Wednesday, December 31, 2008

Tahun Baru 2009

Today is 31st December 2008, hanya tinggal beberapa jam sahaja akan berlabuhnya tirai 2008 dan kedatangan tahun 2009.

Well, terlalu banyak kenangan-kenangan yang ada sepanjang tahun 2008. Yang manis, yang pahit, yang suam-suam belaka. Tahun 2008 juga adalah tahun yang paling sedih buat aku, kehilangan ayahanda tercinta yang menghadap illahi pada 6 August 2008. I feel like I want to cut my throat!! Damn! Tapi ini semua takdir daripada-Nya. I have to accepted that.

Tapi di sebalik kesedihan aku tu, aku juga mendapat ramai kenalan yang sempoi-sempoi belaka di internet dan luar internet. Aku rasa sangat bertuah kerana dapat mengenali mereka-mereka ni, nak aku sebut, sampai tahun baru 2010 pun tak habis-habis lagi.

Terus-terang aku katakan, tahun 2008 merupakan tahun kejatuhan aku dari segi psikologinya. Aku memang mengalami kemurungan yang serius. Alhamdulillah, semakin hari semakin baik. Atas sokongan rakan-rakan. Thanks!!

Aku memegang kata-kata Alfred dalam movie Batman Begins. " Kenapa kita jatuh?, sebab kita kena belajar bangun semula". Itu sahaja dalam fikiran aku.

Aku juga seperti insan-insan lain, mengharapkan tahun 2009 ni akan menjadi lebih baik dan kehidupan aku akan bertambah gembira. As usual, orang tertanya-tanya apa azam baru tahun 2009 ni. Well, setiap tahun azam aku sama sahaja, "Nak menjadi orang yang berguna untuk diri sendiri". Jika azam aku ni berjaya dicapai, Insyaallah, aku akan menjadi seorang yang boleh diharapkan.

Selamat Tahun Baru..
Happy New Year..

Pemandu Teksi

Bila kita bercakap tentang pemandu teksi, ramai mempunyai tanggapan sendiri mengenai pemandu teksi kan?

Betul tak?

Ada yang kata mereka ni baik, jahat, cekik darah dan sebagainya. Tapi bagi aku, mereka ni sama je, manusia biasa ( apa aku merepek ni ).

Ok, aku serius!

Setiap kali kalau aku naik teksi, selalunya harga dari satu destinasi hingga ke rumah aku selalunya taklah mencecah RM 10. Itupun kalu orang kata mahal sangat, letihlah kot. Kadang kita ni tak peka dengan keadaan mereka ni mencari rezeki dengan memandu teksi. Betul tak? Haa..

Bagi yang wanita-wanita ni memang mereka berwaspada nak naik teksi kerana takut apa-apa jadi kat mereka ( itu yang aku selidik la ). Tapi, tak eloklah kita bertanggapan sebegitu.

Sepanjang aku naik teksi, macam-macam perangai pemandu teksi aku jumpa. Ada tu, yang emo lebih, ada tu peramah, dan ada juga yang diam sangat. Aku senang je, kalau mereka tak start berborak, aku yang mula dulu. Taklah bosan semasa dalam perjalanan.

Bagi aku, aku amat respect kat pemandu-pemandu teksi ni sebab penat lelah mereka mencari rezeki tak kira masa dan tempat. Itu bagi aku, pendapat aku. Mungkin orang lain berbeza pendapatnya.

Disebalik tu, apa yang aku kurang tak puas hati sesetengah pemandu teksi ni adalah cara mereka memandu tu.. Macam sial ada gak, ikut sedap dia je nak hon.

Well, teruskan perjuangan wahai pemandu-pemandu teksi seluruh Malaysia..

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!

Tuesday, December 30, 2008

About me!

Im really busy right now.

Maybe after new year i will updated my blog.

Paham tu? Haa..Aku cakap omputih!

Hahaha..

Thursday, December 25, 2008

Petikan Dari John ( Untuk penghuni bukit antarabangsa )

Sedang aku surf internet dan meng'MYSPACE'kan diri, ada petikan yang diposting oleh kawan aku iaitu Mr. John.
Aku just copy and paste apa dia tulis.

"Assalamualaikum..

Ape pun gua minta maaf kalau kat sini ada yang terasa
dengan ape yang gua nak luahkan.. Bukan niat gua nak kutuk ape pun..cume
gua rasa terpanggil dengan sikap ORANG-ORANG KAYA kat BUKIT ANTARABANGSA
tu!

Wah!!! Bukan main lagi lu orang...rumah juta-juta...Harta juta-juta...buat
rumah pun atas bukit..Kenapa buat rumah atas bukit?..Konon-konon darjat
tinggi la...sama tinggi dengan malaikat?..sama tinggi dengan Nabi?..Ke nak
privacy?..Atau memang taknak campur dengan masyarakat?...Gua tengok
kebanyakkan orang meLAYU..tapi gua heran jugak...rumah juta-juta...harta
juta-juta...tapi tempat nak mengadap Ilahi kecil je?...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!..

Bukan main dasyat lagi bantuan makanan pun dari hotel 5 bintang...sebab nak
bagi MANGSA-MANGSA yang KAYA makan!.
Kalau kawasan runtuh tu jadi pada rumah
setinggan...ada dapat ke makanan dari hotel 5 bintang ni???... Nasi bungkus
lu orang buang bagi babi makan?..nasi bungkus ape standard...Sebab apa?...

SEBAB LU KAYA!!

Gua lagi tambah sakit hati bila ada pemimpin datang nak jenguk...nak
tengok-tengok lu orang...tapi lu maki apehal?...Lu dah bagus sangat ke nak
maki orang?..Pemimpin atau wakil rakyat nak datang nak tengok rakyat...tapi
lu maki sebab tak tolong kerabat lu angkat barang!..Lu sibuk pasal lu punya
barang...ada lu pikir pasal TUHAN???...Sebab apa lu jadi macam ni??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi satu hal yang pemimpin dok bagi sumbangan..bukan sikit..tapi puluh
ribu..!!...nak cakap b**doh tapi jadi menteri...tapi pikir balik memang
b**doh pun!..lu dah tau yang duduk atas bukit tu bukan orang miskin!..duit
ada berjuta...lu ada pikir rakyat yang tak ada rumah?..yang tak
makan?...Rakyat yang ada rumah macam dah nak roboh??..Sbab apa???

SEBAB LU KAYA!!!

Lu orang boleh tepekik telolong macam hilang akal sebab rumah juta-juta
ranap!...ada lu orang nak beristgfar?..Gua jadi heran ada makhluk macam lu
orang!..Pasukan penyelamat nak tolong pun dah cukup bagus!..tapi yang lu
nak maki dorang apehal?..Lu nak saman apehal?..Sebab apa??

SEBAB LU KAYA!!

Lagi gua tambah heran bila lu orang nak saman PBT...yang lu buat rumah atas
bukit tu sapa suruh??..Nak pampasan???..JANGAN HARAP!..cukup baik la MB
Selangor bagi penginapan kat hotel..Tak bersyukur lagi???...Itu tanah
persendirian...lantak lu la nak buat rumah...tapi bile dah ranap lu sibuk
nak saman??..Sebab apa?..

SEBAB LU KAYA!!!

Gua bukan dengki pasal lu kaya..peduli ape lu kaya!..lantak lu la..tapi lu
kene ingat...ada yang lagi Maha Kaya...ada yang lagi Maha Besar...

LU PIKIR LA SENDIRI!!
"

Haa..
Tepuk dada, tanya selera.
Renungkanlah..

Wednesday, December 24, 2008

Hujan - Bila Aku Sudah Tiada ( Music Video )



Inilah music video terbaru Hujan - Bila Aku Sudah Tiada.

Aku dengan rasa tiba-tiba hujung minggu lepas belek-belek kat youtube tu (bosan). Ada cerita pasal music video band hujan. Lastly, aku follow orang yang bertanggungjawab buat video ni iaitu Rewan Ishak dengan production team dia Redeoscape. Pada mulanya, aku ingat Redeoscape ni ntah sape ntah (tahulah kalu video-video kat youtube tu) tapi sangkaan aku salah. Mereka ini semenangnya berbakat dan memang betul-betul real.

Huhuhu..

Apa yang menariknya pasal video ni adalah jalan ceritanya. Memang ada emotion tu. Lagi satu warna dalam video ni iaitu hitam putih. Memang nostalgic. Kalau tak caya ushalah Rewan Ishak punya blog, feedback sangat positif.

Aku memang admit, sejak aku dengar lagu-lagu dari band Hujan ni, aku rasa tertarik. Bukan sebab orang minat kat diorang, aku pun minat. Salah tu. First aku dengar, lagu Pagi Yang Gelap pastu Bila Aku Sudah Tiada. Aku dengar lagu Hujan sebelum mereka ni buat first album okay!

Hahaha..

Mungkin hasil karya mereka ni sangat jujur dan ikhlas sebab tu ramai yang meminati mereka ni. Bagi aku, apa orang nak kata pasal mereka ni peduli lah, janji aku suka dan gemari music diorang yang begitu sedap. Hehehe..

Aku rasa dan berharaplah biar Hujan ni kekal dalam industri muzik Malaysia dan sama ada percaya atau tidak, mungkin mereka akan menjadi ikon satu hari nanti seperti Search, Wings, Lefthanded.

Support Our Local Scene!
Don't Judge The Book By It's Cover.

Tuesday, December 23, 2008

Misi Pecah Perut!!

Hari ini, aku bertekad untuk menjalankan satu operasi.

Haa..bukan misi durian ye encik Bob!! Hahahaha..

Kali ni, aku memang rasa nak jalankan misi ni untuk kebaikan aku dan juga seantero dunia. Aku namakan misi ini iaitu...................................:

..MISI PECAH PERUT..

Bagi yang memahaminya, aku harap-harap sama-sama memberi aku sokongan dari segi moral. Semoga kali ini misi aku tercapai.

Kawan-kawan, dermawan, hartawan, datuk, datin, pak cik, makcik, mak sedara, pak sedara dan sebagainya..

Doakan aku supaya berjaya dengan misi aku yang agak pelik ni.

AMIN.....

Monday, December 15, 2008

Review - 2008

Tahun 2008 dah nak melabuhkan tirainya tak lama lagi, masing-masing dah bercakap tentang azam 2008 dah tercapai ke belum. Ada juga dah tercapai dan ada juga yang masih terkapai-kapai azamnya.

Setiap orang, azam mereka berbeza-beza dari segala aspek. Ada juga yang memang tak ada azam langsung. Bagi aku, azam 2008 aku tak dapat aku capai. Sebabnya, setiap tahun azam aku sama sahaja, "untuk menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri". Itu aku masih lagi terkapai-kapai mungkin sikap aku ni yang sambil lewa dan tidak berfikir matang.

Tahun 2008 juga merupakan tahun yang paling sedih bagi aku. Perginya arwah ayahanda menghadap ilahi. Mungkin itu juga sedikit sebanyak membantutkan azam aku tahun ini. Apa aku cuba katakan ni!!

Bercakap tentang azam tahun 2009, aku tetap sama dengan azam-azam aku sebelum ni. Nak kadi oranng yang berguna kepada diri sendiri. Mungkin juga ada yang tak paham azam aku ni, tapi pada yang paham tu agaknya tahu kot. Hehehe!!

Tahun 2008 mungkin tahun yang paling sedih buat aku, tetapi ada juga kebaikannya. Tahun 2008 telah mengajar aku sedikit sebanyak tentang kehidupan, menghargai sekeliling aku dan lain-lain lagi. Tahun ni juga aku telah belajar tentang erti pengorbanan, belajar bagaimana untuk berdiri di atas kaki sendiri.

Tahun 2008, aku kenal kawan-kawan baru. Terima kasih kerana sudi nak berkawan dengan aku walaupun korang tahu aku ni tak hensem, gemuk, merepek meraban, kuat nafsu, bodoh, kurang ajar dan sebagainya. Aku harap persahabatan kita kekal sampai mampos, SELAMAT DUNIA AKHIRAT.

Tahun 2008, aku telah menemui apa yang selama ni aku nak iaitu kebahagiaan untuk diri sendiri. Akan tetapi, masih lagi terlalu awal untuk aku cakap. Apa-apapun biar jalan hidup aku ni Allah yang tentukan. Hanya Dia sahaja yang boleh ubah dan tetapkan keadaan.

Saturday, December 13, 2008

Aku ( Tolong! Tolong! Tolong! )

Aku menatap wajahnya,
Aku juga memanggil namanya,
Aku juga sewel melihatnya,
Aku tak tahan menahannya..

Aku cuba mengelak,
Aku cuba menolak,
Aku cuba lari..

Aku tak sanggup,
Aku tak tahan,
Aku tak sampai hati,
Aku nak dekat juga..

Aku tak mahu,
Aku tak boleh,
Aku takkan,
Aku nak dia..

Tolong!
Tolong!
Tolong!

Tuhan,
Berikanlah aku peluang,
Dekat dengannya walau sekali,
Selagi aku masih bernyawa,
Masih bernafas...............................................................

Friday, December 5, 2008

Minggu Yang Penat Lagi Hangat

Im currently fucking busy with my assignment. Minggu ni sahaja aku dah menghabiskan masa shooting untuk final project subjek Video Production. Memang rasa penat gak, mana taknya, hal kat rumah lagi nak settlekan. Baru aku ingat nak post sesuatu kat blog ni.

Semalam ( Khamis ), aku balik dari kelas lewat sikit kot. As usual, balik sendiri. Aku nampak sorang pakcik buta ni, nak ke taman aku kebetulan ada pasar malam. Maka, aku terus pergi tolong pakcik tu sampai ke pasar malam. Aku terharu bila pimpin pakcik tu. Sebabnya, dengan deria mata yang tak nampak, dia begitu tabah dan kuat. Dia macam relax je naik jejantas rumah aku tu. Hahaha! Yang itu, aku memang rasa terkejut, aku yang nampak ni plak yang risau takut dia tersungkur je.

Disebalik matanya yang tak nampak tu, dia tahu macam mana rasa bila berjalan. Maksud aku,
aku pimpin dia sampai ke pasar malam, dia dapat rasa jalan yang dilalui tu nak dekat dengan pasar malam. Kira aura dia, deria dia kuat. Wah, aku terpegun siot. Aku hanya boleh tersengih sahaja, rasa nak sedih plak bila dia kata camtu. Begitu kuat keazaman dia. Aku tak boleh bayangkan macam mana kehidupan dia masa dulu-dulu. Sama ada dia dah tak nampak sejak lahir atau selepas.

Hari raya Aidil Adha semakin dekat dah ni. Tak rasa plak aku, asyik sibuk dengan benda lain je. Bagi aku, tahun ni lah tahun menyedihkan bagi aku. Huhuhu!!

Baru-baru ni, jiran berdekatan dengan aku, meninggal dunia. Nama dia Hariz, terkejut aku dia meninggal. Kira dia ni kawan aku jugak, walaupun kenal-kenal gitu je. Aku tahu pun lambat sebab apa yang aku diberitahu yang meninggal nama dia Hafiz, aku tersangatlah pelik. Apa aku ingat, ada satu family baru jugak pindah, maybe tu kot. Hahaha!! Yang aku pun pi dengaq cakap orang kenapa. Lupa pulak nak tanya pakcik-pakcik pondok siapa yang meninggal.

Arwah meninggal pun sebab pendarahan dalam otak. Yang beritahu pun kawan dia merangkap kawan aku masa kecik-kecik, membesar sama-sama. Dia yang bawa arwah ke hospital. Dari dia aku dapat berita yang sahih dan benar. Tak sangka, muda-muda dah pergi dulu, 19 tahun muda setahun dari aku. Allah s.w.t lebih sayangkan dia, nak buat camne kan, dah takdir.

Itulah gayanya, mati tu tak kira umur, waktu dan masa. Mungkin esok takpun lusa kita boleh menemui ajal. So, beringat-ingatlah. Sentiasa beramal kepada-Nya.

Aku akan updated apa yang aku buat next two days. Perlu menghabiskan shooting yang tak habis-habis lagi ni.

With love and courages!
manap!