Saturday, February 21, 2009

Penyampai Radio ERA di Perkarangan SOGO

Dimulakan dengan Bismillahirahmanirrahim...

Hari ni ( sabtu ), aku baru je balik daripada SOGO. Pergi sana dalam pukul 12 dari rumah smpi sana dalam setengah jam. Actually, aku ke sana sebab ada penyampai-penyampai radio ERA. Mereka ada buat derma untuk satu badan kebajikan. Actually ni adalah program "Cabaran Aznil dan Din Beramboi". Sape dengar radio ERA tu tahulah.

Secara kebetulan, aku memang nak test power SONY DCR-SR65E aku ni. So, aku pun mencubanya, aku hanya boleh upload gambar sahaja kerana nak upload video, aku malas. Hahaha. Paham tu, MALAS!

Ni sahaja yang buleh aku uploadkan.

Penyampai-penyampai ERA sedang busking untuk mengutip derma

Antara shot yang aku ambil

Din Beramboi memang kecah giler!

Tukar-tukar tempat supaya tak busan


Well, aku juga sempat snap gambar penyampai ERA. Aku dapat snap gambar Nana je dengan izin dia tau. Bukan aku stalker. Hahaha


Aku menggigil sebab tu macam blur gambar

Awek tu frust sebab Nana pandang aku!

Dia eksklusif hari ni sebab nak ambil gambar dia kena bayar RM10


Aku snap gambar si Nana sebab hari ni dia sangat comel, sebab tu aku snap gambar dia. Hehe

Well, tu sahaja aktiviti aku hari sabtu ni. Mood aku hari ni macam tak kemas sebab tu aku tak lama kat SOGO tengok diorang ni. Habis je aku snap apa yang patut, aku pergi makan pastu blah.

One thing apa yang aku tengok time tu, ramai yang suka tengok Aznil. Pantang dia keluar, ada sahaja yang nak snap gambar dia. Well, aku tak join pun sebab aku lebih fokus pada Nana. Hehehe.. Aku tunggu jugak seorang warga ERA ni, yang dulu masa time Adi, Kieran, Nana, dia jadi penerbit untuk rancangan Pagi Di Era. Sapa ntah nama dia. Hahaha..

Aku tak dapat baju Radio ERA hari ni, sebab orang lain dah dapat dulu. Aku tak kempunan pun. Just datang situ nak tengok artis secara dekat kan. Hehehe.. Sekali-sekala, bukan selalu. Yang penting, nak kata seronok tu, boleh tahanlah seronoknya.

Dekat situ kita boleh lihat bagaimana seronoknya orang-orang kita melihat artis. Yang perempuannya menyebut-nyebut nama mereka. Aku nak buat camtu? Jatuh saham aku. Hahaha..

Hehehe..

1 comment:

AmY said...

sogo?
aduyai lama tak pegi sana.

lari topik.
ada sale tak?

:P