Monday, March 9, 2009

Peribahasa "Menjaga Tepi Kain Orang"

Alhamdulillah,

Selesai sudah sambutan Maulidur Rasul kawasan rumah aku malam tadi, tolong apa yang patut biar majlis jadi lebih lancar.

Selesai je majlis, aku just lepaking dengan brader-brader berburak-burak kosong.

Dengan rasa tak sengajanya, topik "menjaga tepi kain orang" timbul.

Simpulan bahasa ini sebenarnya ditujukan kepada orang yang lebih sebok dengan hal orang lain atau kelemahan orang lain tetapi melupai atau mengabaikan urusan sendiri yang sepatutnya diselesaikan. Rangkaikata tersebut sebenarnya lain yang disebut, lain yang dikehendaki. Maksud yang dikehendaki ialah "jangan mengganggu tepi kain orang lain".

Apa yang aku cuba sampaikan ini adalah, tak salah sebenarnya jika kita menjaga tepi kain orang. Ia sebenarnya suatu amalan yang baik dan bertanggungjawab. Inilah amalan yang sememangnya dilakukan oleh masyarakat dahulu yang dikategorikan sebagai kerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Dalam ajaran Islam juga amalan ini disuruh peraktikkan atau hayati di dalam masyarakat. iaitu terangkum di dalam suruhan melakukan perkara makruf dan mencegah kemungkaran.

Contohnya kalau kita hidup bermasyarakat. Tak salah kalau kita ambil tahu pasal jiran-jiran sebelah. Maksud aku, tidaklah mengambil tahu pasal hal-hal dalam kain. Ambil tahu mereka sudah makan ke tak pun kot-kot kalu mereka susah ke perlu pertolongan dari segi apa ke.

Itu aje. Setiap kali hidup bermasyarakat, mesti ada punya jiran-jiran yang memang suka jaga tepi kain orang yang melampau-lampau. Itu tak boleh dinafikanlah. Kalu orang camnie takde, semua baik-baik jelah. Nothing is perfect in this world. Cehwah, speaking pula.

Dengan orang-orang camni, dengan hanya mendiamkan diri sahaja adalah perkara yang baik sebab apa, kalu kita melatah dengan apa yang dia cuba perkatakan maka dia akan jadi lebih suka dan suka lagi.

Ada juga kebaikannya orang-orang camnie. Bagi aku, sifat terlalu mengambil tahu itu membuatkan rasa diri kita macam diambil berat, itu sahaja tapi kalau dah melampau-lampau tu memang takleh dielakkanlah, bunuh je. Hahahaha. Gurau je.

Well, malam tadi aku telah mempelajari sesuatu pasal hidup bermasyarakat ni. Aku admit, sebelum ni aku mana faham sangat pasal benda-benda camnie. Tak sia-sia lah malam tadi aku lepaking terlalu lama, syok sangat burak. Kaum-kaum ibu juga malam tadi balik lewat benar, satu rekod sebenarnya. Hahahaha!!

3 comments:

AmY said...

kadang-kaadang berdiam diri lebih baik dari berkata-kata

:: bebellan sOfeea :: said...

mcm mane plak kalo mcm kami para blogger yg mengikuti blog kamoo?? adekah sprti org yg suke kaco tepi kain org?? huhu..

Shukri said...

hehehe..

kaco skit2 xper,
kiranya mengambil perhatian lah...

jgn jaga dalam2 dahlah smpi hal2 peribadi pun nak kaco..
tu je..

mekasih..
ahahahhaha