Assalamualaikum & Selamat Sejahtera!
Jarang pulak nak tulis apa-apa kat blog ni sejak bekerja. Eleh!
Sibuk gaklah sejak bekerja ni. Bangun pagi pergi kerja, bukan macam selalu asyik nak membuta sahaja.
Aduh, sakit aku dah datang balik ni. Adeh!
Bulan ni ternyata sibuk kerana banyak undangan keluar daripada kawan-kawan. Minggu ni sahaja ada orang ajak aku keluar, minggu depan compom nak pergi tengok match Manchester United kt bukit jalil dengan man dengan ayen, penantian tu satu penyeksaan. Hehe.
Bulan ogos pun nak tiba, rasanya hiba pulak nak sambut bulan ogos ni.
Pejam celik, pejam celik, nak dekat setahun sudah arwah pergi meninggalkan keluarganya. Aku rasa nak menangis bila teringat. At the same time bila aku dah mula bekerja ni, aku nak tunjuk pada dia yang aku sudah bekerja apa semua. Nak bagi dia gembira kan tapi apa kan daya, Tuhan sayangkan dia. Mungkin dia dapat melihat aku sekeluarga tapi aku je yang tak nampak.
Bila aku tengok kat TV, anak-anak Michael Jackson tu, aku rasa menangis. Sebab aku paham apa yang diorang tu rasa. Rasa kehilangan tu. Peminat-peminat MJ aku tengok ada yang menangis, meraung, melalak, apa semua. Apatah lagi anak-anak dia kan? hehe.
Sama juga macam aku ni, bila tengok semua tu, hati aku jadi sebak, at the same time aku juga turut menangis. huhu.
Pasal kerja pula, suasananya okay sahaja walaupun takde awek ke amoi. Tapi aku banyak belajar kat sana. Bezalah sikit dari apa yang aku belajar kat kolej tu. Bukan hanya sebagai designer sahaja. Hehe.
Cukup je sampai di sini aku tulis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment