Tuesday, July 21, 2009

Minggu Yang Perit

Assalamualaikum & Selamat Membaca...

Aku mula menulis ruangan ini bila keadaan kesihatan aku mula stabil dan mula kembali normal.

Minggu lepas merupakan minggu hitam bagi aku walaupun dalam minggu tersebut ada terselit 'happy time'.

Bermula pada hari khamis, rakan aku mula start demam-demam. Dan pada esoknya, sakitnya mula berkangkit pada aku. Yang tak bestnya, hari sabtu iaitu esoknya, aku nak tengok Manchester United lawan team Malaysia kat bukit jalil. Kalau boleh tak naklah ada halangan apa-apa. Tapi apakan daya kan, esoknya makin teruk aku sakit.

Tetapi dengan semangat yang membara sebab nak tengok Manchester United beraksi di Malaysia, aku tetap kuatkan diri aku pergi walaupun waktu itu kesihatan aku terjejas. Aku rasa 40% sahaja aku punya tenaga ada itupun aku rasa bila-bila masa sahaja aku boleh pengsan. Tapi Alhamdulillah, semua tu tak terjadi sebab aku berdoa banyak-banyak supaya aku kuatkan diri.

At last, aku berjaya sampai ke bukit jalil dan berjaya menyaksikan perlawanan bagi aku antara yang paling best. Team Malaysia bermain dengan penuh keyakinan dengan dua gol yang dijaringkan oleh Amri Yahya. Walaupun aku peminat setia Manchester United, tapi aku tetap banggan kerana team Malaysia memberi tentangan yang hebat walaupun pada perlawanan kedua, team Malaysia kecundang 2-0 namun mereka menunjukkan kecemerlangan yang ketara.

Nak dijadikan cerita, balik je rumah, demam aku makin membara. Yang paling tak menariknya, esoknya hari ahad, aku kena pergi ke Sendayan Negeri Sembilan kerana ada kenduri kahwin seorang kenalan rapat.

Aku bagaikan penagih semasa pergi ke Sendayan kerana kesihatan aku yang masih lagi terjejas sebab aku tidak cukup rehat. Perjalanan pergi semuanya selamat sebab berkonvoi bersama-sama yang lain.

Tetapi..

Semasa perjalanan pulang, aku keluar melalui tol Seremban. Semasa itu, hujan lebat gila at the same time, fikiran aku melayang tak sudah kerana masa tu aku fikir nak baring sebab penat gila campur demam. Tiba-tiba, kereta aku tergelincir, apa lagi, aku terus terkejut beruk and aku kawal kereta aku dengan cool je. Alhamdulillah, semuanya okay dan tiada apa-apa yang terjadi tapi kejadian ni aku anggap yang paling buruk dalam sejarah aku memandu buat masa ni. Moral ceritanya, jangan memandu semasa anda tidak sihat.

Sampai juga ke rumah pada pukul 4 petang dan aku terus berehat dan demam aku makin-makin kritikal. Tuhan je tahu macam mana aku rasa.

Ternyata, esoknya aku tak pergi kerja, jumpa doktor, dapat M.C dua hari.

Dan sekarang ni Alhamdulillah semuanya sihat belaka walaupun ada lagi yang tak berapa sihat. Setakat ni aku rasa 70% dah sihat.

Inilah akibatnya kalau dah lama tak kena demam, sekali kena macam sial!

Sampai disini sahaja..

No comments: