Sunday, July 27, 2008
Jalan-Jalan Cari Makan...Free!
Aku baru sahaja pulang dari KLCC, memang penat sangat ni. Niat di hati nak singgah ke Taman Sri Rampai pergi gig free tapi aku dah penat sangat ni dari pagi berjalan jer. Sebelum masuk ke panggung nak layan cerita 'The Dark Knight', aku pergilah kat tempat kegemaran, Kinokuniya. Saje lepak-lepak sambil layan buku, aku dressing pun macam selekeh sikit sebab keluar pun dengan kakak aku je. Al-kisahnya, aku pun amik satu buku lepas tue lepaklah, takdelah buang masa dan aku melayan buku, 'The Oxford Murder'. Pakcik sebelah aku ni layan buku pasal Psikologi kot, pandang lain macam je, tengok cara aku ni macam budak-budak tak guna kot. Sereng je pandang aku, peduli apa aku nak kisah dan aku teruskan membacalah. Best juga buku tu, aku hanya sampai chapter 4 je baca, nak baca lagi alamatnya sampai malam aku kat situ. Pasal pakcik tu aku malas nak amik port, biarlah dia nak kata apa janji aku duduk je bukannya aku kacau dia.
Sebelum ke panggung aku pergi melantak kat Manhanttan Fish Market, aku order fish n' chip dengan air tropika breeze. Mula-mula rasa macam nak muntah tapi lama-lama layan gila, habis licin aku bedal. Lepas je layan 'The Dark Knight', kepala aku dah semak nie. Tapi memang layan cerita tu, aku terasa impaknya..ahahahah!! Aku terus balik, kepala dah semak sangat kang tak larat pulak nak drive. Sampai aku terlajak jalan balik rumah sebab kepala terlalu semak. Aku rasa macam tak best tengok wayang kat KLCC sebab ramai sangat orang, lebih better aku ke Capsquare, ikut suka hati je nak duduk mana. Memandangkan kepala aku tengah semak, tak dapat nak tulis banyak pasal pengalaman hari ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
seronok keluar dating dgn akak..
pasal pacik tu biakan je..
i pun suke lepak book store...
nak beli x mampu :D
siot je dating dgn kakak!!
ahahahahah...
Post a Comment