Today is 31st December 2008, hanya tinggal beberapa jam sahaja akan berlabuhnya tirai 2008 dan kedatangan tahun 2009.
Well, terlalu banyak kenangan-kenangan yang ada sepanjang tahun 2008. Yang manis, yang pahit, yang suam-suam belaka. Tahun 2008 juga adalah tahun yang paling sedih buat aku, kehilangan ayahanda tercinta yang menghadap illahi pada 6 August 2008. I feel like I want to cut my throat!! Damn! Tapi ini semua takdir daripada-Nya. I have to accepted that.
Tapi di sebalik kesedihan aku tu, aku juga mendapat ramai kenalan yang sempoi-sempoi belaka di internet dan luar internet. Aku rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali mereka-mereka ni, nak aku sebut, sampai tahun baru 2010 pun tak habis-habis lagi.
Terus-terang aku katakan, tahun 2008 merupakan tahun kejatuhan aku dari segi psikologinya. Aku memang mengalami kemurungan yang serius. Alhamdulillah, semakin hari semakin baik. Atas sokongan rakan-rakan. Thanks!!
Aku memegang kata-kata Alfred dalam movie Batman Begins. " Kenapa kita jatuh?, sebab kita kena belajar bangun semula". Itu sahaja dalam fikiran aku.
Aku juga seperti insan-insan lain, mengharapkan tahun 2009 ni akan menjadi lebih baik dan kehidupan aku akan bertambah gembira. As usual, orang tertanya-tanya apa azam baru tahun 2009 ni. Well, setiap tahun azam aku sama sahaja, "Nak menjadi orang yang berguna untuk diri sendiri". Jika azam aku ni berjaya dicapai, Insyaallah, aku akan menjadi seorang yang boleh diharapkan.
Selamat Tahun Baru..
Happy New Year..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment