Saturday, February 14, 2009

Khas Untuk Pembaca Wanita Sahaja

Kali ni, aku saje nak bicara mengenai isteri yang mengandung. Haa.. Aku bukan mengandungkan sesiapa ek cuma aku nak buka topik pasal isteri yang mengandung ni.

Benda ni bukan aku saja-saja nak reka atau apa, ianya kejadian benar dan terjadi di sekeliling aku. Kenapa suami kepada isteri yang mengandung ni tidak kisah tentang isteri mereka?? Setiap kali nak pergi check kat hospital, isteri pergi sendiri naik kereta?? Apa semua ni? Mana tanggungjawab suami?

Alasan kononnya, "Bila lagi nak independent, takkan nak harapkan saya je".

What the FUCK!!

Sepatutnya sebagai suami, mesti tahu tanggungjawab kepada isteri. Masing-masing mempunyai tanggungjawab untuk menjaga antara satu sama lain. Tapi bila adanya alasan sedemikian, baik tak payah kahwin!! Assholes!

Tahu buat tapi tak mahu tanggung sama-sama. Ada tu sampai dah 9 bulan mengandung, si isteri still lagi pergi check sorang-sorang dan bawak kereta lagi pulak tu! Shitholes!!

Bila si isteri dah sarat nak bersalin, masih lagi si suami tak kelihatan. Tapi bila dah bersalin, "Muka macam ayahlah". Seronok dapat anak tapi penderitaan si isteri, tak diendahkan. Kononnya, " Bila lagi nak independent, takkan nak harapkan saya je". Assholes!!

Aku ni taklah nak kata baik tapi bila contoh-contoh macam ni terjadi depan mata aku, takkan aku tak boleh terpikir kot. Kan? Maksud aku, dari pengalaman aku dapat belajar sesuatu.

So, seperkara lagi...

Kepada semua baik lelaki mahupun perempuan, KAHWIN ni bukanlah sesuatu yang senang. Ia memerlukan satu tanggungjawab yang amat besar. So, sentiasa bersedia kalau mahu berkahwin. Benda ni bukan satu perkara yang seronok, kebanyakan masyarakat sekarang berpendapat KAHWIN itu adalah suatu perkara yang seronok. Tahu bila dah KAHWIN, nak main je, buat anak banyak-banyak. Lepas tu cerai-berai.

Aku berpesan kepada wanita-wanita semua, pilihlah lelaki yang anda rasa betul-betul yakin boleh menjaga anda, bertanggungjawab ke atas anda dan juga boleh membimbing anda ke jalan yang benar. Jangan terburu-buru membuat keputusan dan sentiasa ada sikap memilih kerana sikap inilah yang boleh membantu anda semua untuk mencari jodoh yang sesuai.

..THE END..

1 comment:

Anonymous said...

betul.setuju2!
p'kahwinan bkn mainan ia adalah selamanye~