Tuesday, December 1, 2009

Kahwin

Senang sahaja ayat tu sekarang.

Tapi apesal pulak aku tetiba cakap pasal kahwin? Well, bulan ni adalah bulan orang kahwin sana, kahwin sini. Aku sendiri pun banyak jemputan kahwin bulan ini, InsyaAllah aku akan cuba hadirkan diri.

Kawan-kawan sekolah aku dulu, ramai juga yang dah kahwin dan aku rasa dah ada anak kot. Tapi tulah, dah jodoh diorang kan. Terfikir pulak pasal diri sendiri ni, tapi apa jadahnya nak fikir pasal kahwin plak, matlamat hidup pun belum tercapai lagi, ada hati nak kahwin. Hahaha.

Best ke kahwin umur muda ni? Macam best je, memang lah best, sume halal je nak buat tak macam masa couple, nak kena cover line. Ntah-ntah xde makna nak cover line, main langgar je. Hahaha..

Nak merepek pasal kahwin, senang je. Hidup dah stabil, kewangan dah tetap, tanggungjawab dah ada. Dah eloklah tu kalau nak kahwin. Kalau tak cukup semua ni, jangan harap nak kahwin. Kalau lelaki lah. Kalau perempuan, aku rasa they all tu tunggu je si lelaki melamar. Tapi bagi aku, eloklah si perempuan itu jugak perlu memenuhi syarat di atas, manalah tahu kan kalau ada apa-apa berlaku ke, at least si perempuan takde lah terseksa. Sekarang ni kan, nasib si perempuan kan terbela dan mereka semuanya dah bijak-bijak, tentu masing-masing ada matlamat hidup masing-masing.

Kalau orang tanya aku bila nak kahwin, sekarang jugak aku nak kahwin tapi tulah, syarat-syarat tak cukup. Hidup sendiri pun tak terurus, apa ntah lagi hidup anak orang. Kalau kahwin setakat nak main romen tak payahlah, buang tenaga batin je. Tetapkan keimanan tu dulu....ehehheh..takde kene mengena.

No comments: