Sunday, August 30, 2009

Merdeka!

Yeah!!

Merdeka Mutha Faker!!

Friday, August 28, 2009

Happy Birthday To Me

Pada tanggal 26 August 2009 yang lalu, genaplah aku 21 tahun. Yeahhhhh!

Macam budak-budak pulak aku ni. Seperti biasa tak meriah pun birthday aku sejak dari dulu pun, aku ni bukanlah suka nak meriah-meriah gila babi ni.

Well, tahun ni agak suram sikit sebab tak ramai ingat birthday aku ni. Huhu. Tapi ada lah seorang ni, aku baru je sahaja kenal dan end up dia lah orang pertama wish kat aku. hehehe. Thanks!!

Eh, dah berapa hari puasa ek? Haha. Hampir seminggu dah berpuasa, tiada apa-apa yang berlaku yang boleh membatalkan puasa aku. Haha. Dugaan banyak sial, ada saje nak kenakan aku untuk membatalkan puasa. Hehe.

Kalau ada ubat puasa kan, aku dah ambil 30 biji je terus, tak payah nak puasa 30 hari.

Hahahahahah! Macam Kude!

Monday, August 24, 2009

Bulan Puasa

Bulan ini tak banyak aktiviti yang memenatkan dan sesungguhnya juga aktiviti-aktiviti membuat anak dikurangkan waktu siang. Hahaha!

Whatever it is, hari ini pergi kerja seperti biasa, bila bulan tak puasa tu semangat nak datang awal memang best lah. Bila bulan puasa saje, apa guna pergi awal kalau budak-budak ofis dtg lewat. Hehe..

Aku tak tahu apa sebenarnya nak tulis ni, tak ada apa yang menarik pun. Macam biasa je rutinnya hari-hari. Cuma yang berubah adalah satu je, rasa sibuk je lebih. Haha.

Pukimak betullah, kalu tulis blog pendek ni, buang masa aku je. Baik tidur je, lagi bagus.

Bulan puasa ni jangan layan porn kuat sangat. Haha..

Saturday, August 22, 2009

SALAM RAMADHAN

Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca yang singgah ke blog aku ni. Sempena bulan yang mulia bulan ramadhan ni, elakkanlah daripada melakukan sesuatu yang tidak elok.

Tuesday, August 18, 2009

Try to listen....



Dengar dan fahami.

Thanks to Arisyuan for telling me about this wonderful song.

Monday, August 17, 2009

Ntah..

I still not in the mood for blogging right now!

Hahaha..

Tuesday, August 11, 2009

Baru Lepas...

Salam Sejahtera..

Dua, tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
kelmarin bagai nak mati,
akibatnya dua hari menghilang..

Hehe..

Hari-hari hidup aku diuji dengan pelbagai dugaan dari Yang Maha Esa. Alhamdulillah, dah bertambah baik kalau nak dibandingkan ahad lepas. Memang macam orang nak mati aku dibuatnya.

Ternyata, dua hari aku menghilang mesti kat ofis sana rindukan aku kot. Hehe.

Itulah akibatnya dulu, aku nak sangat turunkan berat badan. Sekarang ni memang mendadak turun berat badan aku, daripada aku demam hari tu sampai hari ahad lepas aku kena lagi. Fuhh, ternyata memang impian aku dapat turunkan berat badan walaupun tak dapat kuruskan badan ni. Hehe.

Tak tahu lah kenapa asyik sakit je dua tiga hari ni, rasa macam ada je yang tak kena.

Aku rasa tak sedap hati sekarang ni, aku rasa macam sesuatu yang akan terjadi tapi tak tahu apa, tapi aku harap-harap tak ada yang buruk akan terjadi. Haraplah jangan.

ermm...Muthafader!!

Friday, August 7, 2009

Setahun Sudah Berlalu

Hari ini, 6 Ogos 2009 adalah tarikh di mana setahun sudah pemergian insan yang disayangi, arwah ayahanda aku.

Setahun sudah dia pergi, masih lagi rasa kehadiran dia.

Sangat-sangat rindukan dia.

Sunday, August 2, 2009

Im Not Here To Cry

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera sekali lagi..

Setelah beberapa hari blog aku tidak diusik dan di update, baru sekarang ni aku terasa ingin update. Atas urusan kerja yang sangat sibuk kebelakangan ini, hampir lupa aku kepada blog ini.

Alhamdulillah, akhirnya sudah sebulan aku berjuang walaupun banyak perlu aku belajar tapi disamping itu, ada juga perkara lain yang aku perolehi.

Hari demi hari, kehidupan aku berubah. Tidak seperti dulu, banyak membazir masa dan waktu. Sekarang ni baru aku tahu erti kehidupan sebenar. Alhamdulillah, peristiwa silam yang lalu membuatkan aku semakin banyak berfikir tentang kehidupan, walaupun perit, pedih, sakit dan bermacam lagi tetapi aku masih lagi di sini. Alhamdulillah.

Seperti yang aku ketahui, sudah hampir setahun pemergian orang yang paling aku sayangi iaitu arwah ayahanda aku. 6 Ogos ini genaplah setahun pemergian dia dan pada waktu ini, aku sangat-sangat merindui arwah. Pejam celik, sudah setahun dia pergi meninggalkan kami. Bulan ini juga akan masuk bulan Ramadhan, dan aku rasa sebak sangat kerana tahun kedua aku sekeluarga sambut bulan Ramadhan tanpa kehadiran seorang insan yang bernama AYAH.

InsyaAllah, aku akan kuat hari demi hari kerana aku tidak mahu dia terseksa di sana.

Terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan seperjuangan yang sudi memberi aku kekuatan untuk terus maju ke hadapan. Semoga Allah S.W.T balas jasa baik anda semua.......

AL - FATIHAH - YASMIN AHMAD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 25 Julai, kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang insan seni yang paling aku kagumi selama ini, iaitu Yasmin Ahmad. Pemergiannya adalah satu kejutan di mana selama ini kita lihat beliau begitu aktif menghasilkan karya-karya yang sangat bagus sekali.

Biarpun aku hanya mengenali beliau melalui filem-filem dan iklan-iklan beliau, tapi aku rasa, aku amat dekat dengan beliau. Ini kerana, karya-karyanya itu menerapkan elemen kasih sayang antara kita sesama manusia. Bagi beliau, tiada jurang antara kita sebagai manusia, sama ada Melayu, Cina, India, bagi beliau semuanya sama. Aku boleh katakan dengan ringkas, perjuangan beliau ibarat seperti Michael Jackson.

Aku berharapan dapat bertemu dengan beliau sebelum ini kerana aku ingin berkongsi apa yang beliau ada kerana apa yang ada dalam fikiran beliau, tidak semua dapat berfikir sebagaimana beliau berfikir. Beliau satu dalam sejuta.

Beliau pernah berkata

" I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink. "

Petikan daripada kata-kata beliau..

Aku ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH............................

Legasi Yasmin Ahmad tetap ada. Yasmin Ahmad tetap hidup melalui filem-filem beliau dan iklan-iklan beliau.