Hari ini aku stay rumah jer, lepas habis exam mid term otak rasa stress dan aku memerlukan rehat. Minggu ni je aku dah busy sebab mak bapak aku belum balik so aku kena settle kan apa yang patut. Ada gak yang ajak aku keluar pergi kenduri kahwin tapi aku ada exam la plak, terpaksa la cancel, nak tak nak exam penting! Aku baru je balik dari rumah makcik aku, lepak sana je, kekadang tue duduk rumah agak bosan gak lah.
Esok aku nak ke KLCC tengok wayang bersama kakak aku. Orang belanja kan, aku ikut jer sebab takde apa-apa nak buat esok daripada aku tidur dan buang masa baik aku merayau. Hajat nak beli macam-macam tapi duit pulak yang kurang. hahahaha!! Aku masih lagi belum ada apa-apa contact dengan Sue yang aku admire tu, asyik tak dapat je nak burak-burak dengan dia. Nasib baiklah Nana ada, bolehlah dia dengar rintihan aku. Nak cerita kat budak-budak aku, alamatnya kena bahanlah jawabnya. Pasal Dayang pun dah heboh satu kolej, macam sial! ahahahah!!
Terasa rindu pulak kat mak bapak aku, sunyi je rumah kalau tak memang meriah sikit sebab aku selalu akan buat mak aku ceramah. hehehe!! Nak dekat dua minggu tak dengar ceramah mak aku. Mana ada anak tak rindukan mak bapak, anak derhaka tu. ehehehe!! Sepanjang duduk rumah bersama kakak aku, aku ada belajar sesuatu iaitu tanggungjawab, maybe sebelum ni aku paham tetapi aku kurang mengerti atau tak pasti. Lagi satu aku belajar tepati masa, aku ni selalu lambat bangun tidur, selalu mak aku yang kejutkan. Tetapi aku bersyukur kerana aku boleh sebenarnya bangun seawal pagi. Aku bersyukur sangat kerana hajat mak bapak aku nak ke Mekah tercapai, inilah bak kata orang, berkat menjaga orang tua. ehehehe!!
Pasal projek aku nak menubuhkan kugiran tu masih berjalan cuma terhenti sementara atas masalah dalaman. Nak tak nak aku kena teruskan kerana aku tak nak berhenti tengah-tengah jalan. Ni lah kelemahan aku yang suka berhenti tengah jalan. Aku akan teruskan dengan niat tu untuk menubuhkan tetapi taklah terburu-buru, nak tak nak kena buat baru pengkritik aku buka sikit mata diorang pasal aku ni.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
wuuu template baru :P
cayalaa manap kua date dgn akak :P
alahaii sue mane pulak ni?
manap...manap...manap :D
ahahahha...
name dia sueriram ram ram..
ahahahah
Post a Comment