Thursday, July 17, 2008

Penantian terlalu istimewa

salam..

lagi beberapa hari lagi
ibu bapa aku akan berangkat
ke tanah suci mekah..
aku semakin rasa berat hati,
nak berpisah sementara dengan
ibu bapa aku..
sebalik tu aku rasa gembira
kerana sampai juga hajat mereka
walaupun hanya menunaikan umrah..
kira oklah tu..
hihihi...

semalam memang seronok,
ayen datang kolej memeriahkan
suasana..
dapat borak-borak cerita best..
ahahaha..

Alhamdulillah,
sabtu nanti ramailah mengiringi
kami sekeluarga..
makcik aku sekeluarga..
aku rasa sedih sekarang nie,
ibu bapa pergi Mekah,
akulah sekarang bertanggungjawab..
aku berdoa supaya ibu bapa aku,
selamat pergi, selamat balik..
Amin..

xde apa nak kata,
aku harap mak bapak aku,
doakan aku supaya tak jadi
macam sial..
aku ni kan evil gila..
ahahaha..
aku minta mereka doakan
supaya hati aku tenang..
ehehehe..
maknanya di sebalik kesedihan,
ada kegembiraan..
ahahah..
ada dua bijik kereta tue..
boleh lah kalau nak pergi mana-mana..
ahahah..
jahat gila aku..

xde apa nak tulis..
blah..pergi berak!

salam..

Wednesday, July 16, 2008

WTF!!!


salam..

hari yang agak malang sikit,
mengapa lah aku nak malu,
sialan btul..
peluang dah ada depan mata..
kiwak!!!!

ahahaha..

dh kata nak temankan sue,
yang hang pandang saje mengapa,
penakut punya jantan..
ahahah..

ceh,
ada plak yang mengacau tadi,
si dua manusia itu pulak,
kang dia bawak cerita plak,
heheheeh..

takpelah,
next time kalu ada,
aku akan datang temankan..
ahahaha...

penantian ni,
menyakitkan aku..
sialan..
lagi beberapa hari jer..
mulai esok,
ramailah sedara-mara
akan ke rumah..
akan menyemaklah jawapnyer..

tak tahu lah nk tulis apa..
blah la..
bye!

Tuesday, July 15, 2008

Selamat Pagi Taman Selasih

salam..

pagi yang indah,
aku bangun awal,
pertama kalinya..
ahaha..

tak banyak aktiviti hari ni,
nak temankan mak aku pergi
shopping sikit untuk bekalan
ke tanah suci..
bangun je terus aku check
kot-kot sue online..
ahahaha..
gila babun aku nie..

cerita pasal semalam,
kolej aku ada rasmi
basement baru..
macam palat,
canggih tp yang hairan tu,
mana diorang dapat duit banyak tu?
ehehe..
sial je rasanya,
buadak-budak baru rasa bestlah..
kitorang yang macam kimak
rasa..

aku tak biasa bangun awal..
ahaha..
rasa macam nak tidor lagi..
ahahha..

oklah,
next time tulis lagi..
blah pergi berak..

Harapan Setinggi Gunung


salam..

penantian hampir tiba,
tak lama lagi ni akan tiba hari sabtu,
sedih rasanya,
gembira pun ada,
perasaan bercampur-baur..

nak kata aku menyesal,
tak ada la kot,
aku buat apa yang patut,
mungkin dia tak percaya kat aku
agaknya,
lepas apa yang terjadi kat dia..

aku tidaklah mengharap sangat,
cuma kalau 'terjadi',
aku tak sia-siakan,
Insyaallah..

lately,
aku banyak fikir pasal masa depan,
macam-macam dalam kepala otak aku
ni..
ada yang beri cadangan,
sambung degree,
buat master..

aku hanya gelak sahaja,
memang bagus,
ada cita-cita sebegitu,
aku ni pun rasa memang ada niat
nak sambung..
kalau ada rezeki,
Insyaallah..

apa nak jadi pun,
aku nak habiskan diploma dulu,
baru fikir lain..
aku ni pun bukanlah manusia
yang pandai..
ahahaha..
dah takdir..
habis kakak aku bolot kepandaian..
ahahah..

ada suruh aku sambung kat
cosmopoint,
lim kok wing,
macam-macam tempat..
kalau ada rezeki,
aku nak sambung kat
akademi seni kebangsaan,
aku nak jadi pengarah,
satu hari nanti..
Insyaallah..
semua itu hanyalah rancangan, impian,
Allah yang tentukan..

orang banyak bercakap pasal blog,
aku baru je jinak-jinak guna
blog,
bagi aku,
blog ni adalah tempat untuk meluahkan
segala-galanya..
memang tak terkejutlah kalau ada
yang mengutuk ke apa..
mungkin itu isi hati mereka,
dan ada juga yang ambil
kesempatan..
tak tahulah..
sampai sultan murka
pulak..

macam-macam benda jadi
sekarang ni,
tak tahulah apa nak jadi..
orang tu kutuk orang ni,
orang sana kutuk orang sini,
ceh..
entah apa-apa,
macam budak-budak,
malu je negara lain tengok..
aku bukanlah nak sokong sesiapa
cumanya nak nasihatkanlah,
be matured sikit,
nak berpolitik pun
biarlah beradab,
malaysia dah merdeka
51 tahun,
entahlah..

kalau aku cakap lebih-lebih,
kena gam plak,
ISA panggil aku..
ahahah..
pesanan kepada kerajaan
Malaysia,
termasuk pembangkang,
dibangkang or whatever,
berpolitiklah secara
beradab,
malaysia sekarang orang dah
pandang tinggi,
tunjukkan pada mereka apa
kita ada yang mereka tak ada..
apa-apapun ingatlah
perjuangan mereka yang lepas-lepas,
mereka bersusah payah mencari
kemerdekaan untuk kita..
renungkanlah,
UMNO, PAS, PKR, DAP dan
sebagainya...

penat aku menaip,
kepada 'sue' bukan nama sebenar,
saya memang ada sedikit perasaan
kat awak..
hehehe..
tapi saya takde lah terburu-buru,
saya memang ikhlas nak berkawan dengan
awak..
semuanya terjadi secara tak sengaja,
bila satu hari tu saya nampak
awak tunggu bas seorang diri..
eheheheh..
harap awak dapat membaca blog saya satu hari
nanti..
hehehe..

tak tahu apa nak tulis ni..
blah lah..
bye..

Sunday, July 13, 2008

Permulaan yang baru


salam..

tinggal seminggu je,
sebelum ibu bapa aku berlepas ke Mekah,
rasa sedih pun ada,
rasa gembira pun ada,
Allah je yang tahu..

sebelum merepek lebih lagi,
aku bersyukur sangat-sangat,
sejak dua menjak ni,
kehidupan harian aku
bertambah baik,
bukanlah sempurna tapi
oklah..

aku mendapat inspirasi,
ingin menubuhkan sebuah kugiran a.k.a band,
tengah mencari-cari ahli
yang berbakat,
aku berdoa banyak-banyak,
niat aku ni tercapailah
tanpa ada halangan..

pencarian aku baru sahaja
mencapai 40%,
amir dah setuju nak join
kalau nama band die yang taruk,
ehehehe..
kawan sekolah aku,
falihin a.k.a jalut
pun sama bersetuju ingin join,
minggu depan nak duduk berbincang
dengan dia..
harap-harap dia setuju cadangan aku..
minta-mintalah..

next time,
aku tulis lagi,
tak tahu nak tulis apa..

Wednesday, July 9, 2008

Leganya

salam

hari dilalui seperti biasa,
tanpa ada sebarang kesulitan,
baru hari ini aku sedar,
mengapa banyak benda berlaku,
memang ada hikmahnya.

aku terkenang balik kata-kata seorang yang aku kenali,
"Tuhan sayang kat kita,
sebab itu Dia bagi banyak dugaan
dan rintangan pada kita,
Dia nak kita rasa susah,
Dia nak kita rasa rendah diri,
Dia nak kita rasa bersyukur,
Dia nak kita belajar melalui pengalaman.
Orang yang sentiasa senang,
mereka tidak merasa semua itu,
suatu hari bila dah kena,
baru mereka merasa."

aku memang akan ingat kata-kata ni,
sampai aku mati,
aku rasa bersalah kerana mementingkan
diri sendiri sebelum ni,
tak mengambil berat,
tak menghiraukan,
hanya kisah pasal hal sendiri sahaja.

sekarang ni barulah aku tahu erti sebenar kehidupan,
Alhamdulillah aku sedar tepat pada masanya..

Saturday, July 5, 2008

Dah Sampai Seru


salam

long time dah lama tak menulis,

very the busy,

buat itu,

buat ini..


bulan yang indah,

my father just got anugerah,

for his work to goverment,

30 years lorr..


and then got some good news,

for his 30 years,

they rewarded my father go umrah at Macca,

and the surprise is,

bawa mak sekali..


aku as a anak mestilah rasa gembira,

kerana pergi ke sanalah yang selalu diperkatakan,

Alhamdulillah,sampai seru kedua orang tua ku..

amin..


aku harap mereka selamat pergi dan selamay pulang,

Insyallah..


akhirnya aku rasa tenang,

kerana apa yang erjadi sebelum ni,

ada hikmahnya,

dan aku rasa sangat bersyukur..

amin..


semester kali ini tak sibuk sangat,

cuma nak berubah,

tak nak hancurkan harapan mak aku,

kesian dia..


pernah seseorang berkata dengan aku,

kerja ikhlas,

amalan mulia,

hehehe...


next time akan ku sambung coretan ku ini..


salam..