Wednesday, December 24, 2008
Hujan - Bila Aku Sudah Tiada ( Music Video )
Inilah music video terbaru Hujan - Bila Aku Sudah Tiada.
Aku dengan rasa tiba-tiba hujung minggu lepas belek-belek kat youtube tu (bosan). Ada cerita pasal music video band hujan. Lastly, aku follow orang yang bertanggungjawab buat video ni iaitu Rewan Ishak dengan production team dia Redeoscape. Pada mulanya, aku ingat Redeoscape ni ntah sape ntah (tahulah kalu video-video kat youtube tu) tapi sangkaan aku salah. Mereka ini semenangnya berbakat dan memang betul-betul real.
Huhuhu..
Apa yang menariknya pasal video ni adalah jalan ceritanya. Memang ada emotion tu. Lagi satu warna dalam video ni iaitu hitam putih. Memang nostalgic. Kalau tak caya ushalah Rewan Ishak punya blog, feedback sangat positif.
Aku memang admit, sejak aku dengar lagu-lagu dari band Hujan ni, aku rasa tertarik. Bukan sebab orang minat kat diorang, aku pun minat. Salah tu. First aku dengar, lagu Pagi Yang Gelap pastu Bila Aku Sudah Tiada. Aku dengar lagu Hujan sebelum mereka ni buat first album okay!
Hahaha..
Mungkin hasil karya mereka ni sangat jujur dan ikhlas sebab tu ramai yang meminati mereka ni. Bagi aku, apa orang nak kata pasal mereka ni peduli lah, janji aku suka dan gemari music diorang yang begitu sedap. Hehehe..
Aku rasa dan berharaplah biar Hujan ni kekal dalam industri muzik Malaysia dan sama ada percaya atau tidak, mungkin mereka akan menjadi ikon satu hari nanti seperti Search, Wings, Lefthanded.
Support Our Local Scene!
Don't Judge The Book By It's Cover.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Terima kasih syukri. Ya kami memang real dan bukan main-main. haha :)
Post a Comment