Hari ni, aku tak keluar rumah pun. Hanya duduk di rumah sahaja, temankan mak kebetulan kakak aku MC hari ni. Selepas bangun pagi sembahyang subuh apa semua, tidurlah sekejap sampai pukul 9 pagi kot. Aku rasa macam berat hari ni, tak tahu kenapa pulak. Aku ke rumah Sri Gombak, ambil barang untuk makcik aku, balik rumah terus tengok tv je.
Secara tak sengaja aku teringat kenangan aku bersama arwah bapa. Aku mengaku airmata aku keluar secara tak sengaja. Aku tetiba terkenangkan saat-saat aku dari kecik sampai besar, dia besarkan aku, belikan aku macam-macam. Aku selalu cerita tentang masalah aku dan pelbagai lagi, ada tu yang tak pernah cakap dengan bapa sendiri. Aku rasa sangat kehilangan dia, susah nak cakap sebab bapak kan. Dahlah kami berdua sahaja lelaki, aku rasa macam lumpuh sekarang ni. Aku tak dapat tahan menangis, bukan aku tak meredhai pemergiannya tapi aku terasa kehilangan sekarang ni. Aku sekarang lebih suka berseorangan untuk tenangkan fikiran aku.
Mungkin orang lain dapat pulih sepenuhnya tapi bagi aku, susah untuk pulih dengan segera kerana kami sekeluarga sangat rapat. Masing-masing bergantung kepada arwah seorang. Sekarang akulah yang menggalas tanggungjawab yang ditinggalkannya...............................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment