Sunday, August 2, 2009

Im Not Here To Cry

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera sekali lagi..

Setelah beberapa hari blog aku tidak diusik dan di update, baru sekarang ni aku terasa ingin update. Atas urusan kerja yang sangat sibuk kebelakangan ini, hampir lupa aku kepada blog ini.

Alhamdulillah, akhirnya sudah sebulan aku berjuang walaupun banyak perlu aku belajar tapi disamping itu, ada juga perkara lain yang aku perolehi.

Hari demi hari, kehidupan aku berubah. Tidak seperti dulu, banyak membazir masa dan waktu. Sekarang ni baru aku tahu erti kehidupan sebenar. Alhamdulillah, peristiwa silam yang lalu membuatkan aku semakin banyak berfikir tentang kehidupan, walaupun perit, pedih, sakit dan bermacam lagi tetapi aku masih lagi di sini. Alhamdulillah.

Seperti yang aku ketahui, sudah hampir setahun pemergian orang yang paling aku sayangi iaitu arwah ayahanda aku. 6 Ogos ini genaplah setahun pemergian dia dan pada waktu ini, aku sangat-sangat merindui arwah. Pejam celik, sudah setahun dia pergi meninggalkan kami. Bulan ini juga akan masuk bulan Ramadhan, dan aku rasa sebak sangat kerana tahun kedua aku sekeluarga sambut bulan Ramadhan tanpa kehadiran seorang insan yang bernama AYAH.

InsyaAllah, aku akan kuat hari demi hari kerana aku tidak mahu dia terseksa di sana.

Terima kasih tidak terhingga kepada kawan-kawan seperjuangan yang sudi memberi aku kekuatan untuk terus maju ke hadapan. Semoga Allah S.W.T balas jasa baik anda semua.......

No comments: