Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul

ASSALAMUALAIKUM.

12 Rabiulawal tarikh kelahiran junjungan mulia kita Rasullullah Muhammad SAW akan jatuh bersamaan hari Isnin 9 March 2009.
Bersempena tarikh mulia ini, aku sebagai umat Muhammad, apa kata kita dalam dunia penuh kecanggihan ini mencari cerita Baginda junjungan kita ini untuk kita terap dalam kehidupan kita.
Mungkin dalam kesibukan, kita lupa akan tanggungjawab kita untuk menjadikan Baginda sebagai contoh terbaik.
Janganlah sambutan Maulidur Rasul ini dijadikan sebagai hari cuti sahaja tanpa menghayati keperibadian dan kepimpinan Baginda.
Banyak-banyakkan selawat keatas Baginda, sahabat dan keluarga Baginda di samping puji-pujian keatas Pencipta kita ALLAH SWT.
Aku dengan sengajanya ingin menjemput geng-geng semua melayari laman web ini (klik di sini) untuk mengetahui Sirah Junjungan kita. Wassalam.

No comments: