Tuesday, January 13, 2009

Cinta-Mencintai, Barulah Menjadi-Jadi!

Tahun baru, tahun permulaan bagi aku hidup tanpa ayahanda tercinta. Well, permulaan yang baik, pergaulan aku amat terbatas sekarang ni kerana aku sudah pun mempunyai satu tanggungjawab yang besar iaitu menjaga keluarga aku. Bukan ini yang aku mahu ceritakan dalam post aku kali ni.

Aku ingin berkongsi satu cerita, pernahkah korang jatuh cinta?? mestilah pernah kan, dan ada juga yang kekal bercinta sampai sekarang dan ada juga yang bertukar-tukar pasangan. Aku bercerita bagi pihak lelaki lah kan sebab aku nak berkongsi satu pengalaman yang aku pernah saksikan dan juga alami.

Macam mana rasanya apabila kita jatuh cinta kat seorang wanita yang cantik sesangat sedangkan nak dibandingkan dengan kita yang kurang hensem?? Bagaimana ek?? Ibarat beauty and the beast la kiranya. Aku pernah juga melihat keadaan sekeliling, dan aku rasa sangat bangga kerana tidak semua wanita yang memandang hanya luaran sahaja.

Walaupun sedemikian, ada juga golongan minoroti wanita yang memang memandang luaran sahaja ( minta maaf kalau aku kata gitu ). Maksud aku golongan yang kecil je, bukan kesemuanya. Yang macam ini, aku kategorikan mereka 'gediks', bukan sebab apa, mungkin mereka dari golongan yang mewah-mewah tapi macam aku katalah, golongan sebegini tidak banyak. Tapi, aku bukan nak mengutuk atau merendahkan meraka semua, cuma aku nak berkongsi pengalaman sahaja. Ini apa yang aku nampak, alami dan juga mendengar.

Pernahkah korang terfikir yang kelebihan orang-orang yang kurang menarik?? (Hahaha)

Itu aku tak tahu camner nak beritahu, sebab aku pun kurang menarik. Takkan aku nak memuji diri sendiri.

Moral kepada cerita aku ni adalah, kita semua adalah sama-sama manusia. Kita juga makhluk ciptaan Allah S.W.T, tidak semua sempurna. Oleh itu, pandai-pandailah mencari teman hidup. Sebelum aku lagi merepek, aku memohon maaf kalau tulisan aku menyentuh perasaan sesiapa sahaja.

IM SORRYYYYYY!!!

No comments: