Tentu ramai tertanya-tanya apa maksud aku dengan 5 tahun ni. Aku jalin hubungan dengan aweks ke, aku sakit ke. Salah semua tu. Yang pasti, aku masih available. Tapi, bukan itu yang aku nak cerita kali ni.
Kepada yang mengenali aku, mesti mereka-mereka tahu yang aku pernah menjaga atuk aku tak kira lah kawan waktu zaman persekolahan atau zaman IPT. Inilah apa yang dimaksudkan aku, 5 tahun yang bermakna menjaga arwah atuk aku. Aku saje nak berkongsi pengalaman aku je.
2 hari lepas, aku bersama-sama keluarga saje je teringat kisah-kisah lalu semasa menjaga arwah atuk aku. Aku start jaga dari tahun 2002 sehingga akhir 2007.
Nak kata jaga orang tua ni sebenarnya taklah susah sangat. Ramai yang seolah-olah macam tak sanggup nak jaga mereka kan? Aku ni start form 2, atuk dah mula kami jaga. Mula-mula tu rasa macam belum biasa kan, yela benda baru nak sesuaikan diri tu kena ambil masa.
At last, baru sedar, taklah susah sangat jaga orang tua ni. Aku rasa seronok gila. Cuma bila diorg sakit je, kita kena sabar sikit. Menjaga orang tua ni kira macam jaga budak keciklah walaupun aku takde adik tapi bolehlah.
Macam arwah atuk aku, senang sikit. Sebab, dia makan sendiri, mandi sendiri semua buat sendiri tapi kita kena tengoklah kan. Walaupun umur dia dah cecah 100++, Allah s.w.t panjangkan umur dia.
Well, takdelah semuanya senang. Ada jugak masa-masa yang susah tapi itu semua biasalah kan. Jaga orang tua. Memang banyak kerenah, tulah aku kata mcm jaga budak keciklah. Hehehe!! Kalu nak cerita secara details, aku rasa sampai esok pun tak habis.
Aku cukup hormat cara hidup arwah atuk aku ni. Dari dia muda tak pernah minum air berais, mungkin sebab tu umur dia panjang kot. Lagi satu dia sangat berdisiplin, bayangkan setiap hari pukul 3 pagi dia bangun pastu mandi and then dia beramal.
Bila dia dah start macam sakit-sakit tu, kami menasihati dia agar dia tak terlalu awal masuk bilik air mandi. So, aku suruh dia mandi dalam pukul 6 camtu, taklah dia kesejukan. Mula-mula tu dia macam tak boleh ikut. Yela kan, bayangkanlah itulah rutin harian dia dari muda. Dengan tiba-tiba nak ubah. Tapi aku cakap elok-elok dengan dia. Alhamdulillah, dia ikut juga.
Mak aku pernah sound aku, kenapa tak ikut cara hidup macam arwah atuk aku. Walau apa jadi pun, bangun awal setiap hari. Aku ni jenis manusia yang suka bangun lambat. Hehehe!!
Lepas tu, 1st Aidilfitri aku sambut bersama arwah atuk aku. Aku rasa macam best sebab apa, sebelum ni aku akan ke rumah atuk aku tapi kali ni atuk aku ada kat rumah. Rasa seronok sangat. Hehehe!!
Arwah atuk aku ni jenis yang suka bercakap, i mean maksud aku suka bercerita. Kadang tu, aku selalu berborak dengan dia. Walaupun dia tak nampak tapi dia jenis yang suka bercerita. Best tau sebab apa, aku belajar bahasa jawa sikit-sikit dengan dia.
Pasal kebersihan, well semua orang tahu kan kalau orang yang dah tua mesti ada masalah itu kan? Itu biasalah beb. Hehehe!! Alah bisa, tegal biasa. Taklah teruk sangat. Aku dh tengok macam-macam.
Bayangkan, 5 tahun kami sekeluarga menjaga. 5 tahun kami tak pulang ke Johor, kampung sebelah arwah ayah aku. Tapi kami tak kisah pun sebab apa, walau camner orang lain tak nak tolong jaga pun, kami tetap redha sebab apa, kami akan jaga dia selama-lamanya. Tu je!!
Aku sangat rasa bersyukur kerana dapat jaga arwah atuk aku sampai akhir hayat dia. Orang lain nak kata macam-macam pun katalah janji dalam masa 5 tahun tu, aku sekeluarga rasa puas jaga dia. Dulu aku selalu marah-marah bila tak dapat keluar rumah pergi enjoy berseronok dengan kawan-kawan tapi selepas aku merasa menjaga arwah atuk ni, aku rasa aku nak lekat je kat rumah. Korang paham tak ni. Hahaha!!
Masa saat-saat akhir, arwah atuk aku mula dah jatuh sakit, cakap macam-macam. Aku ingat lagi, masa tu aku nak pergi ke kolej antar assignment tapi bila atuk aku mula cakap pelik-pelik aku terus tak jadi pergi. Akhirnya.............
Tepat jam 11.00 - 11.15 malam 11 Disember 2007, atuk aku menghembuskan nafas terakhir dia. Hanya kakak aku sorang je dengan anak-anak arwah atuk aku yang menghadap dia. Aku buat apa? Aku sedihlah, apa lagi nak buat. Boleh tahan jugalah aku meraung masa tu, menahan sebenarnya. Walau camner pun, masa tu aku redha arwah atuk aku pergi tapi apa yang buatkan aku kuat masa tu, aku rasa puas kerana aku sekeluarga dapat menjaga dia walaupun jangka masanya hanya 5 tahun. Bagi akulah, kami sekeluarga yang menjaga dia paling bagus, kata orang 1st class lah. Hehehe!!
Aku bukan nak touching2 bak kata org, tapi aku cuma nak berkongsi sahaja menjaga orang tua ni. Ramai kata jaga orang tua susah. Actually, mana ada susah. Bagi aku, senang je.
Walau camner pun, kita sebagai anak-anak, janganlah membelakangkan ibu bapa. Aku pernah ingat kata-kata hamba Allah sorang ni,
"Ibu bapa sanggup berkorban demi menjaga anak-anak tapi tak semestinya semua anak-anak itu sanggup berkorban demi menjaga ibu bapa mereka".
Aku bukan nak mengaibkan sesiapa, aku cuma mahu berkongsi cerita sahaja pengalaman menjaga orang tua ni. Cuma sekarang ni bila teringat balik, aku jadik lebih sedih sebab apa, belum sampai setahun arwah atuk aku pergi, bapak aku dah menyusul pergi selama-lamanya. Tu bagi aku dugaan besar dalam hidup. Betul beb, kadang aku menangis sorang-sorang. yela, orang kata lelaki ni tak nampak hensem bila menangis, takde kotek bila nangis. Lantak ko lah nak cakap apa. Korang tak merasa lagi apa yang aku rasa.
So, aku rasa nak berpesan kepada siapa yang kenal aku supaya
hargailah ibu bapa anda sebelum mereka menutup mata. Macam aku ni, orang nampak aku gembira, cool, tak sedih apa semua tapi tu semua luaran sahaja. Dalaman? Semua tak tahu. Aku ni malas actually nak tunjuk sedih-sedih, walau camner pun, aku kena kuat sebab apa, aku masih lagi ada mak. Aku harus kuat demi mak aku, that's all.
Kata mak aku, apa yang terjadi kat hidup kita ni, boleh dijadikan sebagai pengajaran, sebagai panduan untuk lebih kuat dan tabah di masa hadapan.