Sunday, July 5, 2009

Semalam Yang Hangat!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Masih lagi empunya diri ini menulis untuk entri kali ni.

Still minggu yang amat busy kerana tidak melekat kat rumah. Hari sabtu aku bertolak ke kampung sebab ada jemputan kahwin, anak saudara kahwin. So, bertolak dari rumah pukul 9.30 dan sampai tepat pukul 1.30. Biasalah bawa kereta relax-relax, aku bukannya nak pecut cepat sampai.

Habis jumpa saudara-mara apa semua, ada ke sepupu aku ni tanya aku bila nak kahwin! Haha. Soalan mental lah, mana ada calon, bukan kata calon, awek special pun takde nak kahwin apanya. Ermm, ramainya lawa-lawa, cantik-cantik tapi sayanglah, semuanya pangkat anak saudara aku je. Melepas lah tapi takpe, aku still bangga sebab walaupun aku ni muda daripada diorang tapi diorang kena panggil aku pakcik. Hehe.

Tak ramai pun yang ada time tu, semuanya tak balik. Sibuk agaknya kot diorang tu.

Aku sepatutnya nak balik hari sebab esoknya hari ahad, kakak aku nak ke Felda Maokil, Labis Johor. Sambutan Hari Peneroka. Tapi ada pulak makcik aku suruh singgah ke rumah ambil buah. Sampai je sana, apa lagi petik buah pulasan dengan manggis lah. Ada pokok kat situ, memang fresh dari pokok, diorang suruh bawa balik KL. Hehe.

Tepat pukul 6.30 petang, balik ke KL la.

Ermm.. Kalau idea nak datang tue, bukan ada masa yang sesuai. Sambil-sambil drive, seingat aku bila dah masuk kat kawasan seremban / senawang, ada satu lagu ni bermain kat fikiran aku. Bukan apa, teringat satu lagu ni, memandangkan semua dalam kereta dah tido, aku pun mulalah menyanyi untuk hilangkan ngantuk. Tak tahulah lagu ni ada kena mengena dengan aku ke tidak tapi aku menyanyi dengan penuh perasaan dan kadang tu ada jugak air mata terkeluar.



FARAH - TANGISAN DALAM KERINDUAN

Dalam kerinduan ini
Ku menetap gambar wajahmu diruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
kini tinggal memori yang menghiris di kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semua ku redhai

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala galanya
Pengorbananku dikau persiakan

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa

Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa

Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku
Ooooo.......

Seingat aku lagu ni budak AF2, Farah. Aku tertarik dengan lirik dia sebab aku dah lama tak dengar lagu ni. Tiba-tiba je nak nyanyi. Kebetulan dalam superkancil aku tu ada kaset dia so apa lagi, layanlah sampai KL.

Sejak akhir-akhir ni tak tahu kenapa aku mudah sangat mengalirkan air mata, bukan menangis tapi aku sebak dan sedih. Lebih-lebih lagi bila dengar lagu "Biarkan Aku Menangis" nyanyian Tommy J. Pisa.

Agaknnya bila sesebuah lirik tu ada kena-mengena dengan aku kot, mungkin aku terkenangkan peristiwa lalu, masa lampau atau kenangan aku yang terindah dulu-dulu. Fuhh, jiwang beb!

Aku nak berehat hari ni, sepatutnya nak jumpa Si Syeda nak bincang pasal bisnes tapi bila dah malas, semua benda tak jadi. Sepatutnya hari ahad ni adalah holiday bagi aku untuk spend time dengan keluarga.

Apa-apapun, next time aku membebel lagi. Maaflah tiada gambar kat kampung, aku lebih suka simpan memori dalam otak daripada ambil gambar. Hehe.

No comments: