Selalu orang kata, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Tak kiralah baik atau buruk, mesti ada hikmahnya, macam apa yang aku alami. Sejak dari dulu, tak pernah merasa life yang normal. Kelmarin aku ada tengok cerita hindustan, ntah apa tajuknya. Cerita pasal sebuah keluarga yang akrab. Adik-beradik, sepupu, makcik, datuk, nenek dan sebagainya berkumpul bersama-sama dan meraikan hari keluarga, whatever! Bila aku tengok, sedih juga rasanya kenapalah aku takde sebagaimana yang ditunjukkan di dalam cerita itu. Mungkin ada keluarga sebegitu kat luar sana. Aku renungkan balik, kalau aku mempunyai keluarga sebegitu, alangkah bahagianya hidup sebab masing-masing rapat dan tak pernah dan takkan bergaduh. Tulah. Setiap kejadian kat dunia ni, ada sebabnya. Tuhan tu lagi mengetahui apa yang akan berlaku. Kita tak boleh melawan kehendak-Nya.
Sekarang, aku takkan dapat apa yang aku impikan. Hanya ada ibu, kakak dan diri sendiri sahaja. Bila tengok kiri dan kanan, ada yang menyokong serta membimbing kami tapi takkan jadi seperti dahulu.
Bila tengok keadaan sekeliling, aku memang rasa sedih. Bila terkenang diri sendiri, mereka sangat bertuah kerana mempunyai keluarga yang boleh dikatakan cukup sempurna. Susah nak cakap dengan kata-kata, Tuhan je yang tahu bagaimana pedihnya aku. Aku tak bolehlah sentiasa rasa down, life must go on. Cuma taklah seperti dahulu, mengalami perubahan yang amat ketara. Sebagai anak, mesti mahu melihat keluarganya bahagia dan aku akan tunaikan. Aku akan buat keluarga bangga. Insyaallah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment