Thursday, July 23, 2009

Dah Normal, Tapi...

Sakit dah beransur pulih, ternyata makin baik dan makin normal.

Tapi kenapa lah kepala otak aku ni asyik bergegar-gegar je. Adeh!!

Macam ada orang main sepak-sepak kepala aku ni..

Tuesday, July 21, 2009

Minggu Yang Perit

Assalamualaikum & Selamat Membaca...

Aku mula menulis ruangan ini bila keadaan kesihatan aku mula stabil dan mula kembali normal.

Minggu lepas merupakan minggu hitam bagi aku walaupun dalam minggu tersebut ada terselit 'happy time'.

Bermula pada hari khamis, rakan aku mula start demam-demam. Dan pada esoknya, sakitnya mula berkangkit pada aku. Yang tak bestnya, hari sabtu iaitu esoknya, aku nak tengok Manchester United lawan team Malaysia kat bukit jalil. Kalau boleh tak naklah ada halangan apa-apa. Tapi apakan daya kan, esoknya makin teruk aku sakit.

Tetapi dengan semangat yang membara sebab nak tengok Manchester United beraksi di Malaysia, aku tetap kuatkan diri aku pergi walaupun waktu itu kesihatan aku terjejas. Aku rasa 40% sahaja aku punya tenaga ada itupun aku rasa bila-bila masa sahaja aku boleh pengsan. Tapi Alhamdulillah, semua tu tak terjadi sebab aku berdoa banyak-banyak supaya aku kuatkan diri.

At last, aku berjaya sampai ke bukit jalil dan berjaya menyaksikan perlawanan bagi aku antara yang paling best. Team Malaysia bermain dengan penuh keyakinan dengan dua gol yang dijaringkan oleh Amri Yahya. Walaupun aku peminat setia Manchester United, tapi aku tetap banggan kerana team Malaysia memberi tentangan yang hebat walaupun pada perlawanan kedua, team Malaysia kecundang 2-0 namun mereka menunjukkan kecemerlangan yang ketara.

Nak dijadikan cerita, balik je rumah, demam aku makin membara. Yang paling tak menariknya, esoknya hari ahad, aku kena pergi ke Sendayan Negeri Sembilan kerana ada kenduri kahwin seorang kenalan rapat.

Aku bagaikan penagih semasa pergi ke Sendayan kerana kesihatan aku yang masih lagi terjejas sebab aku tidak cukup rehat. Perjalanan pergi semuanya selamat sebab berkonvoi bersama-sama yang lain.

Tetapi..

Semasa perjalanan pulang, aku keluar melalui tol Seremban. Semasa itu, hujan lebat gila at the same time, fikiran aku melayang tak sudah kerana masa tu aku fikir nak baring sebab penat gila campur demam. Tiba-tiba, kereta aku tergelincir, apa lagi, aku terus terkejut beruk and aku kawal kereta aku dengan cool je. Alhamdulillah, semuanya okay dan tiada apa-apa yang terjadi tapi kejadian ni aku anggap yang paling buruk dalam sejarah aku memandu buat masa ni. Moral ceritanya, jangan memandu semasa anda tidak sihat.

Sampai juga ke rumah pada pukul 4 petang dan aku terus berehat dan demam aku makin-makin kritikal. Tuhan je tahu macam mana aku rasa.

Ternyata, esoknya aku tak pergi kerja, jumpa doktor, dapat M.C dua hari.

Dan sekarang ni Alhamdulillah semuanya sihat belaka walaupun ada lagi yang tak berapa sihat. Setakat ni aku rasa 70% dah sihat.

Inilah akibatnya kalau dah lama tak kena demam, sekali kena macam sial!

Sampai disini sahaja..

Wednesday, July 15, 2009

Dari Mata, Turun Ke Hati

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Kepada yang baca atau terbaca atau ingin membaca entry aku ni, Selamat Membaca.

Pada kali ini, aku ingin menulis agak panjang sikit dan meleret, moga apa yang ada dalam hati aku ni sedikit sebanyak dapat diluahkan.

Sebenarnya, aku malas nak update blog sekarang ni, aku jadi penat nak menaip, penat nak on komputer dan penat nak menghadap monitor tapi macam rindu pulak. Haha.

Bila dah bekerja ni, sedikit sebanyak dapatlah ilmu yang jarang diperolehi. Bila difikirkan balik, aku rasa sepanjang hidup aku ni, aku telah menjadi seorang yang betul-betul bodoh, tak matang, sengal, bangang dan macam-macam lagi lah yang mencarut-carut ni. Seolah aku ni terdesak sangat nak kat seseorang tu, kawan-kawan aku tahulah apa yang dimaksudkan oleh aku ni.

Tapi bukan tu aku nak persoalkan.

Hari demi hari, aku mula sedar, dalam hati aku ni mula berbisik, " Masa Depan, Karier, Keluarga ". Setiap hari benda yang sama berulang-kali berbisik. Aku mula sedar bila aku sudah mula bekerja. Aku pelik, mengapa benda ni tak bisik kat aku 3 tahun yang lepas, dan kenapa baru sekarang? Pelik kan. Sebenarnya tak pelik, aku ni yang tak sedar. Aku mula lalai, aku mula fikir diri sendiri dan aku mula alpa. Aku hanya fikir untuk seronok sahaja. Aku mula jadi jahat, aku mula jadi tidak baik dan ada lagi, payah nak sebut.

Bila hari demi hari, semakin lalai. Tuhan tu maha berkuasa, satu-persatu dia rampas daripada aku. Baru sekarang aku dah mula sedar, kalau aku FOKUS dulu, aku takkan jadi teruk.

Kejadian yang lalu juga membuatkan aku rasa pedih, kecewa, hampa dan sedih. Terasa sampai ke urat-urat aku dan sampai sekarang masih lagi bermain dalam fikiran aku. Ini menunjukkan betapa bodohnya aku, lets just say, benda paling bodohlah, the biggest. Aku tak nak salahkan pihak lagi satu, lebih elok kalu aku salahkan diri sendiri daripada menuding jari kat orang lain. Aku kecewa lebih-lebih pun tak guna, tak berbaloi juga sebab at the same time orang lain bahagia, gembira dan saksama. Kata yang standard, ini semua ujian daripada Yang Maha Esa, nak ke tak, kita sebagai hambanya mesti menghadapinya dengan tenang.

Selepas kejadian yang telah merubah hidup aku ni, seriusly aku sudah rasa serik. Bukan serik untuk bercinta, tapi serik untuk memberi komitmen, kasih sayang dan kejujuran. Bagi aku, komitmen, kasih sayang serta kejujuran ni bukan boleh dipermainkan atau diperlekehkan atau kata kasarnya dikencing bulat-bulat. Bila semua itu sudah dipermainkan, ingat senang ke nak pulih, nak back to normal. Susah gila, bila dah susah tu memang susah lah. Eleh!

Kelmarin, aku terima satu mesej. Mesej tu buat aku terkejut, pening, kadang tu naik angin bila baca.

" Tapi saya percaya, anything happen dalam masa sekarang, walau kita jauh, saya percaya one day, awak akan datang cari saya. Saya tak tahu kenapa saya cakap camtu tapi saya percaya, awak akan datang cari saya.. Jujur saya kata, kadang-kadang saya teringat awak, mimpikan awak, lake garden PN, superkancil, seksyen 2, 17, your bear.. Even saya ada boyfriend tapi saya ingat kat awak.. Tapi hati ni kadang-kadang sakit.. Saya rindu gelak awak, lawak awak.. "

Dalam hati aku kata, " Kenapa dengan manusia ni?? "

Aku penat balik dari kerja, dapat mesej camni. Aku hanya diam je, aku tak mahu reply. Apa dia ingat aku ni apa. Aku ni bukan suka merosakkan hubungan orang dan buat apa aku nak cari dia sedangkan dia sudah bahagia dengan orang lain. Cukuplah, aku dah serik sebenarnya, aku malas nak fikir-fikir pasal hati dan perasaan ni. Lagipun, aku ni siapa bagi dia sebab aku ni baru sahaja dikenalinya padahal orang lain tu sudah setahun dia kenali dan dia juga pernah berkata, dia lebih prefer pilih orang lain tu berbanding aku.

Aku pun satu bodoh, kenapa terlalu cepat sangat mempercayai dan ada perasaan kepada dia. Bila perasaan tu takde, aku rasa takkan jadi perkara sebegini.

Sekarang ni, benda-benda cintan-cintun ni aku rasa tak penting kot. Entahlah. Belum bersedia lah nak ada 3 perkara tu, " komitmen, kasih sayang dan kejujuran " kat sesiapa. Biarlah dia gembira dan bahagia dengan hidup dia sekarang di samping orang yang disayanginya.

Aku pula, biarlah aku teruskan perjuangan aku walaupun susah nak melupakan kisah lalu ni, biarlah ia jadi satu pengajaran buat aku. Memang susah nak lupa, sedih dan juga kecewa tapi apa nak buat, dah tertulis kan. Biarlah benda ni hilang di dalam arus kehidupan. Cukuplah bagi aku nak alaminya sekali lagi.

Jujurlah aku kata, hari tu, aku memang kecewa sangat-sangat sampai kan aku takleh nak dengar nama Uitm, Shah Alam, Lake Garden, Bahau, Seremban, dan banyak lagi. Sebab nama-nama tu membuatkan aku teringat kat dia. Sekarang pun aku masih lagi tak boleh nak dengar nama-nama tu dan paling best, aku tak nak naik kancil sebab bila aku naik kancil tu aku teringat kenangan dengan dia. Kereta kancil tu banyak sangat memori walaupun nampak je kereta tu kecil. Sekarang pun, aku hanya akan naik kancil itu kalau aku nak teringat kenangan atau aku tengah emo-emo ke.

Aku cakap je tak nak terima sesiapa, tapi tu semua kerja Yang Maha Esa. Mungkin esok, lusa DIA akan temukan aku dengan seseorang. Benda ni takdir kan. Tapi apa yang penting, 3 perkara tu, " komitmen, kasih sayang dan kejujuran ". Lebih baik 3 perkara tu kita serapkan kepada diri kita sendiri. Mesti ada komitmen kepada diri sendiri, sayanglah diri kita sendiri dan jujurlah kepada diri sendiri, barulah kita boleh gunakan 3 perkara tu kepada orang yang kita sayang.

Bak kata mak aku, " Kau kencing belum lurus, ada hati nak bercinta ada makwe ". Itulah pesan dia, dia selalu sound aku camtu. Bila fikir, betul juga kata mak aku. Aku kencing tak lurus mana pun, ada gak lari sikit tune. Maknanya aku kena tunggulah kencing aku lurus, baru boleh nak bercinta ni. Hehe. Selagi tak lurus, maknanya belum boleh lagilah. Tersirat maksud mak aku tu.

Aku ni tak naklah jadi insan yang terdesak untuk bercinta atau nak kasih sayang seseorang yang bernama wanita. Aku still ada emak, kakak untuk aku sayang. Sudah tentu, susah dan senang, mereka tetap ada bersama dengan aku. So, tak kisahlah kalau hidup aku tiada sesiapa insan yang bergelar kekasih. Cinta sejati hanya cinta kepada Allah S.W.T.

Sekarang ni dah nak akhir bulan Julai. 2 bulan akan datang termasuk bulan ni adalah bulan-bulan yang bagi aku mempunyai kenangan-kenangan yang pahit dalam hidup aku. Aku rasa tahun-tahun yang akan datang, hari lahir aku adalah hari yang paling sedih kerana dalam bulan yang sama, adalah hari perginya seorang insan yang bergelar ayah. Seorang insan yang paling aku sanjungi dan hormati telah pergi untuk selama-lamanya. Walaupun jarak tarikhnya agak jauh, ayah aku meninggal pada 6 August 2008, dan hari lahir aku jatuh pada 26 August. Bagi aku, takde bezanya jauh ke dekat. Apa-apapun, aku redha dengan pemergiannya.

See, ini semua adalah dugaan dan ujian Yang Maha Esa kepada hambanya. DIA nak menguji kita, sama ada kita tabah ke tidak menghadapinya. DIA juga boleh memberi kita kesenangan sekelip mata dan at the same time dia juga boleh merampasnya dengan sekelip mata.

Sampai sini je kot. Aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku ni. After this, aku perlu FOKUS untuk terus berjuang supaya aku tidak menyesal suatu hari nanti. Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang tak jemu-jemu memberi nasihat yang berguna especially Rahman, Arisyuan dan Rafidah. 3 orang ini lah yang mengikuti perkembangan aku susah dan senang.

Ada masa lagi, aku tulis lagi.

Thursday, July 9, 2009

Apa-apa jelah manap, malas aku nak layan ko!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!

Jarang pulak nak tulis apa-apa kat blog ni sejak bekerja. Eleh!

Sibuk gaklah sejak bekerja ni. Bangun pagi pergi kerja, bukan macam selalu asyik nak membuta sahaja.

Aduh, sakit aku dah datang balik ni. Adeh!

Bulan ni ternyata sibuk kerana banyak undangan keluar daripada kawan-kawan. Minggu ni sahaja ada orang ajak aku keluar, minggu depan compom nak pergi tengok match Manchester United kt bukit jalil dengan man dengan ayen, penantian tu satu penyeksaan. Hehe.

Bulan ogos pun nak tiba, rasanya hiba pulak nak sambut bulan ogos ni.

Pejam celik, pejam celik, nak dekat setahun sudah arwah pergi meninggalkan keluarganya. Aku rasa nak menangis bila teringat. At the same time bila aku dah mula bekerja ni, aku nak tunjuk pada dia yang aku sudah bekerja apa semua. Nak bagi dia gembira kan tapi apa kan daya, Tuhan sayangkan dia. Mungkin dia dapat melihat aku sekeluarga tapi aku je yang tak nampak.

Bila aku tengok kat TV, anak-anak Michael Jackson tu, aku rasa menangis. Sebab aku paham apa yang diorang tu rasa. Rasa kehilangan tu. Peminat-peminat MJ aku tengok ada yang menangis, meraung, melalak, apa semua. Apatah lagi anak-anak dia kan? hehe.

Sama juga macam aku ni, bila tengok semua tu, hati aku jadi sebak, at the same time aku juga turut menangis. huhu.

Pasal kerja pula, suasananya okay sahaja walaupun takde awek ke amoi. Tapi aku banyak belajar kat sana. Bezalah sikit dari apa yang aku belajar kat kolej tu. Bukan hanya sebagai designer sahaja. Hehe.

Cukup je sampai di sini aku tulis.

Wednesday, July 8, 2009

Salam Untuk Kekasih

Sambil surf internet ni, aku jumpa satu lagu ni, memang lagu lama, rasanya tak lama kot dalam era 90-an camtuh lah. Tertarik pada lirik lagunya.

Nadia - Salam Untuk Kekasih

Di sebalik kalbu
Yang semakin layu
Terbenam rasa rindu
Terkunci suara hati
Tiada siapa tahu

Dimanakah kasih
Tak seperti dulu
Kata kau sayangkan ku
Benarkah itu

Walau kehadiranku hanyalah sementara
Bukan salahmu sayang kira kau jatuh cinta
Akan ku pergi jauh takkan kembali
Salam maaf permisi
Ku undur diri

Kini ku bersara
Dengan langkah baru
Menyisi luka ini
Kekasih... sekeras aku
Terhiris kerna kamu

Ku tinggalkan cinta
Kisah yang berlalu
Kisah kenangan kita
Hanya kau tahu

Walau kehadiranmu bagaikan menghiasi
Bukan caraku sayang harap engkau mengerti
Pemergianku ini tak ku relai
Salam maaf permisi
Ku undur diri


Memang rock lagu ni. Ditujukan untuk seseorang yang bernama ............................ Faham sendiri dahlah.

Thanks. Sibuk dengan kerja sekarang. Lain masa updated.

Tuesday, July 7, 2009

Fokus

FOKUS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Fokus kepada perempuan mengandung!! Yeah!

Sunday, July 5, 2009

Semalam Yang Hangat!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Masih lagi empunya diri ini menulis untuk entri kali ni.

Still minggu yang amat busy kerana tidak melekat kat rumah. Hari sabtu aku bertolak ke kampung sebab ada jemputan kahwin, anak saudara kahwin. So, bertolak dari rumah pukul 9.30 dan sampai tepat pukul 1.30. Biasalah bawa kereta relax-relax, aku bukannya nak pecut cepat sampai.

Habis jumpa saudara-mara apa semua, ada ke sepupu aku ni tanya aku bila nak kahwin! Haha. Soalan mental lah, mana ada calon, bukan kata calon, awek special pun takde nak kahwin apanya. Ermm, ramainya lawa-lawa, cantik-cantik tapi sayanglah, semuanya pangkat anak saudara aku je. Melepas lah tapi takpe, aku still bangga sebab walaupun aku ni muda daripada diorang tapi diorang kena panggil aku pakcik. Hehe.

Tak ramai pun yang ada time tu, semuanya tak balik. Sibuk agaknya kot diorang tu.

Aku sepatutnya nak balik hari sebab esoknya hari ahad, kakak aku nak ke Felda Maokil, Labis Johor. Sambutan Hari Peneroka. Tapi ada pulak makcik aku suruh singgah ke rumah ambil buah. Sampai je sana, apa lagi petik buah pulasan dengan manggis lah. Ada pokok kat situ, memang fresh dari pokok, diorang suruh bawa balik KL. Hehe.

Tepat pukul 6.30 petang, balik ke KL la.

Ermm.. Kalau idea nak datang tue, bukan ada masa yang sesuai. Sambil-sambil drive, seingat aku bila dah masuk kat kawasan seremban / senawang, ada satu lagu ni bermain kat fikiran aku. Bukan apa, teringat satu lagu ni, memandangkan semua dalam kereta dah tido, aku pun mulalah menyanyi untuk hilangkan ngantuk. Tak tahulah lagu ni ada kena mengena dengan aku ke tidak tapi aku menyanyi dengan penuh perasaan dan kadang tu ada jugak air mata terkeluar.



FARAH - TANGISAN DALAM KERINDUAN

Dalam kerinduan ini
Ku menetap gambar wajahmu diruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
kini tinggal memori yang menghiris di kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semua ku redhai

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala galanya
Pengorbananku dikau persiakan

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa

Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa

Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku
Ooooo.......

Seingat aku lagu ni budak AF2, Farah. Aku tertarik dengan lirik dia sebab aku dah lama tak dengar lagu ni. Tiba-tiba je nak nyanyi. Kebetulan dalam superkancil aku tu ada kaset dia so apa lagi, layanlah sampai KL.

Sejak akhir-akhir ni tak tahu kenapa aku mudah sangat mengalirkan air mata, bukan menangis tapi aku sebak dan sedih. Lebih-lebih lagi bila dengar lagu "Biarkan Aku Menangis" nyanyian Tommy J. Pisa.

Agaknnya bila sesebuah lirik tu ada kena-mengena dengan aku kot, mungkin aku terkenangkan peristiwa lalu, masa lampau atau kenangan aku yang terindah dulu-dulu. Fuhh, jiwang beb!

Aku nak berehat hari ni, sepatutnya nak jumpa Si Syeda nak bincang pasal bisnes tapi bila dah malas, semua benda tak jadi. Sepatutnya hari ahad ni adalah holiday bagi aku untuk spend time dengan keluarga.

Apa-apapun, next time aku membebel lagi. Maaflah tiada gambar kat kampung, aku lebih suka simpan memori dalam otak daripada ambil gambar. Hehe.

Friday, July 3, 2009

Biarkan Aku Menangis.............

Tommy J. Pisa - Biarkan Aku Menangis

kelmarin kau masih bersamaku
bercumbu dan merayu
adakah hari esok untuk kita bercinta
seperti yang telah kita lewati

mengapa terlalu cepat kau pergi
tinggalkan batu nisan
kenyataan ini begitu memilukan
inginku rasa turut serta

tiada guna aku hidup begini
tanpa belaian kekasih yang sangat ku sayangi
kepedihan yang kini ku rasakan
darimu yang mencintai aku

kelmarin kau masih bersamaku
bercumbu dan merayu
adakah hari esok untuk kita bercinta
seperti yang telah kita lewati

biarlah ku relakan kau pergi
tinggalkan derita bersama ku
ku doakan kau bahagia di sisinya
sementara biarkan aku menangis

tiada guna aku hidup begini
tanpa belaian kekasih yang sangat ku sayangi
kepedihan yang kini ku rasakan
darimu yang mencintai aku


Satu lagi nukilan lirik yang menyentuh hati aku. Padahal last entri aku gembira, tiba-tiba nak emo sekejap. Tiba-tiba aku nyanyi lagu ni masa sebelum nak tidor. Secara tidak sengaja so aku cepat-cepat post kat next entri ni.

Cuba hayati lirik ini, kalau boleh download lah lagu Biarkan Aku Menangis.

Jujur, aku menangis dengar lagu ni. Mengingatkan aku kepada seseorang.

Thursday, July 2, 2009

Si Dia

Pada suatu hari, sang kancil dan sang buaya..................................hahaha!

Salah cerita. Minta maaf.

Nak dipendekkan cerita, aku rasa sangat-sangat gembira. Nak tahu kenapa?

Pertama, aku dah mula bekerja di sebuah company advertising kat area-area Jelatek. Sorrounding pun ok, bos pun ok and then satu team dengan shahrin. Oklah, hari jumaat esok secara rasminya aku mula bekerja. Hehe.

Kedua, aku dah mula gembira kerana Si Dia sudah gembira di samping orang yang disayanginya. Tak sia-sia dia memilih orang lain daripada memilih aku. Macam mana aku tahu? Aku saje-saje je call Si Dia pukul 12.00 tengah malam tadi, apa yang aku dengar cuma panggilan busy. Maknanya tengah bergayut. Hehe. Syukur kerana Si Dia sudah temui kebahagiaan yang dia inginkan selama ini. Harap hubungan mereka berkekalan. Amin.

How about me? Hehe.

Aku still sama macam dulu, dan buat masa ni masih lagi tetap sama, masih lagi tiada perubahan. InsyaAllah, slow-slow aku akan bangkit dari kegagalan, kekecewaan. Buat masa ni, aku perlu mempunyai perancangan untuk kehidupan aku. Banyak nak kena fikir ni. Hehe.

Sejak bergaul dengan shahrin ni, macam-macam perkara aku dapat pelajari. Heee..

Bulan July ni padat dengan aktiviti. Harap tak ada apa-apa yang boleh menghalang aku.

Yang penting kene FOKUS!!!! Hehe.

Percubaan Pertama

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

Busy, Busy, Busy!

Hari ni aku ke rumah syeda, untuk sesi photoshoot untuk bisnes dia. Guna khidmat ustaz jelah dan tak sangka lee pun join sekali. Nasib baik tak kena tangkap khalwat. Haha.

Ada lah sikit gambar yang sempat snap tapi aku taklah nak tunjuk gambar photoshoot tu, bahaya dowh. Aku bukan nak promote barangan dia. Hehe.

Adalah sedikit pose-pose candid.

Sopan je lee duduk

Air yang disediakan adalah air oren. Hehe

Inilah wajah terbaru aku selepas makin lama menyepi. Hehe
Ada gaya-gaya seorang pengarah tak? Haha

Wajah penat sebenarnya bila photoshoot ni nak habis! Hehe

Lee tak buat apa pun, tengok tv je. Hehe

Kadang-kadang senyap dia ni sewel jugak, nak try baju tu! Haha

Asyik emo je muka aku ni. Haha. Mungkin aku merindui seseorang
kot ataupun aku hanya berfikir untuk berjuang. Hehe

Inilah gaya seorang bos, asyik nak mengarah orang je. Hehe
Inilah bos yang baik, tak pernah marah anak buah. Hehe


Well, this is my fisrt time buat sesi photoshoot. Berbanyak terima kasih kerana tanpa ustaz dengan lee, sesi ni takkan menjadi.

Banyak-banyak terima kasih juga kepada syeda kerana dia beri peluang kepada team aku untuk buat sesi ni. Terima kasih banyak-banyak. Nak tahu apa yang dia buat dengan gambar tu sume, make sure pergi kat blog bisnes syeda.

Rambut aku tetap sama. Haha.

Percubaan pertama berjaya, aku akan cuba yang lebih lagi. Tunggu aku update next entri.

" Berjuang Demi Maruah "