Friday, February 20, 2009

Penyakit

Aku memang kadang tak suka keadaan diri aku ni. Nak tahu kenapa? Haa.. Kalau aku tengah kelam-kelibut, cemas, ke hulu-hilir macam orang gila meroyan memang time tu aku rasa nak berak. Memang itulah. Janganlah bagi aku kelam-kelibut, compom punyalah carik jamban lepas tue.

Itu satu hal. Ni ada lagi ni. Yang ni aku rasa, sejak aku rasa aku kecik-kecik dulu dah start buat. Iaitu korek hidung. Haa.. Tak kiralah kat mana-mana tempat, masa dan waktu, kalu aku rasa nak korek, aku redah je. Sambil bawa kereta aku korek, sambil tengok televisyen lagilah layan korek. Tapi time makan taklah. Itu pun dah control habis. Hahaha..

Kadang tu, kalu tengah drive, memang tak cover line lah. Dengan sepantasnya aku mengoreknya tanpa segan silu. Aku tak kira ada mak aku ker, kawan-kawan aku ker. Hahhaha..

Ada lagi ni. Kalau tengah berak, aku suka cakap sorang-sorang. Kadang aku pun pelik, pernah sekali aku senyap time berak, aku rasa macam tak kena je. Sampai sekarang ni, kalu tengah sedap, sama ada aku cakap sorang-sorang ataupun aku menyanyi.

Setakat ini, benda-benda ni lah yang dikatakan tabiat buruk. Memang kadang tu nak kawal lah bagi tak berulang tapi nak buat camner.

Tapi, ada juga tabiat yang aku dah berjaya laksanakan iaitu, aktiviti menggigit kuku. Apa yang aku ingat memang dulu start tadika aku dah buat benda tu. Sampai arwah ayah aku cakap bahawsanya buruk gila kuku aku time tu. Tapi ketika tu, aku mana peduli kan? ahahahaha..

Sekarang dah takde dah! Hahaha..

Itu jelah yang berubah sejak dari dahulu sampai sekarang. Apa yang berubah ialah aku, iaitu, dulunya aku hensem bangat sampai ramai berebut nak jadikan aku adik angkat tapi sekarang ni dah tak hensem macam dulu. Hehehe..

Apa-apapun aku tetap gembira dengan keadaan aku sekarang kerana aku ada kawan-kawan, dan keluarga. Hahaha..

Cerita tabiat buruk ni takkan habis. Sebab aku still mempunyai tabiat-tabiat buruk yang masih belum dikenalpasti. Hehehe..

Yang pasti, aku bengang dengan cerita-cerita drama kat televisyen. Macam haram jalan ceritanya. Buat aku naik sawan.

1 comment:

AmY said...

jangan tengok drama kat tv.

keluar, pasti jumpa yang live..hehe