Friday, February 13, 2009

MOVIE PREMIERE : GENG Pengembaraan Bermula

wahhhhhhhhhhhhh...

Lama tak menulis sesuatu kat ruangan ni.

Today, aku ke KLCC tengok cerita Geng featuring Upin dan Ipin. Aku memang dah plan awal-awal program hari ni sejak minggu lepas. Aku bawak kakak dan mak aku sekali.

Pandangan cerita Geng ni??

Bagi aku, ceritanya simple tapi padat. Ada unsur-unsur yang boleh menarik perhatian semua orang. Dari segi animasi 3D, bagi aku ialah satu permulaan bagi Malaysia untuk berkembang dalam bidang ini.

Tapi pendapat aku ni, bukan semua orang suka. Ada juga mungkin kutuk habis-habisan pasal filem malaysia lebih-lebih plak animasi 3D. Mesti nak dibanding-bandingkan dengan filem luar. Ceh, macam bagus je nak banding-banding, dah memanglah filem luar terbaik. Patutnya bagilah sokongan yang lebih membina, ni kerja nak kutuk je.
Hahahaha...

Aku hanya boleh bagi 4.5 bintang sahaja kerana kali ni produksi Geng buat cerita yang simple. Aku nak tunggu lagi karya-karya mereka seterusnya.
Thank You!!

2 comments:

AmY said...

4.5 bintang dari berapa bintang?

Shukri said...

5 bintanglah..
eheheh