Thursday, September 24, 2009

1 Syawal

Assalamualaikum....Salam Aidilfitri

Sudah raya kelima, baru aku nak tulis.

Tengok kawan-kawan punya blog, semuanya sambut raya dengan meriah siap upload gambar lagi. Aku pula nak letak gambar, memang tak ada gambar. Raya aku tahun ni nak kata meriah tidaklah sangat, nak kata tak meriah, taklah sangat. Sederhana sahaja. Tahun ni aku rasa mood nak raya tu baru nak ada tapi baru nak ada tu kira-kira baru 20% kot.

Macam biasa, malam raya aku tidak ikut geng-geng surau untuk bertakbir kerana aku busy dengan rumah, nak kemas itu, kemas ini. Tenaga pun tak ramai, aku sorang je lelaki. Syukur Alhamdulillah raya tahun ni aku berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Bila takbir bergema, terasa sebak dan sayu dalam diri aku, walaupun aku tidak tunjuk melalui zahir tapi sebaik takbir di televisyen bergema, sedih sangat rasanya. Aku sujud syukur ke hadrat illahi kerana aku dapat menyambut Aidilfitri.

Well, besoknya lewat sikit aku bangun dalam pukul 7.45 pagi. Mak aku dah angin, aku tak bangun-bangun lagi, aku tabahkan diri bangun dan mandi untuk ke surau sembahyang raya. Baju raya aku tahun ni warna hitam, dan aku masih lagi dalam situasi berkabung. Aku rasa hitam itu adalah sesuatu yang istimewa dalam kehidupan aku sekarang ni.

Balik je rumah selepas sembahyang, aku terus bersiap-siap untuk ke pusara ayah dan juga atuk. Taklah jauh pun, hanya seberang taman perumahan aku sahaja. Semasa dalam perjalanan, hati aku makin lama makin sayu dan sebak. Aku hanya boleh pendam sahaja kerana aku tak nak tengok mak aku ikut sekali sedih. Punyalah ramai kat tanah perkuburan sampai aku nak menangis ke sedih pun fikir 2-3 kali.

Tapi apa yang aku rasa kurang berpuas hati kerana aku tengok kebanyakan orang-orang tidak menghormati tanah perkuburan. Aku tengok daripada gelagat-gelagat manusia pada masa itu, aku tengok mereka seolah-olah macam bersuka-ria kat situ. Isskhhh, bagi aku rasanya tidak elok kot. Boleh dikatakan tidak ada rasa keinsafan langsung. Tanah perkuburan itu adalah tempat bersemadinya orang yang telah meninggal dunia, dan juga dapat memberi keinsafan kepada kita yang masih hidup dan bernyawa. Siapa nak jawab?? Aku nak kata diri aku ni bagus sangat tidaklah cumanya aku cuma memberi pendapat aku sebab aku melihat depan mata aku sendiri.

Lastly,

Aku ingin memohon keampunan, seribu kemaafan sempena bulan mulia ini kepada semua yang mengenali diri aku sama ada jauh atau dekat. Jika aku ada terkasar bahasa, tersilap kata harap diampun. Aku sedar, aku juga manusia biasa, sentiasa membuat kesilapan. Aku juga tidak mahu bulan Syawal yang mulia ini jadi Syawal yang terakhir buat aku.

No comments: