Friday, December 5, 2008

Minggu Yang Penat Lagi Hangat

Im currently fucking busy with my assignment. Minggu ni sahaja aku dah menghabiskan masa shooting untuk final project subjek Video Production. Memang rasa penat gak, mana taknya, hal kat rumah lagi nak settlekan. Baru aku ingat nak post sesuatu kat blog ni.

Semalam ( Khamis ), aku balik dari kelas lewat sikit kot. As usual, balik sendiri. Aku nampak sorang pakcik buta ni, nak ke taman aku kebetulan ada pasar malam. Maka, aku terus pergi tolong pakcik tu sampai ke pasar malam. Aku terharu bila pimpin pakcik tu. Sebabnya, dengan deria mata yang tak nampak, dia begitu tabah dan kuat. Dia macam relax je naik jejantas rumah aku tu. Hahaha! Yang itu, aku memang rasa terkejut, aku yang nampak ni plak yang risau takut dia tersungkur je.

Disebalik matanya yang tak nampak tu, dia tahu macam mana rasa bila berjalan. Maksud aku,
aku pimpin dia sampai ke pasar malam, dia dapat rasa jalan yang dilalui tu nak dekat dengan pasar malam. Kira aura dia, deria dia kuat. Wah, aku terpegun siot. Aku hanya boleh tersengih sahaja, rasa nak sedih plak bila dia kata camtu. Begitu kuat keazaman dia. Aku tak boleh bayangkan macam mana kehidupan dia masa dulu-dulu. Sama ada dia dah tak nampak sejak lahir atau selepas.

Hari raya Aidil Adha semakin dekat dah ni. Tak rasa plak aku, asyik sibuk dengan benda lain je. Bagi aku, tahun ni lah tahun menyedihkan bagi aku. Huhuhu!!

Baru-baru ni, jiran berdekatan dengan aku, meninggal dunia. Nama dia Hariz, terkejut aku dia meninggal. Kira dia ni kawan aku jugak, walaupun kenal-kenal gitu je. Aku tahu pun lambat sebab apa yang aku diberitahu yang meninggal nama dia Hafiz, aku tersangatlah pelik. Apa aku ingat, ada satu family baru jugak pindah, maybe tu kot. Hahaha!! Yang aku pun pi dengaq cakap orang kenapa. Lupa pulak nak tanya pakcik-pakcik pondok siapa yang meninggal.

Arwah meninggal pun sebab pendarahan dalam otak. Yang beritahu pun kawan dia merangkap kawan aku masa kecik-kecik, membesar sama-sama. Dia yang bawa arwah ke hospital. Dari dia aku dapat berita yang sahih dan benar. Tak sangka, muda-muda dah pergi dulu, 19 tahun muda setahun dari aku. Allah s.w.t lebih sayangkan dia, nak buat camne kan, dah takdir.

Itulah gayanya, mati tu tak kira umur, waktu dan masa. Mungkin esok takpun lusa kita boleh menemui ajal. So, beringat-ingatlah. Sentiasa beramal kepada-Nya.

Aku akan updated apa yang aku buat next two days. Perlu menghabiskan shooting yang tak habis-habis lagi ni.

With love and courages!
manap!

1 comment:

Rafidah Alwi said...

benda2 nie suma utk muhasabah kan diri kita..
mgkin sbb aku tak nmpak n pimpin tgn pakcik tu..
sbb tu rase biase2
tp mgkin klau aku yg lalui
aku mmg akan terasa gak aura dia..kan.
kite sebnar sedia tahu ada org yg lebih susah dr kite.cuma kdgkala kite ter-leka dgn pkerjaan kita..mgejar sgt dunia..smpai org susah pun kite tak smpat nak tlun..(kekdg)..
so same2 la insafi diri..