Baru balik ni, penat gila siot. Disebabkan hantar bapak aku pergi ke klinik pagi tadi, terus di transfer ke hospital. Bila Dr. Ibrahim a.k.a doktor famili aku, check cuma suspect dehydration sebab tekanan darah rendah dan simpton lain iaitu tak lalu nak makan. Dr. Ibrahim suruh refer ke Hospital Tawakal, bila di check menggunakan apa benda ntah, tengok result dia ada pulak masalah jantung. Cuak gak aku, patutlah bapak aku macam tak bermaya je. Kebetulan kat Tawakal takde pulak tempat kosong, full semua icu dan wad. Doktor rekemen pergi ke Hospital PUSRAWI, apa lagi siap naik ambulanlah tapi aku tak naik sebab aku nak settle kan surat GL ( Guarantee Letter ) under nama FELDA tempat bapak aku bekerja. Pergi aku rushing jumpa kakak aku kat opis, suruh dia settle kan. Bergegas ke PUSRAWI ke tingkat tiga, tengok bapak aku cucuk tang sana, cucuk tang sini. Taklah seram cuma terkejut. Mula-mula rasa risau tengok keadaan bapak aku, petang sikit, doktor beritahu yang bapak aku ni, ada kencing manis, darah tinggi, tu sebab kandungan kolestrol kat jantung dia agak 'tebal', sebab tulah dia tak lalu makan, asyik muntah, dan kekurangan air. Dia kena kencing manis dan darah tinggi tu taklah terkejut sangat sebab background famili dia ada sejarah penyakit camtu. Aku pun akan kena satu hari nanti tapi takkan kena kalu aku tak berhati-hati. Lepas maghrib, sepupu aku datang melawat, dan dia kata bapak aku ok dan takde apa-apa yang teruk sangat pun. Disebabkan wad ICU, tak ramai oleh melawat, dan sangat ketat peraturan so aku merayaplah satu hospital. Amir dan Aleeffee datang melawat tapi tak masuk pun cuma lepak luar hospital nak jumpa aku. Dalam 2-3 hari keluarlah bapak aku dari hospital, taklah serius sangat pun tapi sebelum tu memang cemas gaklah. Nasib baik Amir paham, kalau tak compom marah sebab aku tak datang kolej.
Esok aku tak pasti nak ikut ayen jumpa abang dia atau tak. Dengan condition bapak aku lagi tapi aku cubalah datang kalau sempat.
Aku harap bapak aku akan sembuh seperti sediakala, taklah aku yang nak kena hantar dan jemput kakak aku naik kereta. ahahaha!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment