Dua orang kawan baik, si polan A dan si polan B sedang membina satu karier yang amat baik dan menjamin masa depan mereka. Kehidupan mereka hampir sempurna, mempunyai keluarga, anak-anak, kerja yang stabil dan sangat bertanggungjawab. Namun segala yang mereka ada ini tidak mencukupi kerana apa yang mereka tahu hanyalah kerja, kerja, kerja, dan kerja.
Pada suatu hari, si polan A dengan secara tidak sengaja berjumpa dengan si polan B. Mereka adalah kawan baik serta berjiran di kawasan perumahan mereka. Dia bertanya kepada dia, adakah dia berpuas hati dengan kehidupan yang mereka alami sekarang. Mempunyai sebuah keluarga yang hampir sempurna.
Soalan diajukan kepada si polan B namun dia hanya mendiamkan diri dan secara tidak sengajanya dia menjawab,
"Let's do something else, something more difference!!".
Namun si polan A amat faham dengan apa yang kawan baiknya maksudkan iaitu melakukan sesuatu yang boleh menggembirakan mereka.
Oleh itu, mereka bercadang untuk menghabiskan masa-masa terluang mereka dengan berjalan-jalan tanpa arah tujuan.
Selepas masa dan tarikh ditentukan, perancangan mereka berjalan dengan lancarnya. Si polan B pernah berkata pada kawannya itu bahawa, satu-satunya yang dia tak lakukan masa zaman bujangnya iaitu berjalan-jalan tanpa arah tujuan atas sebab ingin meluaskan pengalaman dan pemerhatiannya terhadap keadaan sekeliling.
Perjalanan mereka bermula..............................................................
( to be continued )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment