Lama gak aku tak menyentuh blogger ni, lepas kali terakhir aku post pasal kawan-kawan tuh. Hujung minggu yang lalu antara yang paling sibuk sampai aku hampir-hampir nak demam. Tak sempat nak study dengan betul.
Hari sabtu, pagi-pagi jugaklah ( hahaha ) aku bangun. Dah plan dari mingu lepas, hari sabtu nak pergi upgrade kubur arwah ayah aku, dah masuk 3 bulan lebih. Naikkan batu, pastu letaklah nama biar ada tanda supaya senang kalu saudara-mara nak ziarah. Aku ingat nak jalan kaki je pi sana, seberang taman perumahan aku jer. Tapi ada pulak orang tak sedar diri ikut aku, terpaksa membazirkan minyak kete pi sana.
Haa..hari semalamnya aku dah diberitahu ada barbeque kt pos kawalan hari sabtu malam minggu. Cis, aku pening gak ni sebab hari ahad ada exam. Tapi takpe, makan free punya pasal, aku join juga. Hahaha..
Keesokkan harinya, pada mulanya aku ingat nak ikut bob pegi kolej tapi last minute cancel sebab aku rasa terlalu awal sangat kot ikut pukul 7 pagi. Hahaha.. Nasib baik ustaz ada, aku tumpang dia lah. Lepas exam apa lagi, enjoy sekejap je main pool. Hahaha... Noob!
Balik rumah, aku dah rasa lain. Kepala dah berat. Apa lagi, keje aku asyik tidur jelah. Hahaha..
Sekian sahaja nukilan hari ini,
Terima Kasih!!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
domam ke?
mam ubat keh
Post a Comment