Dunia yang serba canggih ini, memang ramai manusia yang bermacam-macam ragam dan juga perangai yang berbeza-beza walaupun style berpakaian sama dan trendy.
Manusia juga dilahirkan cukup sifat, Sang Pencipta mahukan ciptaannya cukup sifat. Namun apa yang terjadi apabila sesetengah manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan fikiran yang telah diberikan oleh Sang Pencipta?
Manusia juga tak pernah lari dari kesilapan. Namun itu semua lumrah dalam kehidupan.
Manusia juga tak pernah lari dari masalah. Seringkali kita melihat luaran seseorang sungguh cantik, suci, bersih dan murni namun jauh di sudut hatinya, tiada siapa yang tahu apa masalah yang dihadapi oleh dia.
Ada juga manusia yang memperlakukan perkara yang tidak elok kepada manusia yang lain. Itu salah satu sifat yang seringkali kita lihat pada dunia moden sekarang. Memperlakukan perkara yang tidak elok, sama ada kejam mahupun sebaliknya.
Apa yang kita sedar, manusia seperti ini, kita tidak perlu menghukum membabi buta. Daripada itu, kita haruslah sedar, sebagai manusia yang beragama Islam, kita mesti tahu dosa dan pahala. Manusia memang tidak akan lari daripada membuat dosa dan pahala, jadi apa yang pasti, kita harus duduk dan berfikir.
Berfikir dengan dalam.
Sanggupkah anda melihat kesengsaraan yang dihadapi manusia yang telah anda lakukan itu?
Jadi di sini, kita harus tahu. Yang Di Atas sentiasa mengawasi gerak geri kita.
Aku akan jelaskan dengan cara yang simple.
Aku masih lagi tak dapat nak terima, aku diperlakukan sebegini. Mana moral kau? Mana akal fikiran kau? Apa yang kau belajar selama ni dari kecil sehingga besar?
Apa ajaran kau sebenarnya ni?
Kau mengaji, kau sembahyang 17 rakaat dari subuh ke isyak. Ini yang kau nak banggakan yang kau ni orang Islam?
Well, aku tak perfect bab sembahyang, aku sedar yang aku sendiri tak cukup 5 waktu tetapi aku still lagi boleh fikir dan waras lagi, tikam dari belakang ni perbuatan yang salah di sisi agama.
Kau yang selalu rajin sembahyang, baca Al-Quran pulak macam mana??
Baik ko tinggal je sembahyang dan kau letak Al-Quran tu kat tepi dan hidup cara orang yang tak bertamadun. Sebabnya serajin rajin mana ko sembahyang dan mengaji tapi buat tindakan tanpa menggunakan akal fikiran, level kau sama je macam orang kafir.
Aku tak kata yang aku ni baik sangat, sebab aku mengata orang. Sama je levelnya.
Aku lahir dan dibesarkan dengan keluarga yang sederhana susah, dan aku sedar kat mana aku berdiri. Aku sendiri tak berapa cukup ilmu agama di dada. Tapi kau? Kau cukup, aku tahu setiap malam kau mengaji, sembahyang kalau boleh tak tinggal.
Aku bersyukur masih lagi ada emak yang boleh ingatkan aku tentang dosa pahala ni, kalau tak dah tentu dengan aku sekali hanyut dalam dunia yang kejam ni.
Kau pulak? Kau beruntung masih ada mak dan ayah yang sentiasa ada waktu kau memerlukan. Cuba kalau mak ayah kau tahu perbuatan kau ni macam mana? Adakah diorang happy ke atau sebaliknya? Atau diorang tak tahu kejadian sebenar? Allah sahaja yang tahu.
Aku teringat kata-kata ustaz yang aku tertengok kat tv aritu, memaafkan orang ni sebenarnya perkara yang elok dan Allah S.W.T akan memberikan ganjaran kepada sesiapa yang rajin memaafkan orang.
Aku memang jenis manusia yang pemaaf sebab jiwa aku ni sensitif, tapi bila diperlakukan macam ni aku rasa macam seolah-olah aku ni seperti manusia yang tak ada hati dan perasaan. Aku tahu ni semua dugaan yang Allah bagi pada aku, dia nak tengok sejauh mana kesabaran aku.
Ape pun benda ni semua lumrah hidup yang perlu aku hadapi. Kadang-kadang aku ada kat atas, kadang kat bawah. Sama jugak macam kau, tak ada bezanya.
Mujur saat saat aku jatuh ni, ada yang sudi hulurkan tangan kat aku dengan ikhlas, dan aku harap Allah akan balas jasa baik mereka. Amin.
Tujuan aku menulis ni pun, aku tak expect untuk kau baca, kalau kau baca pun okey jugak. At least, aku nak kau sedar apa yang kau dah buat sebenarnya. Dan juga kepada yg lain yang baca dapat ambil iktibar supaya jangan jadi manusia yang macam kau.
Mak ayah dah curahkan kasih sayang, jadikan kau manusia yang berguna. Ada kau fikir tu?
Aku? Aku sentiasa berusaha untuk jadi manusia yang baik walaupun tak layak lagi digelar baik tapi at least aku mencuba. Dan kisah silam aku mengajar aku untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik.
Kau pulak macam mana? Kau menuding kesalahan kat aku, dan kau letakkan diri kau pada situasi yang tidak bersalah. Bullshit!!
Aku sedar, aku pun ada jugak salah pada kau. Tapi bila difikir balik, benda boleh diselesaikan dengan cara baik.
Jadi itulah ajaran agama Islam yang kau belajar selama ni? Cari kesalahan orang dan terus tikam orang tu dari belakang?
Mengaku kesalahan adalah perkara yang paling mulia tapi ada kau belajar dari kesilapan tak? Ini menunjukkan yang kau ni manusia yang terlalu mementingkan diri sendiri dan tak pedulikkan orang lain. Itu pasal aku suruh kau tak payah sembahyang, letak Al-Quran kat tepi dan hidup macam orang yang tak bertamadun.
Kesimpulannya, aku tak ingin pun nak berdendam dengan kau cuma aku nak ingatkan kat kau, bukan kau seorang sahaja di dunia ni yang power macam JDT tu.
Aku tak nak riak macam aku power bab agama tapi itulah dia, at least aku berpijak di bumi yang nyata.
Semoga kau dapat baca kalau tak biar Allah sendiri yang tunjuk kat kau.
"Ya Allah, maafkan segala tulisan aku, aku tiada niat nak menghina orang yang sembahyang atau mengaji. Aku cuma ingin luah apa yang terbuku di hati."
shukri.
Saturday, December 21, 2013
Friday, December 20, 2013
the truth hurts
Segagah mana kita berlari, selaju mana kita berlari, sekuat mana kita berlari, kalau Tuhan kata kau kene jatuh, maknanya kau akan jatuh.
Apa yang pasti, sudah tiba masanya Tuhan kata aku kena jatuh jadi aku takkan bising, aku takkan mengomel, aku akan terima apa yang pencipta aku tentukan. Mungkin ini balasan aku atas dosa-dosa aku yang lalu, jadi aku harus terima.
Kejatuhan aku kali ni kedua paling dashyat selepas arwah abah aku meninggal dunia. Waktu kegelapan ini lah aku sedar bahawa aku banyak kesilapan yang aku buat, sejak aku umur setahun sehingga sekarang ni.
Disamping kejatuhan aku ni, aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai ibu dan kakak aku yang sentiasa sokong, kawan-kawan aku yang tak ramai tapi mereka yang sentiasa berada waktu susah dan senang.
Kejatuhan aku kali ni amat amat lah paling terasa kerana aku dah buat kesilapan yang paling besar dalam hidup aku, selain membuat kesilapan yang salah sewaktu menjawab soalan sejarah time sekolah.
Aku masih lagi waras, aku masih lagi ada agama, aku masih lagi ingat dosa dan pahala walaupun aku ni taklah baik sangat tp aku masih ingat lagi semua tu. Aku masih lagi tak nak bukak aib sesiapa kerana aku tahu itu satu dosa yang besar.
Alhamdulillah aku bersyukur kerana sejak dua menjak ni Allah makbulkan doa aku, dan aku sedar yang Allah masih sayangkan aku cuma aku kena sentiasa usaha supaya Allah sentiasa lebih sayangkan aku.
InsyaAllah, setelah apa yang terjadi sebenarnya ni adalah petanda yang baik untuk aku walaupun sebenarnya tak tapi takpe, Allah tu berkuasa, DIA boleh bagi dan dia boleh ambil balik. Itu memang pasti.
Aku lega kerana segala persoalan dah terjawab walaupun aku ada jugak salahnya tapi kata orang, setiap masalah ada jalan penyelesaian dan nak menyelesaikannya tu ambil masa atau tak. So bila tak berfikir dengan menggunakan akal fikiran, benda yang tak elok yg difikirnya. Itu lumrah manusia sebenarnya, aku pun kadang2 fikir macam tu tapi biasalah kalau aku fikir macam tu, selalunya tak memudaratkan dan tak merosakkan apa - apa.
Tewas dalam medan peperangan tak semestinya aku digelar 'loser' jadi, aku kena maju ke hadapan. Pasal isu memaafkan orang ni, aku tak nak kata apa. Mungkin maaf, mungkin tak tu biar pencipta aku sahaja yang tahu.
Nasib baiklah aku mengambil langkah tenang. Orang kata pengalaman mengajar kita. Aku dah bersedia untuk hadapi saat-saat ni tapi InsyaAllah next time aku akan berhati hati bila berhadapan di laman sosial.
Manusia ni tak semuanya perfect walaupun pada mata orang, kau nampak perfect. Semua orang ada kisah silam, semua manusia berbeza dan yang paling pasti manusia ni pelik. Macam aku, tak semua tahu aku macam mana, 'I'm not like what you expect'. Aku pasti semua orang macam tu. Manusia ada hati dan perasaan walaupun orang tu jahat macam mana sekalipun. Kau pembunuh, perogol, makan rasuah dan sebagainya, still ada hati dan perasaan.
Oklah, apa yang aku nak sampaikan, manusia ni bkn patung atau robot.
Lastly, apa yang aku harapkan ialah setiap kejatuhan mesti ada kebangkitan, dan aku harap aku berada di jalan yang betul.
Aku harap Allah akan set kan aku dengan orang yang lebih elok lepas ni InsyaAllah
Semasa menulis entry ni, aku amat merindui abah aku. Ya Allah, kau tempatkanlah abah aku di kalangan orang yang beriman.
InsyaAllah, aku akan jadi better person in the future.

Subscribe to:
Posts (Atom)