Friday, December 20, 2013

the truth hurts

Segagah mana kita berlari, selaju mana kita berlari, sekuat mana kita berlari, kalau Tuhan kata kau kene jatuh, maknanya kau akan jatuh.

Apa yang pasti, sudah tiba masanya Tuhan kata aku kena jatuh jadi aku takkan bising, aku takkan mengomel, aku akan terima apa yang pencipta aku tentukan. Mungkin ini balasan aku atas dosa-dosa aku yang lalu, jadi aku harus terima.

Kejatuhan aku kali ni kedua paling dashyat selepas arwah abah aku meninggal dunia. Waktu kegelapan ini lah aku sedar bahawa aku banyak kesilapan yang aku buat, sejak aku umur setahun sehingga sekarang ni.

Disamping kejatuhan aku ni, aku bersyukur kerana aku masih lagi mempunyai ibu dan kakak aku yang sentiasa sokong, kawan-kawan aku yang tak ramai tapi mereka yang sentiasa berada waktu susah dan senang.

Kejatuhan aku kali ni amat amat lah paling terasa kerana aku dah buat kesilapan yang paling besar dalam hidup aku, selain membuat kesilapan yang salah sewaktu menjawab soalan sejarah time sekolah.

Aku masih lagi waras, aku masih lagi ada agama, aku masih lagi ingat dosa dan pahala walaupun aku ni taklah baik sangat tp aku masih ingat lagi semua tu. Aku masih lagi tak nak bukak aib sesiapa kerana aku tahu itu satu dosa yang besar.

Alhamdulillah aku bersyukur kerana sejak dua menjak ni Allah makbulkan doa aku, dan aku sedar yang Allah masih sayangkan aku cuma aku kena sentiasa usaha supaya Allah sentiasa lebih sayangkan aku.

InsyaAllah, setelah apa yang terjadi sebenarnya ni adalah petanda yang baik untuk aku walaupun sebenarnya tak tapi takpe, Allah tu berkuasa, DIA boleh bagi dan dia boleh ambil balik. Itu memang pasti.

Aku lega kerana segala persoalan dah terjawab walaupun aku ada jugak salahnya tapi kata orang, setiap masalah ada jalan penyelesaian dan nak menyelesaikannya tu ambil masa atau tak. So bila tak berfikir dengan menggunakan akal fikiran, benda yang tak elok yg difikirnya. Itu lumrah manusia sebenarnya, aku pun kadang2 fikir macam tu tapi biasalah kalau aku fikir macam tu, selalunya tak memudaratkan dan tak merosakkan apa - apa.

Tewas dalam medan peperangan tak semestinya aku digelar 'loser' jadi, aku kena maju ke hadapan. Pasal isu memaafkan orang ni, aku tak nak kata apa. Mungkin maaf, mungkin tak tu biar pencipta aku sahaja yang tahu.

Nasib baiklah aku mengambil langkah tenang. Orang kata pengalaman mengajar kita. Aku dah bersedia untuk hadapi saat-saat ni tapi InsyaAllah next time aku akan berhati hati bila berhadapan di laman sosial.

Manusia ni tak semuanya perfect walaupun pada mata orang, kau nampak perfect. Semua orang ada kisah silam, semua manusia berbeza dan yang paling pasti manusia ni pelik. Macam aku, tak semua tahu aku macam mana, 'I'm not like what you expect'. Aku pasti semua orang macam tu. Manusia ada hati dan perasaan walaupun orang tu jahat macam mana sekalipun. Kau pembunuh, perogol, makan rasuah dan sebagainya, still ada hati dan perasaan.

Oklah, apa yang aku nak sampaikan, manusia ni bkn patung atau robot.

Lastly, apa yang aku harapkan ialah setiap kejatuhan mesti ada kebangkitan, dan aku harap aku berada di jalan yang betul.

Aku harap Allah akan set kan aku dengan orang yang lebih elok lepas ni InsyaAllah

Semasa menulis entry ni, aku amat merindui abah aku. Ya Allah, kau tempatkanlah abah aku di kalangan orang yang beriman.

InsyaAllah, aku akan jadi better person in the future.

shukri.

No comments: