Monday, July 28, 2008

Malaysia Boleh!

Hari isnin yang biasa je, taklah istimewa apa yang akan berlaku esok. Esok kapal terbang dari Karrachi akan tiba di KLIA dan aku akan sambut kepulangan kedua ibu bapa aku. Hari ini juga sangat istimewa kerana aku dah buat perangai lama iaitu ponteng kelas..ahahah!! Tapi aku dah jumpa lecturer aku kata nak ponteng, alasan BAIK PUNYA!! Kepala masih lagi terngiang-ngiang pasal cerita yang aku dengar dari makcik aku, tak dapat aku remove or delete dari kepala aku. Pagi tadi aku ke kolej untuk jumpa member, bukan nak kata apa lah, ramainya student sampai tak ada tempat nak lepak-lepak. Sekarang ni ada basement baru so ramailah lepak situ tapi tempat tue taklah hebat sangat pun.

Esok ada game antara Malaysia vs Chelsea, sure punya Malaysia kalah tapi aku akan tetap sokong Malaysia. Sebab aku tak suka Chelsea, macam handal aje. Walaupun tak dapat pergi, aku tengok kat rumah je kira oklah, makan pun free xde bazir duit, nak menjerit pun ikut suka hati je sebab jiran-jiran dah tahu perangai aku.

Aku nak buat orang gelak tapi aku takut orang tak gelak. ahahahah!!

No comments: