Sunday, August 2, 2009

AL - FATIHAH - YASMIN AHMAD

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Pada 25 Julai, kita telah dikejutkan dengan pemergian seorang insan seni yang paling aku kagumi selama ini, iaitu Yasmin Ahmad. Pemergiannya adalah satu kejutan di mana selama ini kita lihat beliau begitu aktif menghasilkan karya-karya yang sangat bagus sekali.

Biarpun aku hanya mengenali beliau melalui filem-filem dan iklan-iklan beliau, tapi aku rasa, aku amat dekat dengan beliau. Ini kerana, karya-karyanya itu menerapkan elemen kasih sayang antara kita sesama manusia. Bagi beliau, tiada jurang antara kita sebagai manusia, sama ada Melayu, Cina, India, bagi beliau semuanya sama. Aku boleh katakan dengan ringkas, perjuangan beliau ibarat seperti Michael Jackson.

Aku berharapan dapat bertemu dengan beliau sebelum ini kerana aku ingin berkongsi apa yang beliau ada kerana apa yang ada dalam fikiran beliau, tidak semua dapat berfikir sebagaimana beliau berfikir. Beliau satu dalam sejuta.

Beliau pernah berkata

" I am optimistic and sentimental to the point of being annoying, especially to people who think that being cynical and cold is cool. Everyday, I thank Allah for everyday things like the ability to breathe, the ability to love, the ability to laugh, and the ability to eat and drink. "

Petikan daripada kata-kata beliau..

Aku ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AL-FATIHAH............................

Legasi Yasmin Ahmad tetap ada. Yasmin Ahmad tetap hidup melalui filem-filem beliau dan iklan-iklan beliau.

No comments: