Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..
Kepada yang baca atau terbaca atau ingin membaca entry aku ni, Selamat Membaca.
Pada kali ini, aku ingin menulis agak panjang sikit dan meleret, moga apa yang ada dalam hati aku ni sedikit sebanyak dapat diluahkan.
Sebenarnya, aku malas nak update blog sekarang ni, aku jadi penat nak menaip, penat nak on komputer dan penat nak menghadap monitor tapi macam rindu pulak. Haha.
Bila dah bekerja ni, sedikit sebanyak dapatlah ilmu yang jarang diperolehi. Bila difikirkan balik, aku rasa sepanjang hidup aku ni, aku telah menjadi seorang yang betul-betul bodoh, tak matang, sengal, bangang dan macam-macam lagi lah yang mencarut-carut ni. Seolah aku ni terdesak sangat nak kat seseorang tu, kawan-kawan aku tahulah apa yang dimaksudkan oleh aku ni.
Tapi bukan tu aku nak persoalkan.
Hari demi hari, aku mula sedar, dalam hati aku ni mula berbisik, " Masa Depan, Karier, Keluarga ". Setiap hari benda yang sama berulang-kali berbisik. Aku mula sedar bila aku sudah mula bekerja. Aku pelik, mengapa benda ni tak bisik kat aku 3 tahun yang lepas, dan kenapa baru sekarang? Pelik kan. Sebenarnya tak pelik, aku ni yang tak sedar. Aku mula lalai, aku mula fikir diri sendiri dan aku mula alpa. Aku hanya fikir untuk seronok sahaja. Aku mula jadi jahat, aku mula jadi tidak baik dan ada lagi, payah nak sebut.
Bila hari demi hari, semakin lalai. Tuhan tu maha berkuasa, satu-persatu dia rampas daripada aku. Baru sekarang aku dah mula sedar, kalau aku FOKUS dulu, aku takkan jadi teruk.
Kejadian yang lalu juga membuatkan aku rasa pedih, kecewa, hampa dan sedih. Terasa sampai ke urat-urat aku dan sampai sekarang masih lagi bermain dalam fikiran aku. Ini menunjukkan betapa bodohnya aku, lets just say, benda paling bodohlah, the biggest. Aku tak nak salahkan pihak lagi satu, lebih elok kalu aku salahkan diri sendiri daripada menuding jari kat orang lain. Aku kecewa lebih-lebih pun tak guna, tak berbaloi juga sebab at the same time orang lain bahagia, gembira dan saksama. Kata yang standard, ini semua ujian daripada Yang Maha Esa, nak ke tak, kita sebagai hambanya mesti menghadapinya dengan tenang.
Selepas kejadian yang telah merubah hidup aku ni, seriusly aku sudah rasa serik. Bukan serik untuk bercinta, tapi serik untuk memberi komitmen, kasih sayang dan kejujuran. Bagi aku, komitmen, kasih sayang serta kejujuran ni bukan boleh dipermainkan atau diperlekehkan atau kata kasarnya dikencing bulat-bulat. Bila semua itu sudah dipermainkan, ingat senang ke nak pulih, nak back to normal. Susah gila, bila dah susah tu memang susah lah. Eleh!
Kelmarin, aku terima satu mesej. Mesej tu buat aku terkejut, pening, kadang tu naik angin bila baca.
" Tapi saya percaya, anything happen dalam masa sekarang, walau kita jauh, saya percaya one day, awak akan datang cari saya. Saya tak tahu kenapa saya cakap camtu tapi saya percaya, awak akan datang cari saya.. Jujur saya kata, kadang-kadang saya teringat awak, mimpikan awak, lake garden PN, superkancil, seksyen 2, 17, your bear.. Even saya ada boyfriend tapi saya ingat kat awak.. Tapi hati ni kadang-kadang sakit.. Saya rindu gelak awak, lawak awak.. "
Dalam hati aku kata, " Kenapa dengan manusia ni?? "
Aku penat balik dari kerja, dapat mesej camni. Aku hanya diam je, aku tak mahu reply. Apa dia ingat aku ni apa. Aku ni bukan suka merosakkan hubungan orang dan buat apa aku nak cari dia sedangkan dia sudah bahagia dengan orang lain. Cukuplah, aku dah serik sebenarnya, aku malas nak fikir-fikir pasal hati dan perasaan ni. Lagipun, aku ni siapa bagi dia sebab aku ni baru sahaja dikenalinya padahal orang lain tu sudah setahun dia kenali dan dia juga pernah berkata, dia lebih prefer pilih orang lain tu berbanding aku.
Aku pun satu bodoh, kenapa terlalu cepat sangat mempercayai dan ada perasaan kepada dia. Bila perasaan tu takde, aku rasa takkan jadi perkara sebegini.
Sekarang ni, benda-benda cintan-cintun ni aku rasa tak penting kot. Entahlah. Belum bersedia lah nak ada 3 perkara tu, " komitmen, kasih sayang dan kejujuran " kat sesiapa. Biarlah dia gembira dan bahagia dengan hidup dia sekarang di samping orang yang disayanginya.
Aku pula, biarlah aku teruskan perjuangan aku walaupun susah nak melupakan kisah lalu ni, biarlah ia jadi satu pengajaran buat aku. Memang susah nak lupa, sedih dan juga kecewa tapi apa nak buat, dah tertulis kan. Biarlah benda ni hilang di dalam arus kehidupan. Cukuplah bagi aku nak alaminya sekali lagi.
Jujurlah aku kata, hari tu, aku memang kecewa sangat-sangat sampai kan aku takleh nak dengar nama Uitm, Shah Alam, Lake Garden, Bahau, Seremban, dan banyak lagi. Sebab nama-nama tu membuatkan aku teringat kat dia. Sekarang pun aku masih lagi tak boleh nak dengar nama-nama tu dan paling best, aku tak nak naik kancil sebab bila aku naik kancil tu aku teringat kenangan dengan dia. Kereta kancil tu banyak sangat memori walaupun nampak je kereta tu kecil. Sekarang pun, aku hanya akan naik kancil itu kalau aku nak teringat kenangan atau aku tengah emo-emo ke.
Aku cakap je tak nak terima sesiapa, tapi tu semua kerja Yang Maha Esa. Mungkin esok, lusa DIA akan temukan aku dengan seseorang. Benda ni takdir kan. Tapi apa yang penting, 3 perkara tu, " komitmen, kasih sayang dan kejujuran ". Lebih baik 3 perkara tu kita serapkan kepada diri kita sendiri. Mesti ada komitmen kepada diri sendiri, sayanglah diri kita sendiri dan jujurlah kepada diri sendiri, barulah kita boleh gunakan 3 perkara tu kepada orang yang kita sayang.
Bak kata mak aku, " Kau kencing belum lurus, ada hati nak bercinta ada makwe ". Itulah pesan dia, dia selalu sound aku camtu. Bila fikir, betul juga kata mak aku. Aku kencing tak lurus mana pun, ada gak lari sikit tune. Maknanya aku kena tunggulah kencing aku lurus, baru boleh nak bercinta ni. Hehe. Selagi tak lurus, maknanya belum boleh lagilah. Tersirat maksud mak aku tu.
Aku ni tak naklah jadi insan yang terdesak untuk bercinta atau nak kasih sayang seseorang yang bernama wanita. Aku still ada emak, kakak untuk aku sayang. Sudah tentu, susah dan senang, mereka tetap ada bersama dengan aku. So, tak kisahlah kalau hidup aku tiada sesiapa insan yang bergelar kekasih. Cinta sejati hanya cinta kepada Allah S.W.T.
Sekarang ni dah nak akhir bulan Julai. 2 bulan akan datang termasuk bulan ni adalah bulan-bulan yang bagi aku mempunyai kenangan-kenangan yang pahit dalam hidup aku. Aku rasa tahun-tahun yang akan datang, hari lahir aku adalah hari yang paling sedih kerana dalam bulan yang sama, adalah hari perginya seorang insan yang bergelar ayah. Seorang insan yang paling aku sanjungi dan hormati telah pergi untuk selama-lamanya. Walaupun jarak tarikhnya agak jauh, ayah aku meninggal pada 6 August 2008, dan hari lahir aku jatuh pada 26 August. Bagi aku, takde bezanya jauh ke dekat. Apa-apapun, aku redha dengan pemergiannya.
See, ini semua adalah dugaan dan ujian Yang Maha Esa kepada hambanya. DIA nak menguji kita, sama ada kita tabah ke tidak menghadapinya. DIA juga boleh memberi kita kesenangan sekelip mata dan at the same time dia juga boleh merampasnya dengan sekelip mata.
Sampai sini je kot. Aku luahkan apa yang tersirat dalam hati aku ni. After this, aku perlu FOKUS untuk terus berjuang supaya aku tidak menyesal suatu hari nanti. Terima kasih kepada kawan-kawan aku yang tak jemu-jemu memberi nasihat yang berguna especially Rahman, Arisyuan dan Rafidah. 3 orang ini lah yang mengikuti perkembangan aku susah dan senang.
Ada masa lagi, aku tulis lagi.
Wednesday, July 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment