Aku tengah belajar di Cosmopoint Jalan Raja Laut atau nama gelinya KLMUc. Kat sini, aku jumpa kawan-kawan baru.
Di kala tengah kebosanan ini, aku saje tulis nama kawan-kawan aku beserta dengan ciri-cirinya.
1.
Abdul Rahman Bin Sajat ( nama panggilan 'Man' )
- Antara kawan yang aku rasa paling sihat, kuat makan, kuat surf internet dan segala-galanya kuatlah kot. Dia ni lah start membahan aku sampai sekarang ni, ahahaha.
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni open minded kot, aku cerita apa-apa pun dia layankan je. Hahaha....
2.
Arisyuan Bin Morzailan ( nama panggilan ' Syuan' )
- Mula-mula aku kenal mamat ni, pendiam aje. Tak banyak cakap, tak membantah, paling best kalu sama-sama berasap. Tapi lama-lama tue, belang dah naik, dalam hati aku kata, "Oh, gini rupanya arisyuan". Hahaha
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni open minded jugak, saling membahan antara satu sama lain. Hahaha..
3.
Alex Imbap ( nama panggilan 'alik', 'alex', 'Ibs' )
- Dia ni asal dari Sarawak, antara yang paling otai. Dia ni nak kata lurus, bukan cuma dia ni blur gila kot. Ada kata-katanya kekadang buat aku dan yang lain tak paham langsung. Dia ni kaki game.
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni sering berkata-kata yang luarbiasa. Membuatkan aku dan yang lain nak gelak. Hahaha..
4.
Shazri ( nama panggilan 'ayen', 'skeleton king' )
- Ceh mamat ni, pandai menjawab je. Susah nak kenakan dia ni, ada je yang nak dikatanya. Rasanya kalu dia ni takde agaknya sunyilah kot, kalu tidak Man mesti nak gelak.
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni takde kerja lain nak bagi aku dan yang lain nak gelak. Hahaha..
5.
Sam ( nama panggilan 'sam' )
- Orang pertama aku jumpa masa aku mula-mula jejak cosmo. Dia ni minat kereta, pantang dengar bunyi ekzos 'vroommmmmmmmmmmmmm'. Dia ni selalu datang awal tapi balik lambat.
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni senang nak berborak, kalau aku datang awal ke dia ni mesti ada. Hahaha..Jangan marah Sam...
6.
Fixie ( Fixie sahaja )
- Haa..mamat ni memang market, suka snap gambar. Nampak pendiam tapi haa, bila belang dah keluar, sama je macam Syuan. Hahaha...
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni tak cepat melatah, aku dan yang lain cakap apa-apa pun, no respon. Hahaha...
7.
Shahrin ( nama panggilan 'rin' )
- Mamat ni pertama kali tengok macam poyo berlagak, dengan rambut serabai nak mampos. Dah kenal, baru tahu dia ni meminati genre black, death metal. Peminat setia Cradle of Filth. Sekarang dah tubuhkan band baru , 'Dying For Autopsy'. Pernah juga jadi sessionist sementara untuk 'The Times'. Lastly, dia ni memang sengal nak mampos. Hahaha..
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni suka merepek, melalut ntah apa-apa. Cara cakap slow je tapi sengal nak mampos. Hahaha..
8.
Bob ( Bob sahaja )
- Aku agak terkejut bila tahu umur dia 27 ke 28 ( sori bob, aku lupa ). Mamat ni suka fotografi, minatnya ke arah itu memang kuat sehinggakan sanggup menabung demi memenuhi kehendak kamera dia. Umur pun dah lebih daripada kitorang, kematangannya memang terserlah kot. Nampak je macam sengal-sengal, tapi nasihat dan kata-katanya memang bernas.
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni baik, pendengar yang baik. Selalu kata aku 'gedik'. Hahaha...
9.
Ajak ( Ajak sahaja )
- First aku tengok mamat ni, macam anak datuk, ke sana sini. Tapi bila dah berkawan dengan dia, sempoi je, perangai dia sama macam aku kot. Hahaha...
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni senang nak bercakap dan apa-apa topik.
10.
Capek ( nama panggilan 'harry potter' )
- Mamat ni pandai melukis. Dia ni nampak pendiam, ada je kesengalannya. Hahaha.. Memperkenalkan aku dengan ayat, 'ibawat'.
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni cepat melatah kot. Hahaha...
11.
Ant ( ant sahaja )
- Dia ni artis indie. Main gitar untuk band 'Julies Goes Overseas'. Orangnya sempoi dan ada sikit persamaan dengan aku. Ant agak sensitif kot kadang-kadang.
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni senang nk berborak tentang apa-apa topik. Sempoi. Hahaha..
12.
Izzat ( Izzat sahaja )
- Sahabat sejati Ant, selalu menunggang, merempit bersama-sama. Dia ni cool, sempoi dan sengal. Hahaha..
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni suka cakap nogori, merepek jugak kadang-kadang. Hahaha...
13.
Amir ( nama panggilan 'kapten' dan yang terbaru 'pak munawer' )
- Mamat ni memang suka merepek. Hahaha..tu je..
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni suka merepek dan selalu sengal. Hahaha...
14.
Bazlee ( Lee sahaja )
- Dia ni aku rasa seorang yang peka, kalau dia kata tak nak tu, janganlah suruh dia kata ya..
- Antara yang paling aku rasa senang nak hang out dengan mamat ni adalah dia ni suka buat lawak dengan cara tersendiri. Hehehe...
Aku memohon kemaafan kalau ada tersalah taip ke atau apa-apa, pada yang tidak tertulis namanya tu, aku memohon maaf lagi sekali. Mungkin aku akan update kan di lain masa. Tak bermakna korang bukan kawan-kawan aku.
hehehe..