Hari ini, aku terasa nak tulis pasal sesuatu. Aku cuba jelaskan dan cuba bayangkan satu pekerjaan yang aku rasa paling mencabar dan bagus iaitu, "Penggali Kubur".
Aku ada ziarah pusara ayah dan atuk, aku ada berjumpa dengan orang yang jaga kawasan kubur tu. Actually, tujuan aku nak ke sana cuma nak naikkan pusara ayah aku yang lebih 3 bulan. Nak naikkan batu sahaja, senang ada tanda. Aku dah lama tengok-tengok orang yang bekerja sebagai "Penggali Kubur", aku rasa pekerjaan mereka ni mencabar dan mulia. Itu bagi aku lah.
Ok, aku cuba jelaskan mengapa aku berkata sedemikian.
Yang pertama, bagi aku bila dah dikelilingi dengan kubur-kubur yang semuanya orang Islam, mesti rasa keinsafan tu ada dalam diri secara automatik. Ramai orang mesti ada rasa takut bila disebut kubur, rata-rata semuanya memang meremang bulu roma. Bagi aku, kubur ni adalah tempat jasad-jasad disemadikan, bak kata orang, "dari tanah kita dijadikan, dari tanah juga kita dikembalikan".
Yang kedua, bayangkanlah apabila kerja sebagai "Penggali Kubur", macam-macam perkara berlaku sama ada pelik atau ganjil. Tipulah kalu sesiapa yang jalankan pekerjaan tu tak mengalaminya. Daripada situlah, boleh menimba suatu pengalaman yang mungkin kita takkan alaminya. Contoh dah ada kat tv terutama drama arahan Rashid Sibir, idola aku. Cerita dia memang diadaptasikan daripada cerita benar, sama ada nak percaya atau tidak, itu hak masing-masing.
Yang ketiga, bagi aku, kerja "Penggali Kubur" ni memerlukan kepekaan yang tepat. Tengoklah cara mereka menggali, memerlukan kesabaran yang teramat sangat.
Secara kesimpulannya, pekerjaan "Penggali Kubur" ni amatlah mulia. Aku kalau diberi peluang, aku nak bekerja sebagai "Penggali Kubur". Aku tak dapat nak gambarkan lagi istimewanya pekerjaan ni. Masing-masing fikirlah dan renungkanlah..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hhe..ingat kat citer cinta si penggali kubur...hehe..nasir bilal khan
Post a Comment