenduri dia sebenarnya. Ada 2-3 sebab mengapa gua tak nak pergi dan biarlah sebab tu gua sendiri je yang tahu.
Terus terang, memang susah nak cari gadis macam dia. One of the best. Rugi betul tak dapat jadik hak milik tapi takpe, memori antara gua dan dia takkan hilang walaupun gua dah ada awek lain ataupun gua dah mati nanti.
Ada jugak baiknya dia tak pilih gua. Gua ni hidup masih lagi tunggang langgang, masih mengejar cita cita, impian dan sebagainya. Kalau secara kasarnya pun, gua mmg tak setaraf dengan dia. Sebab tu Tuhan dah tentukan dia bukan milik gua.
Selamat berbahagia gua ucapkan, semoga dapat anak yang comel dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.
-manaf-

Saturday, April 13, 2013
Part 1 (Untitled)
Nama aku Shazeman, aku seorang yang pendiam dan pemalu. Tinggal di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.
Selepas tamat persekolahan sekitar 2005, aku mencuba nasib untuk mencari duit sendiri memandangkan hanya aku seorang sahaja dalam keluarga yang tamat sekolah. Abang aku sedang melajutkan pelajaran di Canada dalam bidang M.B.A. Terima kasih pada kerajaan di atas biasiswa yang dorang bagi, dapat jugak abang aku melanjutkan pelajaran.
Aku?
Dengan result SPM yang tidak seberapa, kolej-kolej di ibukota sahaja yang boleh terima aku. Malah aku cuba untuk apply di MMU, disebabkan result matematik aku kureng, maka aku harus melupakan hasrat aku untuk ke sana.
Nak dijadikan cerita, macam biasa waktu pagi, aktiviti pertama aku lepas bangun tidur adalah mencari surat khabar.
Aku belek setiap muka surat, politik! politik! dan politik!
Tiba-tiba, ada satu halaman yang buat aku tertarik, buat aku rasa 'freeze' sekejap. Kelihatan seorang yang aku kenali, tak salah aku nama dia Syamira.
"Ya! Syamira! Betullah dia.!!!!!"
Syamira ni, seorang model iklan, popular jugaklah dia ni. Pernah masuk pertandingan Dewi Remaja tapi tak menang, jadi finalist je. Dulu dia pernah duduk kat area taman aku. Lawa betul orangnya. Dia punya lawa tu sampaikan tok imam surau pun boleh nak ayat si Syamira ni. Dasyat! Dasyat! Aku nak ayat tapi aku segan. Takut kena reject!
Jadi, betullah si Syamira ni belajar di kolej seperti mana kat halaman surat khabar tu kata. Aku pun terus sound bapak aku, aku dah bersedia untuk belajar. Bapak aku senyum je sambil hisap rokok Salem dia tu.
Sebenarnya aku kenal Syamira dan dia pun kenal aku. Masa dia duduk kat area taman aku, kami selalu main badminton waktu petang sama-sama. Dia dan kawan-kawan dia, dan aku dengan kawan-kawan taman aku. Nak kata rapat tu tak ada lah, biasa-biasa sahaja. Sejak dia masuk pertandingan Dewi Remaja, rezeki dia melimpah ruah dan dia terus bawak keluarga dia pindah ke Shah Alam. Aku terus lost contact dengan dia.

Wednesday, April 10, 2013
Kerja
Gua rasa nak gelak ni! kah kah kah
Sebab gua nak gelak ni pasai last week gua dapat call dari KOGUNA, tempat gua pernah kerja dulu. Dorang nak khidmat gua untuk buat sistem menda ntah, melalut sangat gua tak paham pasai masa tu gua rasa nak gelak je.
Gua gelak pun pasai masa gua kerja sana, gua pernah propose untuk develope new system utk dorang tapi dorang gelakkan gua.
Ikutkan hati gua malas nak layan tp gua ni seorang yang professional dengan kerja gua, yang call gua tu pun salah sorang boss yang gua hormat so gua layankan.
Gua nak tengok jek meeting boleh pergi cemaner esok.

Thursday, April 4, 2013
Projek Baru Lars Network
Semalam gua dijemput ke bangsar untuk farewell Urban Village, sebuah indipendent community yang ajak team gua Lars Network untuk buat partnership projek baru.
Kebetulan ada sesi 'talk' dengan Ahmad Izham Omar, CEO Media Prima, bagaimana nak berjaya as a entrepreneur. Sesi tu buat gua rasa semangat nak teruskan projek dengan Urban Village.
Projek mende tu nanti lah gua kasi tahu. Buat masa ni kena rahsia atas sebab sebab tertentu.
By the way, gua yakin projek ni akan mendapat sambutan dari semua pihak. Gua yakin!
Ape pun, biar Allah je yang tentukan semuanya. Amin.

Monday, April 1, 2013
2013
Dari minggu lepas gua nak karang mende apa kat blog ni, disebabkan gua dapat tender jaga kiosk buku so gua tangguh.
Gua malas nak cerita panjang, sepanjang gua join jaga kiosk buku 'indiependent' ni, gua jumpa dengan satu group yang perjuangkan indiependent community. Jadi diorang propose 'something' kat gua denga team gua LARS Network.
InsyaAllah, kalau Allah S.W.T izinkan, 'something' tu akan berjalan dengan lancar.
" Dalam berjuta hamba Allah, Dia akan hantar seseorang untuk menolong kamu di saat kamu tercari-cari "
kata-kata yang gua amik dari kawan twitter yang gua follow.
Renungkanlah!

Thursday, January 31, 2013
Jaga Jaga
Dah 2 hari aku sakit tekak dan demam demam. Nampak tak permainannya kat situ. Suara jangan cakap lah, tak sampai hati nak melontar suara yang seksi ala ala jantan perkasa.
Salah timing plak demam ni nak datang. Tapi takpe, dah nak baik pun. Jaga jaga, esok aku nak pergi pesta buku kat pwtc.!!!!!

Subscribe to:
Posts (Atom)