assalamualaikum..
salam dituju,
untuk bertemu,
tanpa mengingat peristiwa lalu..
selangkah untuk menjadi baru,
menjadi apa yang dimahu,
untuk mencapai cita-cita yang baru..
ungkapan yang mengingatkan tentang betapa indahnya hidup ini,
ungkapan yang penuh tersirat,
teringat kata-kata seorang pendidik waktu sekolah dahulu..
selangkah aku menjadi baru,
seribu penyesalan teringat peristiwa lalu,
penuh dengan tanda tanya..
seperti hari-hari biasa,
hidup mesti diteruskan tanpa disedari sesuatu yang ajaib berlaku,
tidaklah sehebat seperti kedatangan seorang pahlawan dari medan peperangan,
tetapi memadailah apa yang dirasai seperti mana yang wajar dirasai..
menulis blog ibarat menceritakan semula apa yang berlaku,
tidaklah dapat mengekspresikan semuanya,
tetapi sekadar mengolahkan sahaja..
rutin harian dijalankan seperti biasa tanpa dibelenggu rasa pelik,
pelik wajarnya mungkin dapat ditafsirkan sebagai "penyemak" dalam hidup,
tetapi dapatkah dalam satu hari itu dapat melakukan sesuatu yang kita suka?
atau tidak, "nothing else"..
luka yang sakit dapat diubati,
luka yang perit memang sukar difahami..
Renung-renungkanlah........
Salam..
1 comment:
Hi :)
Post a Comment