Tahun 2008 dah nak melabuhkan tirainya tak lama lagi, masing-masing dah bercakap tentang azam 2008 dah tercapai ke belum. Ada juga dah tercapai dan ada juga yang masih terkapai-kapai azamnya.
Setiap orang, azam mereka berbeza-beza dari segala aspek. Ada juga yang memang tak ada azam langsung. Bagi aku, azam 2008 aku tak dapat aku capai. Sebabnya, setiap tahun azam aku sama sahaja, "untuk menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri". Itu aku masih lagi terkapai-kapai mungkin sikap aku ni yang sambil lewa dan tidak berfikir matang.
Tahun 2008 juga merupakan tahun yang paling sedih bagi aku. Perginya arwah ayahanda menghadap ilahi. Mungkin itu juga sedikit sebanyak membantutkan azam aku tahun ini. Apa aku cuba katakan ni!!
Bercakap tentang azam tahun 2009, aku tetap sama dengan azam-azam aku sebelum ni. Nak kadi oranng yang berguna kepada diri sendiri. Mungkin juga ada yang tak paham azam aku ni, tapi pada yang paham tu agaknya tahu kot. Hehehe!!
Tahun 2008 mungkin tahun yang paling sedih buat aku, tetapi ada juga kebaikannya. Tahun 2008 telah mengajar aku sedikit sebanyak tentang kehidupan, menghargai sekeliling aku dan lain-lain lagi. Tahun ni juga aku telah belajar tentang erti pengorbanan, belajar bagaimana untuk berdiri di atas kaki sendiri.
Tahun 2008, aku kenal kawan-kawan baru. Terima kasih kerana sudi nak berkawan dengan aku walaupun korang tahu aku ni tak hensem, gemuk, merepek meraban, kuat nafsu, bodoh, kurang ajar dan sebagainya. Aku harap persahabatan kita kekal sampai mampos, SELAMAT DUNIA AKHIRAT.
Tahun 2008, aku telah menemui apa yang selama ni aku nak iaitu kebahagiaan untuk diri sendiri. Akan tetapi, masih lagi terlalu awal untuk aku cakap. Apa-apapun biar jalan hidup aku ni Allah yang tentukan. Hanya Dia sahaja yang boleh ubah dan tetapkan keadaan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment