Nak dijadikan cerita, gua tengah emosi tahap kritikal sebenarnya.
Emosi gua terganggu kerana makwe yang gua sayang akhirnya akan ke jinjang pelamin tak lama lagi.
Sungguh sedih, pedih, kecewa dan juga bercampur baur dengan perasaan gembira kerana dia dah jumpa orang yang betul betul ingin sehidup semati dengan dia.
Gua tak nak lah hipokrit kata 'aku ok je', sebenarnya rohani gua betul betul dilanda kerosakkan yang teramat amat dalam.
Mungkin Tuhan dah tentukan perjalanan hidup gua macam ni, takkan gua nak marah marah kat Tuhan.
Gua nak ucap Selamat Pengantin Baru kepada makwe tu, dan gua harap berbahagia sampai akhirat dan seterusnya. Semoga bakal suami dia dapat bahagiakan dia seperti gua bahagiakan dia dulu. Hahahaha..
Ape pun gua tak pasti siapa bakal suami dia, ada orang kata gua kenal tapi harap harap lah gua tak kenal.
Dia nak jumpa gua bagi kad jemputan haritu tapi gua tak nak hipokrit, gua memang tak nak datang pun kenduri dia sebenarnya. Ada 2-3 sebab mengapa gua tak nak pergi dan biarlah sebab tu gua sendiri je yang tahu.
Terus terang, memang susah nak cari gadis macam dia. One of the best. Rugi betul tak dapat jadik hak milik tapi takpe, memori antara gua dan dia takkan hilang walaupun gua dah ada awek lain ataupun gua dah mati nanti.
Ada jugak baiknya dia tak pilih gua. Gua ni hidup masih lagi tunggang langgang, masih mengejar cita cita, impian dan sebagainya. Kalau secara kasarnya pun, gua mmg tak setaraf dengan dia. Sebab tu Tuhan dah tentukan dia bukan milik gua.
Selamat berbahagia gua ucapkan, semoga dapat anak yang comel dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.
-manaf-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment