Friday, January 30, 2009

Sokong Bola Sepak Tempatan

Aku terpanggil untuk menulis tentang perkembangan mutu bola sepak negara kita ni, Malaysia. Baru-baru ni, team bola sepak kita telah dibelasah oleh United Arab Emirates ( UAE ) 0 - 5 dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2011. Memanglah memalukan kerana kalah dengan jumlah yang besar tue.

Walaupun aku die hard fan Manchester United, aku tetap menyokong Bola Sepak Tempatan walaupun ianya agak hambar, lembap dan sebagainya.

Well, setiap orang pasti akan ada cadangan kan untuk memantapkan mutu bola sepak negara kita. Bagi aku, kalau aku diberi peluang untuk menerajui Team Malaysia atau sewaktu dengannya, aku cuba menyeru kepada players supaya bermain untuk negara, semangat tu kena betul.

Kita lihat contoh-contoh pemain-pemain masa dulu seperti Arwah Mokhtar Dahari a.k.a Supermokh, Santoks Singh, Zainal Abidin Hasan dan lain-lain. Kesungguhan mereka bermain tu kita boleh nampak kan?? Dan kita juga boleh lihat bagaimana match terdahulu dengan skuad England, Boca Juniors dan lain-lain. Mereka amat gerun dengan bakat-bakat yang lahir masa itu.

Tapi sekarang apa dah jadi??

Aku melihat bakat-bakat itu sudah ada, skuad yang dah ada ni sudah cukup bakatnya kalau nak diikutkan mungkin semangat mereka kurang kot.

Mungkin aku nak melihat seseorang yang bergelar insan yang ikhlas untuk membantu skuad Harimau ke tahap yang lebih tinggi. Kita tengok Jepun, Korea, dan lain-lain. Mereka dah maju setapak ke hadapan.

Orang nak kutuk ke, menghina ke, pandang rendah ke, aku tetap menyokong bola sepak tempatan. Walaupun Manchester United di hati aku, aku tetap berpijak di bumi yang nyata.

Aku harap satu hari nanti, negara lain akan gerun dengan skuad Harimau kita..

Adios!

1 comment:

AmY said...

boring oh bola
tak kira yang tempatan ke antarabangsa ke ape ke
sume boring

:))