Aku sekarang agak keliru, keliru yang tahap gila babi lah. Aku telah di informkan oleh sumber bahawa ada kekosongan kerja di PRODATA di FELDA. Jawatan apa aku tak pasti tapi memang ada kekosongan sebab ramai yang dah kerja hanya sekadar mengambil pengalaman lepas tu berhenti kerja.
Wah, lepas aku dengar news ni. Ini adalah peluang aku yang kedua selepas aku gagal pada interview yang pertama dengan FELDA. Nak diingatkan interview pertama tu aku rasa nak bunuh je si pengarah besar tu. Hahaha..
Apa yang aku kelirukan sekarang ni adalah, aku nak sangat kerja kt PRODATA tu. Ni memang peluang keemasan sebab dengan keadaan peluang pekerjaan sekarang ni yang agak menurun. Yang aku pening sekarang ni adalah kalau lah aku nak kerja situ tapi mereka tu tak mahu calon yang masih lagi dalam IPT. Camner tue?
Aku sekarang ni dalam semester akhir, ambil final project. So, hampir pasti akan tamat pembelajaran punya. Kalaulah kiranya aku apply, aku terpaksa berhenti belajar. Bagi aku, ruginya sbb dah penat belajar, sikit lagi nak dapat diploma tapi kalu kena berhenti aku rasa semacam.
Macam tahun lepas, aku interview dengan FELDA, aku terpaksa menipu mereka aku hanya ada SPM. Bukan aku seorang je, malah, calon-calon yang lain pun lakukan benda yang sama. Tapi mungkin aku takde rezeki time tu nak dapat kan, ada hikmahnya.
Tapi peluang kali ni aku memang nak.
Tapi tengoklah macam mana.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment