Semakin hari semakin dekat,
Semakin hari semakin tiba,
Semakin hari semakin hampir,
Apa yang aku cuba memperkatakan adalah hari yang aku tunggukan iaitu 100 hari pemergian arwah ayahanda tercinta. Sudah 3 bulan lebih pemergian ayahanda, masih lagi terasa juga kehilangannya.
Syukur Alhamdulillah, segala urusan sudah hampir selesai, cuma tinggal beberapa sahaja yang perlu dirisaukan. Ribuan, jutaan terima kasih kepada yang menolong terutama warga-warga FELDA yang bertungkus-lumus menyelesaikan hal-hal yang wajib dilakukan. Segala urusan memang sangat-sangatlah senang. Tiada apa-apa yang menghalang atau merosakkan.
Now I know what is 'responsibility'. Dulu aku langsung tak menyedarinya sehinggakan aku lupa, aku hanyut sementara, aku lemas. Sekarang, aku sangat-sangatlah memahaminya dari segala sudut dan aku masih lagi belajar memahaminya.
Aku sangat bersyukur kerana kawan-kawan sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada aku. Kerana itulah, aku masih lagi ada kat sini dan kerana itu juga aku harap aku akan menjadi semakin kuat, tabah. THANK YOU!!
Aku harus menjadi seorang yang berguna, bukan untuk siapa pun, untuk diri aku sendiri serta keluarga aku, ibunda dan kakak.
Aku juga sangat bersyukur sebab kawan sekolej aku, hafedzal sudah sembuh dan sudah menampakkan diri di kolej.
Yer, aku masih lagi belajar siapa diri aku,
aku masih lagi tercari-cari apa yang aku mahukan,
aku masih lagi mahu mendalami apa itu kehidupan,
dan aku juga mahukan apa yang terbaik untuk diri aku.
ITU SAHAJA................................................................................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
kamu akan jadi cepat matang..ada hikmahnye kan..
at least cepat belajar mcm mana nak handle time susah, time senang.
take gud care of ur family k...
my new url.
www.diarigadeschenta.blogspot.com
Post a Comment