Rules:
* Link to your tagger and post these rules on your blog.
* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
* Let them know they are tagged by leaving comment on their blog
fakta pertama;
Pemalas
Aku sejak kecik memang camni. Susah kalu nak suruh aku buat itu, buat ini. Bila dah disuruh, dipaksa, baru terhegeh-hegeh nak buat. Kadang, benda yang orang tak suruh buat, aku buat.
fakta kedua;
Bercakap sorang-sorang
Sejak zaman sekolah dah jadi camni. Aku perasan masa aku form 3, bila aku kat bus stop sorang-sorang. Aku asyik bercakap dari mula aku sampai hingga bas tiba. Sekarang ni dah upgrade, gelak sorang-sorang. Aku perasan bila aku tengah syok baring, dengan tiba-tiba aku gelak tapi bukan terbahak-bahaklah. Gelak comel! Hahaha!!
fakta ketiga;
Kuat tidur.
Haa!! Tahu takpe. Tidur itu adalah satu aktiviti wajib, tak pernah tinggal. Kadang orang lain tak boleh tidur, kena makan ubat batuklah, kena ganja lah. Aku simple je. Letak kepala kat bantal ke, baring kat sofa ke, kalu mind aku dah setting untuk tidur, 5 minit pastu memang selamatlah aku berada di alam mimpi. Hehehe!!
fakta keempat;
Kuat merepek.
Sejak sekolah rendah lagi aku suka merepek. Aku tak boleh serius sangat sebab aku rasa serius tu macam tak best. Taklah bermakna setiap perkara nak merepek, ada benda juga kena serius.
fakta kelima;
Suka bersendirian.
Semenjak aku jaga arwah atuk aku dulu, tabiat bersendirian ni memang dah jadi aktiviti wajib juga. Aku lebih suka bersendirian kat rumah, bukanlah aku tak suka dunia luar tu ke apa ke, aku rasa tenang duduk rumah. Kalau keluar pun, jalan-jalan je tapi dah lama tak buat aktiviti jalan sorang-sorang.
fakta keenam;
Suka menggelamun.
Aku pantang ada masa terluang, mesti nak khayal, berangan, duduk diam. kadang tengah drive kete pun boleh juga menggelamun. Tu kadang aku suk bawa mak aku kalu keluar pergi mana-mana sebab dia akan sound aku kalu aku tengah berkhayal. Hehehe!!
fakta ketujuh;
Suka habis masa dengan internet.
Semenjak kat uma aku ada internet, setiap hari jugala online. Sampai pernah sekali aku tak tidur berapa hari sebab main internet, time tu baru pasang. Aku demam teruk, ubatnya, aku tidur sehari suntuk sampai mak aku mengamuk. Hahaha!! Kalau dah sampai tahap bosan, aku mulalah suft yang bukan-bukan contohnya aku search kat google "hantu". Takpun cari video hantu kat Youtube.
7 people yg aku nak tagged;
Bob
Nunda
Dyana
Nad Eusoff Yaakob
tak cukup 7 la ngok!! ( hahaha )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Uiks. Kau tag aku. Kau pun kena tag. Sila ke blog aku.
Post a Comment